Anda di halaman 1dari 14

Kami guru-guru SJK(T) Changkat, Batu Gajah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan

berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan yang berdaftar di


sekolah ini dan diluluskan oleh PPD Kinta Utara mendapat tempat pada hari pertama
sesi persekolahan dimulakan.
2. Memastikan bahawa sekolah sentiasa mempunyai guru-guru dan staf sokongan
secukupnya mengikut keperluan sekolah.
3. Memastikan pihak sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak ibu
bapa atau penjaga dengan memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra serta adil
dan saksama.
4. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran
yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan akademik.
5. Sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan guru-guru dan ibu bapa supaya
wujud sikap bertoleransi dan persefahaman di antara satu sama lain.
6. Memastikan sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi untuk kegunaan
murid-murid DNA guru-guru.
7. Memastikan jadual waktu ganti diaturkan apabila guru-guru mengambil cuti supaya
proses P&P tidak terganggu.
8. Memastikan pinjaman buku teks dan peralatan pelajar dibereskan dengan memuaskan.
9. Memastikan sekolah mempunyai ABM dan alat-alat PJK dan permainan yang
mencukupi supaya proses P&P dijalankan dengan berkesan.
10. Memastikan peperiksaan sekolah dijalankan tanpa kebocoran.
11. Memastikan bilik darjah, tandas dan keceriaan kawasan mesti berada ditahap yang
paling memuaskan.
12. Memastikan murid sentiasa berdisiplin, berakhlak Mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BAGI GURU-GURU
DAN KAKITANGAN-KAKITANGAN DAN SJK(T) CHANGKAT,
30100, BATU GAJAH, PERAK.

Tatatertib Guru dan kakitangan


“…………..Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan, budi pekerti
dan perangai yang baik kepada murid-murid dan oleh kerana itu diharapkan semua guru
memberi pengaruh yang baik dan contoh dalam perkara ini”.-Surat pekeliling Ikhtisas
Bil.2/76

1.Pakaian (Surat Pekeliling IKHTISAS Bil.13/69)


a. ‘Mini skirt’ , pakaian-pakaian yang terlampau yang mendedahkan bahagian belakang,
seluar-seluar pendek, jeans yang ketat dan pakaian-pakaian bahagian hadapan
terbuka jauh ke bawah tidak dibenarkan.
b. Baju-baju yang beragam warna adalah tidak sesuai.
c. Guru-guru Pendidikan Jasmani hendaklah mematuhi arahan-arahan khas tentang
pakaian untuk Pendidikan Jasmani.
d. Rambut panjang dan tidak kemas tidak dibenarkan.
e. Perhiasan muka (make-up) yang melampau adalah tidak baik.
f. Pakaian yang berpatutan adalah melambangkan budi bahasa yang baik. Untuk
meneruskan tradisi pakaian yang bermutu tinggi sekurang-kurangnya perkara yang
diatas hendaklah diambil perhatian oleh semua guru dan kakitangan di sekolah ini.
g. Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan dan majlis rasmi diskolah/ diluar sekolah.

2. Masa datang ke sekolah


a. Guru-guru sesi pagi dikehendaki datang ke sekolah pada ke sekolah pada hari
persekolahan sebelum pukul 7.15 pagi dan guru-guru sesi petang dikehendaki
datang ke sekolah sebelum pukul 12.45 tengahari.
b. Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah sebelum
pukul 7.00 pagi (Sesi Pagi) dan 12.30 tengahari (Sesi Petang).
c. Semua guru dikehendaki menandatangani Jadual Kedatangan Guru di pejabat
sekolah sebaik sahaja tiba di sekolah dan begitu juga semasa balik dari sekolah.
d. Guru-guru boleh dipanggil ke sekolah untuk menjalan sesuatu aktiviti akademik,
kokurikulum atau mesyuarat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu walaupun
dalam masa cuti sekolah.
e. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
3. Waktu rasmi sekolah
a. Sidang pagi dari 7.20 pagi hingga 1.00 tengahari. Sidang Petang dari 12.45
tengahari hingga 6.30 petang.
b. Guru-guru dikehendaki sentiasa berada dalam kawasan sekolah.
c. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan atau arahan
daripada Guru Besar atau JPN/PPD dengan syarat mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Guru Besar.
d. Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar, guru dikehendaki
mencatatkan nama, masa dan sebab keluar dalam Buku Rekod Keluar.

4.Cuti
A. Cuti Sakit
a. Guru yang sakit dan mendapat cuti sakit hendaklah memberitahu Guru
Besar dengan segera melalui telefon.
b. Setiap cuti sakit mesti disertai dengan akuan doktor/sijil sakit.
c. Surat kebenaran cuti dari doktor persendirian hanya dibenarkan jika tidak
melebihi due hari, jika lebih dari dua hari surat akuan doktor itu hendaklah
disahkan atau ditandatangani oleh kerajaan.
d. Semua surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar
dengan segera untuk direkodkan oleh kerani sekolah.

B. Cuti Tanpa Gaji


a. Permohonan cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi tidak digalakkan
kecuali timbul sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dengan syarat
cuti demikian tidak menganggu pentadbiran sekolah dan kepentingan
murid-murid tidak diabaikan.
C. Cuti Tanpa Gaji

a) Sebarang jenis cuti yang lain seperti cuti menghadiri Konvokesyen,


cuti peperiksaan, cuti pergi ke luar negeri dsb, jika diperlukan
hendaklah memohon dengan menggunakan boring-borang khas.
Semua permohonan hendaklah diserahkan kepada guru besar untuk
dipanjangkan ke JPN/PPD.
b) Permohonan bercuti ke luar Negara (seberang laut) hendaklah
dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Negeri melalui guru besar
untuk dipanjangkan JPN/PPD.
c) Guru-guru dinasihatkan supaya memberitahu guru besar apabila
hendak keluar dari negeri Perak samada masa cuti sekolah atau
masa penggal persekolahan.
d) Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan daripada JPN, gaji guru
akan dipotong dan tindakan tatatertib boleh diambil.

5.Buku Rekod Mengajar


a) Buku rekod mengajar hendaklah ditulis dengan cermat dan teratur serta sentiasa
dalam keadaan kemas kini.
b) Butir-butir berikut hendaklah diisi dan dikemaskinikan:
 Jadual waktu peribadi dan kelas
 Sukatan Pelajaran
 Rancangan Pelajaran
 Senarai Buku Rujukan
 Rancangan Pelajaran Harian
 Markah Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun/Akhir Tahun/Bulanan.
c) Buku rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat untuk disemak pada
waktu pagi hari jumaat.

6.Jadual Kedatangan Pelajar


a. Buku ini adalah satu dokumen penting dan haruslah bebas daripada sebarang
kesalahan. Jika terdapat kesalahan dipotong dan ditandatangani oleh guru
berkenaan.
b. Guru adalah bertanggungjawab menjaga buku ini. Butir-butir murid dan lain-lain
keterangan hendaklah dilengkapkan.
c. Kedatangan murid hendaklah diambil dalam masa 1 jam setelah sekolah bermula
pada tiap-tiap hari persekolahan.
d. Buku ini hendaklah diserahkan di pejabat setiap hari sebelum pukul 9.00 pagi/3.00
petang. Guru dilarang membawa buku ini balik ke rumah tanpa kebenaran.
e.Menanda kedatangan dan mengisi butir-butir murid dalam buku ini adalah
tanggungjawab guru kelas dan bukan ketua kelas.

7. Penggunaan Alat-alat/ Harta Benda Sekolah


Guru-guru adalah bertanggungjawab menjaga alat-alat atau harta benda sekolah dan
menggunakannya dengan betul dan mengikut peraturan-peraturan dibawah ini:
 Dapatkan kebenaran daripada ketua bahagian/ penjaga stok dan didaftarkan.
 Bertanggungjawab memulangkan kembali dengan segera dan tidak hilang/rosak.
 Sebarang kerosakkan hendaklah dilaporkan dengan serta-merta

Kunci

 Semua kunci mesti disimpan di pejabat pentadbiran sekolah.


 Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat
kebenaran dari guru besar.
 Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di
pejabat pentadbiran sekolah.

Telefon

 Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah
direkodkan.
8.Melaksanakan Arahan/Tugas

 Guru akan diberikan tugas berbemtuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan


tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, dedikasi dan
bertanggungjawab.
 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri
mesyuarat, pergi ke JPN/PPD, mewakili sekolah membawa pemain sekolah atau
berkursus, guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh
mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran Guru Besar. Jika tugas itu
terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama, maka ia mesti
sampai ke pengetahuan Guru Besar.
 Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada
murid-murid. Misanya, menulis nama dan menanda buku jadual kedatangan,
memungut yuran runcit dan lain-lain.

9.Surat-surat arahan/pekeliling

 Semua surat arahan/pekeliling yang diedarkan kepada guru-guru hendaklah dibaca


dengan teliti dan dipatuhi sepenuhnya. Setelah dibaca mesti ditandatangani.
 Semua surat arahan/pekeliling yang diberikan kepada seseorang guru hendaklah
disimpan dan difailkan.

10.Fail-fail sekolah

 Apabila guru-guru menerima fail yang telah diminit untuk sesuatu tindakan,guru adalah
bertanggungjawab mengambil tindakan segera mengikut arahan dan jangka masa yang
diberikan.
 Pulangkan fail ke pejabat dengan segera setelah sesuatu tindakan itu diselesaikan. Sila
tandatangan buku edaran.

11.Jadual waktu peribadi / kelas

 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu sepenuhnya. Guru-guru yang


mengajar hendaklah berada di dalam kelas mengajar mengikut jadual yang ditetapkan.
Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali jika dipanggil oleh guru besar.
 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
guru besar.
 Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh Penolong Kanan dan ditandatangani oleh
guru besar.
12.Mesyuarat Guru

 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat guru. Sekiranya seseorang guru itu tidak
dapat hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan
hendaklah memberitahu guru besar sehari sebelum mesyuarat itu diadakan.
 Guru-guru juga diwajibkan hadir mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil oleh ketua-ketua
bahagian/panel matapelajaran .

13.Keselamatan Murid

 Semua guru yang mengajar samada di dalam bilik darjah, di dalam makmal, di padang
atau di mana sahaja, adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid di
bawah jagaannya.
 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan segera dan melaporkan kepada
guru bertugas.
 Guru besar haruslah diberitahu dengan segera sekiranya ada berlaku kemalangan
kecederaan ke atas murid/guru.

14.Bilik Guru

 Kebersihan dan keselamatan bilik guru/ bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru / bengkel.
 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
 Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/ bengkel semasa tidak mengajar di kelas.
Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘ non-teaching’ dan bukannya ‘free period’. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/bengkel untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir
keluar dari bilik guru/bengkel perlulah memastikan lampu,kipas dan alat penghawa
dingin dimatikan.
 Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang dan tidak menganggu ketenteraman
mana-mana pihak.
15. Menjalankan Tugas yang tidak Hadir

 Apabila seorang guru dijadualkan mengambil tempat seorang guru yang tidak hadir ke
sekolah atas sesuatu sebab yang lain, guru berkenaan hendaklah melaporkan diri di
bilik darjah yang dijadualkan dan menyampaikan pelajaran yang memberi manfaat
kepada murid.
 Waktu menjalankan tugas guru yang tidak hadir, guru pengganti hendaklah
menganggap sebagai waktu pelajaran dan bukan waktu bebas.

16.Perhimpunan

 Perhimpunan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin.


 Semua guru diwajibkan hadir di perhimpunan itu.
 Guru bertugas bertanggungjawab mengatur & menjaga tatatertib murid semasa
perhimpunan.
 Murid-murid menyanyi lagu Negari Perak dan lagu Sekolah serta rukun negara.

17.Langkah Jimat Cermat

 Guru hendaklah mengingatkan murid supaya berhati-hati dan berjimat cermat bila
menggunakan air, elektrik, peralatan sekolah dan segala kemudahan sekolah.
 Guru hendaklah mengawasi murid-murid supaya jangan membazir bila menggunakan
barang-barang sekolah dalam latihan harian atau kerja amali.

18. Tatatertib / Disiplin

 Adalah tanggungjawab semua guru bersama-sama menjaga dan mengekalkan tatatertib


yang tertinggi di kalangan murid semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
 Adalah baiknya guru membaca dan memahami undang-undang sekolah yang diedarkan
supaya dengan ini guru boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan
sempurna.
 Guru jangan takut memberi teguran,nasihat dan jika perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya keatas murid yang melanggar peraturan sekolah.
 Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan sekolah, tidak
mengikut nasihat dan sebagainya kepada guru displin atau guru besar.
 Guru diingatkan supaya jangan menyuruh murid balik atau keluar dari kelas atau
melarang mereka mengikuti pelajaran atau ujian sebagai denda keatas murid yang
melakukan sesuatu kesalahan.
 Guru hendaklah memberitahu guru besar, murid yang sering tidak mengikut arahan,
tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam pelajaran.

19.Latihan Kecemasan

 Latihan kecemasan akan diadakan sekurang-kurangnya sekali sepenggal.


 Loceng sekolah akan dibunyikan beberapa saat dan berulangkali sebagai tanda latihan
kecemasan.
 Guru yang mengajar ketika itu hendaklah mengikuti peraturan-peraturan berikut:
 Berhenti mengajar dan mengarah murid beratur dalam due barisan dan
mengiringi mereka keluar dari bangunan sekolah ke padang atau tempat yang
tertentu di sekolah.
 Bawa jadual kedatangan murid bersama.
 Berbaris di padang sekolah/tempat yang tertentu seperti mana murid berkumpul
pada masa perhimpunan.
 Guru yang tidak mengajar pada masa itu hendaklah juga turut sama dan guru
kelas hendaklah pergi ke kelas masing-masing.
 Kedatangan akan dipanggil sekali lagi untuk memastikan semua murid yang
hadir ke sekolah berkumpul.
 Murid akan balik ke kelas sebaik sahaja arahan diberi dan pelajaran hendaklah
diteruskan semula.

20.Menjaga Nama baik sekolah,PPD,JPN dan Kementerian

 Adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah dan kerajaan.


 Guru-guru dan kakitangan sekolah hendaklah sentiasa menjaga nama sekolah,PPD,
JPN dan Kementerian Pendidikan.
UNDANG-UNDANG PERSEKOLAHAN

Peraturan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Profesional K.P.Bil.8/68)

1. Murid-murid Dilarang

 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.


 Mengancam murid-murid lain.
 Menghisap rokok dan minum minuman memabukkan.
 Merosakkan dan membinasakan harta sekolah.

2. Pakaian Murid semasa di sekolah


 Memakai pakaian bersih,selesa dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
 Memasukkan hujung baju ke dalam seluar.
 Memakai kasut putih dan stoking putih.
 Memakai reben biru tua, hitam atau putih.
 Memakai seluar biru tua bagi murid-murid lelaki.
 Memakai pakaian yang tidak bertulis apa-apa kecuali berkaitan dengan sekolah
bagi menghadiri aktiviti sekolah.
 Memakai tali pinggang yang tidak lebih daripada 2.5cm lebarnya.
 Mamakai lencana sekolah.

3. Rambut (pekeliling Kementerian Pelajar K.P 8543/73)


 Semua murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah ukuran rambut ialah
seperti berikut:
 Di belakang, rambut tidak boleh melebihi garisan pertengahan di antara
dua telinga.
 Di depan, rambut mestilah menutup garisan tengah dahi.
 Panjang rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadanya dan tidak boleh melebihi 15 cm.
 Panjang rambut tidak boleh melebihi 15cm.
 Bagi murid perempuan yang berambut panjang yang enggan memotong
pendek dinasihati mengikut rambut supaya tidak jatuh ke paras bahu.
Ikatan rambut sebagai dandan (plait) atau ekor kuda (pony tail) boleh
dibenarkan.

4.kebersihan

 Membuang sampah di tempat yang disediakan.


 Menjaga kebersihan bilik darjah, bangunan, kantin, tandas dan kawasan sekitar
sekolah.
 Menjaga kebersihan alat-alat sekolah termasuk tempat basuh tangan dan lain-
lain.

5.Waktu Persekolahan

 Murid-murid dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum


loceng berbunyikan.
 Memberitahu guru kelas sebab-sebab tidak hadir ke sekolah dengan cara
bertulis. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa
diberitahu akan diambil tindakan. Guru kelas hendaklah menulis surat kepada
ibubapa atau penjaga bertanyakan sebab ketidakhadiran murid berkenaan.
 Tidak boleh berjalan berpusu-pusu di koridor, pejabat guru besar, bilik guru,
tempat letak kereta guru dan tempat letak basikal.
 Jika ada urusan dengan pejabat dan bilik guru, murid-murid hendaklah mengetuk
pintu dan masuk apabila dibenarkan.
 Jangan membuat bising dan menganggu ketenteraman di dalam atau di luar bilik
darjah.
 Tidak boleh keluar dari bilik darjah waktu pelajaran sedang dijalankan. Kalau ada
hal yang mustahak hendaklah menndapat kebenaran guru atau ketua darjah.
 Tidak boleh keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru besar, guru atau
pengawas sekolah.
 Ketuk pintu sebelum masuk ke bilik darjah semasa guru sedang mengajar.
 Bila loceng masuk ke bilik darjah dibunyikan, murid-murid dikehendaki berbaris
dan berdua dan masuk ke bilik darjah tanpa berbuat bising.
 Sewaktu tamat sekolah, murid-murid dikehendaki berbaris dan keluar dari bilik
darjah tanpa berbuat bising.
 Jika kelas ditinggalkan tanpa guru, murid-murid hendaklah belajar sendiri dan
dikehendaki berada dalam keadaan senyap di bawah jagaan ketua kelas.

6.Basikal

 Letakkan basikal dengan teratur di tempat yang disediakan.


 Basikal mestilah dikunci.
 Mengayuh basikal di kawasan sekolah tidak dibenarkan.
 Tidak boleh letak basikal di tempat letak kereta guru

7.Pertuturan Dan Percakapan

 Semua murid tidak boleh bercakap menggunakan perkataan lucah, kesat,


mengejek dan juga menghasut.
 Tidak boleh berbuat bising dengan bertempiak atau bersorak di dalam dan juga di
luar bilik darjah.

8.Kantin

 Murid-murid dilarang makan waktu pelajaran sedang dijalankan.


 Murid-murid dilarang makan di tempat makan guru.
 Murid-murid dilarang membawa barang-barang makanan keluar dari kantin.

9.Peralatan Sekolah

 Dilarang menggunakan sebarang alatan sekolah melainkan dengan kebenaran


guru besar atau guru.
 Jika menggunakan alatan sekolah hendaklah dijaga dengan baik, dibersihkan dan
disimpan di tempat yang diambil.
 Dilarang merosakkan atau menghilangkan alatan sekolah. Jika berbuat demikian
hendaklah diganti dengan wang atau alatan seperti asalnya.

10.Perkara-perkara Am

 Menghormati lagu kebangsaan, bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera


sekolah serta lagu sekolah.
 Menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah.
 Dilarang merosakkan atau menghilangkan alatan sekolah.
 Menyerahkan barang-barang yang dijumpai kepada guru bertugas.
 Berkelakuan baik untuk menjaga imej sekolah.
 Mengharumkan nama sekolah di dalam semua bidang.
 Menghadiri setiap perjumpaan anjuran persatuan sekolah dan menhadiri latihan-
latihan sukan.
 Murid-murid dilarang berada di pecan atau di kedai-kedai sekitar selepas 8.00
malam jika keesokan hari adalah hari persekolahan.
 Semua surat peribadi murid-murid yang dialamatkan ke sekolah akan dibuka oleh
pihak guru besar kemudian disampaikan kepada murid berkenaan.
PIAGAM
SEKOLAH