Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN AKADEMIK 2

b) Membandingbeza kandungan kurikulum sains awal dalam kurikulum PERMATA Negara


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR – tahun 1 dan 2).

Pendidikan awal kanak-kanak didefinisikan sebagai pendidikan bagi kanak-kanak dari umur bayi
sehingga mereka berumur 8 tahun. Kurikulum yang terlibat bagi kanak-kanak yang berumur 0
hingga 8 tahun adalah PERMATA, KSPK, KSSR Tahun 1 dan KSSR Tahun 2. Dalam Kurikulum
Permata, pendidikan sains awal kanak-kanak telah diserap masuk dalam proses pengajaran awal
kanak-kanak yang mana ia terkandung dalam bidang pembelajaran 4, iaitu menekankan
perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Sekumpulan pakar Pendidikan
dari Pusat Penyelidikan Perkembangan kanak-kanak Negara ( NCDRC ) telah mengkategorikan
kepada 5 peringkat umur awal kanak-kanak untuk menguasai Pendidikan sains awal. Setiap
peringkat umur disesuaikan dengan modul-modul berbeza yang bersesuaian mengikut
perkembangan kanak-kanak. Dalam Kurikulum PERMATA, terdapat bidang pembelajaran
perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran. Hasil pembelajarannya adalah Alam
Fizikal, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Semesta. Manakala, Kurikulum KSPK pula
menggunakan Tunjang Sains dan Teknologi dan standard pembelajarannya adalah sikap saintifik
dan menggunakan kemahiran proses sains seperti Alam Fizikal, Alam Bahan dan Alam Hidupan.

Perbezaan yang pertama antara keempat-empat kandungan kurikulum ini adalah umur.
Kandungan kurikulum PERMATA adalah antara umur 0 hingga 4 tahun. Manakala, kurikulum
KSPK adalah antara kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan kurikulum KSSR tahun 1
dan tahun 2 adalah untuk kanak-kanak yang berumur 7-8 tahun. Kurikulum PERMATA
mempunyai aspek sikap saintifik iaitu 0- 4 tahun. Menurut Piaget, pada peringkat umur 0
hingga 6 bulan ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang
tidak dipleajari seperti menghisap, memegang dan melihat. dapat menyesuaikannya kepada
pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2 bulan sudah
mempunyai skima menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap
puting botol susu berbeza dengan menghisap putting susu ibunya atau menghisap jari. Manakala,
dalam Kurikulum KSPK pula, bagi aspek sikap saintifik, kanak-kanak menunjukkan sikap saintifik
dan nilai murni, menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama dan menunjukkansikap ingin
tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab. Akan tetapi, KSSR Tahun 1 dan KSSR

5
Tahun 1 tidak ada sikap saintifik dalam kurikulum. Perbezaan yang ketara adalah KSSR Tahun
2 memperkenalkan peraturan bilik sains sedangkan KSPK dan Tahun 1 tidak menjejaskan tajuk
tersebut. Terdapat cadangan aktiviti dalam Kurikulum PERMATA dan Kurikulum KSPK dan
KSSR tidak ada cadangan aktiviti.

Perbandingan yang seterusnya adalah bagi aspek kemahiran proses sains untuk
Kurikulum PERMATA (4 Tahun). Kanak-kanak boleh membuat pemerhatian, klasifikasi,
penerokaan, eksperimen, penaakulan, ramalan, anggaran perbandingan dan penyelesaian
masalah. Manakala, kemahiran proses saintifik bagi Kurikulum KSPK pula, berkomunikasi,
menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja, atau lisan, menerangkan pemerhatian melalui hasil
kerja atau lisan. Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan.
Bagi KSSR Tahun 1 pula, terdapat kemahiran proses sains dan menguasai kemahiran
menguasai kemahiran memerhati. Selain itu, KSSR Tahun 2 pula menekankan kemahiran proses
sains dan memerhati sahaja.

Perbandingan yang seterusnya adalah dari aspek pengukuran. Kurikulum PERMATA


menyatakan ada pengukuran tetapi tidak disenaraikan. Tetapi, terdapat tajuk pengukuran dalam
kurikulum KSPK, KSSR Tahun 1 dan KSSR Tahun 2. Kurikulum KSPK membuat pengukuran
seperti membanding ukuran objek panjang-pendek, tebal-nipis, besar-kecil, tinggi-rendah dan
berat-ringan. Selain itu, Kurikulum ini mengukur panjang atau tinggi dengan menggunakan satu
unit bukan piawai, membuat inferens dan membuat andaian yang mudah dan munasabah
berdasarkan pemerhatian. Bagi KSSR Tahun 1, mempunyai kemahiran manipulatif seperti
menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, mengendalikan
spesimen dengan betul dan cermat; melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul;
menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Bagi aspek pengukuran ini,
kandungan KSSR Tahun 1 dan KSSR Tahun 2 adalah sama.

Sementelahan pula, salah satu bidang Kurikulum PERMATA adalah alam bahan.
Kandungannya adalah boleh guna alat dalam membuat pemerhatian dan eksperimen;
mengetahui bahawa benda hidup, tinggal dalam persekitaran dan merasa dan mengecam panas
dan sejuk. Manakala, kandungan dalam kurikulum KSPK ke tahap yang lebih tinggi.
Kandungannya adalah meneroka sifat bahan, menyiasat ke atas objek yang boleh tenggelam
dan timbul, memerihalkan proses perubahan kepada air daripada air kepada ais dan sebaliknya
seterusnya air kepada wap air dan sebaliknya. KSSR Tahun 1 pula menyenaraikan keupayaan

6
bahan menyerap air; standard pembelajarannya mengenalpasti objek yang boleh menyerap air
dan tidak boleh menyerap air dengan menjalankan penyiasatan; mengelas objek yang boleh
menyerap air dan tidak boleh menyerap air; memerihalkan keupayaan objek menyerap air
berdasarkan jenis bahan dengan menjalankan penyiasatan. Seterusnya kandungan KSSR Tahun
2 lebih tinggi berbanding daripada KSSR Tahun 1. Kandungan KSSR Tahun 2 bagi Alam Bahan
ialah memerihalkan kaedah untuk bahan atau objek; menaakul cara yang digunakan untuk
mengasingkan campuran pelbagai bahan atau objek; mengenal pasti bahan yang boleh larut dan
tidak boleh larut di dalam air dengan menjalankan penyiasatan. Maka di sini, KSSR Tahun 1
hanya berfokuskan kepada tajuk penyerapan iaitu keupayaan bahan menyerap air’. Manakala,
KSSR Tahun 2 pula lebih menekankan kepada tajuk keupayaan melarut.

Perbandingan yang kelima adalah alam fizikal. KSPK dan KSSR Tahun 2 telah
mempunyai kesinambungan dalam tema ini KSPK telah merangkumi tajuk mengenai cahaya dan
baying-baying kepada murid-murid umur 4+ dan 5+. KSSR Tahun 2 telah mempunyai sambungan
bagi KSPK iaitu terang gelap, bayang- bayang. Manakala, KSSR Tahun 2 tema alam fizikal tidak
mempunyai sebarang kesinambungan antara KSPK dan KSSR Tahun 2 dan telah
mempunyai sebuah tajuk baru iairu ‘Magnet’. Kurikulum PERMATA mengutamakan pemahaman
yang asas sahaja, misalnya mengenali sesuatu pemahaman tentang alam semesta. Tetapi,
Kurikulum KSPK mengutamakan aplikasi pengetahuan yang dipelajari secara lebih mendalam.
Kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan melaksanakannya dengan sendiri. Misalnya, merekod
menyatakan sesuatu, menceritakan dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, kandungan kurikulum PERMATA, KSPK, KSSR Tahun 1, KSSR


Tahun 2 menjadi asas yang kukuh kepada murid-murid 0-8 tahun untuk memberikan pengalaman
pembelajaran sains awal yang membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan
kecekapan pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang
dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal mereka.
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-bahan dan persekitaran yang dapat meransang
naluri ingin tahu mereka. semakin banyak penerokaan yang dilakukan semakin ilmu dapat kita
kumpulkan. Kandungan-kandungan dalam kurikulum PERMATA, KSPK, KSSR Tahun 1, KSSR
Tahun 2 perlu diajar dengan secara hands-on supaya murid-murid mudah untuk memahami
konsep sains.