Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN AKADEMIK 1

a) Membincangkan kemahiran proses-proses dengan kandungan Kurikulum sains awal


yang dikaitkan dengan pengalaman harian kanak-kanak dalam pendidikan awal
kanak-kanak.

Menurut The National Association for The Education of Young Children, Pendidikan awal kanak-
kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang yang memberi layanan, asuhan dan
bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun. Hasrat Kurikulum
Pendidikan awal kanak-kanak seperti PERMATA ialah melahirkan kanak-kanak yang holistik
dalam aspek kognitif, emosi, jasmani, rohani dan sosial. Sebagai seorang guru Pendidikan awal
kanak-kanak, kita perlu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
dengan memberi pendedahan awal tentang dunia persekitaran. Kanak-kanak telah mula
mengenali dan memahami dunia persekitaran sejak lahir lagi. Oleh itu, awal sains perlu diajar
oleh guru PAKK dengan menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai,
menggalakkan kanak-kanak memerhati, menyelesaikan masalah mencuba dan membuat
perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab.

Menurut Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan
manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Merujuk kepada Awal
sains, ia memfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia
persekitaran. Dengan kata lain, awal sains menggalakkan kanak-kanak memperoleh
pengetahuan fakta sains, menggalakkan semangat inkuiri, meneroka persekitaran, meramal,
menjalankan uji kahi dan membuat inferens. Penerapan kemahiran proses sains dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai satu cabaran kepada guru Pendidikan
awal kanak-kanak. Oleh itu, guru perlu merancang dan mengaitkan kemahiran-kemahiran
proses sains dengan pengalaman seharian kanak-kanak. Umum mengetahui bahawa,
kemahiran proses sains adalah satu cara berfikir secara saintifik yang dilakukan oleh saintis
dalam pelbagai kajian yang mereka lakukan melalui penyiasatan, pemerhatian, membuat
inferens dan mengeksperimen, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi
dan meramal. Kemahiran proses sains juga membolehkan kanak-kanak membina soalan dan
mencari jawapan secara sistematik. Berikut adalah kemahiran proses-proses sains.

Kemahiran proses sains yang pertama ialah memerhati. Kanak-kanak akan menggunakan
semua atau sebanyak mungkin deria yang ada iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa,

1
ataupun bau bagi mengumpul maklumat berhubung objek atau fenomena. Memerhati
merupakan kemahiran proses sains yang pertama yang perlu dikuasai oleh murid dan ia akan
membantu untuk membentuk kemahiran proses sains yang seterusnya. Memerhati juga
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pemerhatian kualitatif, pemerhatian kuantitatif dan
pemerhatian perubahan.

i) Pemerhatian Kualitatif merupakan pengumpulan maklumat menggunakan deria


sahaja.
ii) Pemerhatian Kuantitatif adalah pemerhatian untuk memperolehi maklumat secara
perbandingan yang lebih tepat di mana ukuran, anggaran atau instrumen digunakan.
iii) Pemerhatian Perubahan merupakan pemerhatian berdasarkan fenomena yang
mengalami perubahan fizikal atau kimia dan dapat diperhatikan secara kualitatif dan
kuantitatif. Perubahan yang berlaku perlu dinyatakan samada sebelum, semasa
dan selepas.

Contoh yang boleh saya ketengahkan bagi kemahiran proses sains memerhati adalah guru
boleh meminta murid-murid mengambil daun yang berwarna hijau untuk deria penglihatan
(mata). Seterusnya guru boleh membawa daun pudina ke kelas dan meminta murid-murid
menghidu bau pudina untuk deria menghidu (hidung). Selain itu, guru boleh membawa
makanan ke kelas dan meminta kanak-kanak merasa makanan tersebut dan menyatakan
apakah rasa makanan tersebut. Aktiviti ini adalah untuk memastikan deria merasa murid-murid
(lidah). Dengan kemahiran proses memerhati, murid-murid dapat menimbulkan rasa ingin tahu,
merangsangkan pemikiran mereka dan mengenali fungsi organ deria manusia misalnya telinga
untuk mendengar dan hidung untuk menghidu. Kanak-kanak akan menghargai ciptan Tuhan
dengan menggunakan organ deria seperti mata, telinga, hidung, lidah dan tangan sebaik-
baiknya.

Kemahiran proses sains yang kedua adalah mengelas. Mengelas merupakan satu
kemahiran untuk mengasingkan dan mengumpulkan objek kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan dilakukan berdasarkan ciri atau
sifat sepunya yang dimiliki oleh objek yang dikelaskan. Kemahiran ini melibatkan ciri-ciri
persamaan dan perbezaan di antara objek. Kemahiran objek yang mempunyai ciri yang sama
diletakkan ke dalam kumpulan yang sama. Pengelasan boleh dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu pengelasan bersiri, pengelasan berduaan dan pengelasan berbilang. Sebagai contohnya,

2
kanak-kanak menyusun pensel yang rendah ke pensel yang tinggi. Guru boleh melaksanakan
aktiviti mengelas seperti meminta kanak-kanak beratur dari rendah ke tinggi.
Seterusnya, kemahiran proses sains yang seterusnya adalah mengukur dengan
menggunakan nombor. Maksudnya adalah kebolehan membuat pemerhatian secara
kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai. Dalam kajian saintifik yang melibatkan
penyukatan murid juga perlu memiliki kemahiran mengambil bacaan yang tepat dan
menyelesaikan pengiraan. Ketepatan dalam penyukatan bergantung kepada kesesuaian
alat kanak-kanak dapat diajar menyukat dengan betul dan membolehkan penyukatan dibuat
dengan menggunakan alat dan unit penyukatan yang betul dan sesuai dengan apa yang
hendak disukat. Contohnya murid-murid diberikan pensel yang sama panjang dan meminta
murid untuk mengukur meja.

Kemahiran proses sains yang keempat adalah membuat inferens. Maksudnya adalah
adalah membuat kesimpulan awal yang logik, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk
menerangkan peristiwa atau pemerhatian tentang sesuatu perkara atau eksperimen yang
dijalankan. Ia juga boleh dimaksudkan dengan mentafsir, menerangkan apa yang
diperhatikan atau mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Inferens membolehkan penerangan
awal untuk sesuatu pemerhatian dilakukan serta membolehkan hipotesis dibuat supaya
penyiasatan seterusnya dapat dijalankan. Melalui inferens juga kanak-kanak dapat melalui
proses pemikiran yang kritis semasa hendak menghuraikan sesuatu
pemerhatian.Contohnya Murid-murid dibawa keluar untuk membuat pemerhatian mengenai
daun yang berlubang lubang dan bertompok-tompok coklat.

Kenyataan A Kenyataan B
1. Daun bewarna hijau dan 1. Tompok –tompok coklat ini
mempunyai tompok-tompok coklat mungkin disebabkan oleh racun.
2. Terdapat beberapa lubang pada 2. Lubang-lubang ini hasil gigitan
daun serangga atau ulat.

Kenyataan B menerangkan kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens.

3
Rentetan itu, kemahiran proses sains yang seterusnya adalah Meramal. Maksud
meramal adalah membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian
dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Contohnya, guru boleh
menayangkan video iaitu awan mendung dan meminta mereka meramal ,apakah akan
terjadi apabila awan mendung dan mereka akan menjawab hujan. Contoh lain yang kita
boleh kaitkan adalah hari hujan dan matahari yang keluar. Kemungkinan ada pelangi.
Contoh yang seterusnya adalah magnet lemah menarik lima klip kertas, saya meramalkan
magnet yang kuat akan menarik lebih banyak klip kertas. Maka, kanak-kanak akan
mengaitkan pengalaman sains dan membuat ramalan. Secara tidak langsung, kemahiran
berfikir kanak-kanak dapat dibina sejak kecil lagi.

Kemahiran proses sains yang keenam dan terakhir adalah berkomunikasi iaitu proses
untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Maklumat dan idea boleh
dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gembarajah, model atau jadual.
Contohnya, guru boleh meminta kanak-kanak menghuraikan apa yang mereka perhatikan
semasa aktiviti Nature Walk. Maklumat yang disampaikan oleh kanak-kanak perlu
dibetulkan sekiranya kanak-kanak menjelaskan dengan bahasa yang kurang difahami.
Misalnya, kanak-kanak menerangkan pemerhatian mereka kepada rakan-rakan kelas,
membuat inferens dan klasifikasi agar pembelajaran yang seharusnya diperoleh melalui
aktiviti yang dilakukan menjadi lebih jelas dan meningkatkan kemahiran berfikir serta
kemahiran interaksi sosial. Apabila kanak-kanak menerangkan sesuatu objek, anda akan
berkomunikasi secara berkesan jika anda.

i. Hanya menghuraikan apa yang diperhatikan bukan apa yang diinferkan.


ii. Membuat keterangan ringkas menggunakan bahasa yang tepat.
iii. Menyampaikan maklumat dengan tepat.
iv. Pertimbangkan pandngan lain dan pengalaman masa lalu.
v. Dapatkan maklum balas.

Akhirnya, penerapan kemahiran proses sains berlaku dengan binaan kefahaman


secara peribadi dan bukan dengan pengajaran atau penyampaian fakta dan makluamt oleh
guru. Mereka perlu membina penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan ataupun akibat
daripada manipulasi dalam eksperimen yang dilakukan. Semasa kanak-kanak menjalankan
aktiviti, guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetuskan soalan ataupun

4
menentukan arah aktiviti selanjutnya. Pengajaran yanag bermakna berteraskan kemahiran
proses sains ini mengalakkan penerokaan pemikiran altenatif, kepelbagaian penyelesaian
ataupun jawapan yang kreatif. Dengan merancang aktiviti yang dapat dilakukan oleh kanak-
kanak, guru dapat menggalakkan perkembanagan kemahiran berfikir dan menggunakan
taakulan saintifik. Kemahiran proses sains ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengukuhkan pengalaman sains awal dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.