Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL.

1/2017

TARIKH : 29 DISEMBER 2017


MASA : 10.OO PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

AGENDA MESYUARAT:

1.0 UCAPAN PENGERUSI (En Azman b Ishak)

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua
ahli.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MEYUARAT YANG LALU

2.1 Tiada pembentangan minit mesyuarat kerana ini adalah mesyuarat HEM yang pertama.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT :

3.1 Tiada perkara berbangkit kerana ini adalah mesyuarat HEM yang pertama.
.

4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN HEM

4.1 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid bagi tahun 2017 Sekolah Kebangasaan (2) Taman
Selayang rujuk lampiran (1)
Tindakan: Makluman
4.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua program di sekolah. Pn Wan Asnida guru
B n K sesi pagi manakala Puan Azmatun bagi sesi petang. Laporan mesti ada dalam fail.
Tindakan: Guru B n K
4.2.1 Guru penyayang mesti ada di pintu pagar / pintu masuk, Program di bawah B n
K.
Tindakan: Semua guru

4.2 En Azman memaklumkan PPDa perlu menerapkan unsur pada lanskap. Buat peringkat demi
peringkat untuk program 3K.
Tindakan: AJK PPDa
4.3 Aktiviti penggal pertama di bawah unit HEM ialah watikah pelantikan pengawas pada 16
Januari 2017.
Tindakan: Guru Disiplin
4.4 Jamuan pengawas jika dibuat di luar sekolah perlu dirancang dengan lebih awal dan jika
boleh melibatkan semua murid.
Tindakan: Guru Disiplin

1
4.5 Data HEM akan diuruskan oleh Pn Hafizah kerana pengalaman dalam menguruskan data dan
APDM.
Tindakan: Makluman
4.6 Semua buku murid hendaklah selesai diagihkan pada minggu ke dua persekolahan.
Tindakan: Unit SPBT
4.7 En Azman memaklumkan Puan Hasliana ialah ketua bagi AJK kantin 2017 . mesyuarat
kantin pada minggu ke dua hendaklah membincangkan tentang makanan yang dijual di
kantin.
Tindakan: Makluman
4.8 Unit 3K juga hendaklah memfokuskan kepada kantin agar kantin Nampak lebih kondusif
antaranya membuat mural di tiang kantin dengan menggunakan peruntukan daripada PIBG.
Tindakan: Unit 3K
4.8.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan dilaksanakan pada bulan
Februari 2017. Akan diadakan juga pertandingan bilik-bilik khas.
Tindakan: Semua guru kelas
4.8.2 En Azman memaklumkan bilik kesihatan akan dibaikpulih sepenuhnya.
Tindakan: Semua guru
4.8.3 Unit 3K diminta menjalankan latihan kebakaran kerana tidak dilaksanakan pada
tahun 2016.
Tindakan: Semua guru
4.9 RMT- pada tahun 2017, surat untuk bantuan susu perlu dihantar surat awal. Pada tahun 2017
juga akan diadakan audit. Berikan bantuan kepada murid yang betul-betul layak sahaja
berdasarkan data APDM.
Tindakan: Unit Kantin
4.9.1 Duit RMT pada tahun 2016 terlebih. Menu sarapan pastikan menu yang sama
dengan perjanjian kerajaan. Pastikan 3 hari dalam seminggu ikut menu perjanjian.
Tindakan: Unit Kantin
4.9.2 Guru-guru diingatkan membuat laporan agar memudahkan Guru Besar dan PK
HEM membuat teguran.
Tindakan: Unit Kantin
4.10 Keselamatan Jalan Raya- melibatkan pegawai polis (seranta) aktiviti yang
dilakukan&pemantauan polis.
Tindakan: Unit Disiplin
4.11 Aset &inventori- pastikan ada mesyuarat. Asset tidak bergerak dan dilantik oleh jabatan.
Tindakan: Unit Aset
&Iventori

5.0 PENGURUSAN KELAS


5.1 Guru-guru kelas boleh dapatkan rekod buku kehadiran kelas di pejabat.
Tindakan: Guru Kelas
5.2 Buku rekod kehadiran kelas perlu dilengkapkan dan dihantar pada 1 Februari.
Tindakan: Guru Kelas
5.3 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) perlu dikemaskini oleh semua guru kelas
sebelum Februari 2017. Pastikan semua data murid diisi.
Tindakan: Guru Kelas

5.4 Penandaan kehadiran di dalam buku rekod kehadiran perlu selaras dari bulan Januari
sehingga Disember dengan menanda condong sedikit ke kiri.
Tindakan: Guru Kelas
2
5.5 Jika ada murid yang tidak hadir bersebab perlu di tanda ‘S’. Ibu bapa atau penjaga boleh
maklumkan pada pejabat atau guru melalui pelbagai media sebagai contoh aplikasi
‘Whatsapp’.Manakala murid yang datang lewat perlu di tulis ‘L’.
Tindakan: Guru Kelas
5.6 Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menggunakan ‘liquid paper’ untuk membetulkan
kesilapan di dalam buku rekod kehadiran. Jika ingin membetulkan kesilapan, guru-guru
hanya perlu potong dan tandatangan di tempat tersebut
Tindakan: Guru Kelas
5.7 Pastikan dalam bilik darjah ada jadual waktu, carta organisasi, jadual bertugas, senarai
nama 2017 serta borang aset inventori.
Tindakan: Guru Kelas

5.8 Murid yang tidak hadir 3 hari berturut hendaklah dihubungi penjaganya. Surat amaran
akan dikeluarkan sekiranya masih tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Selepas 7 hari
daripada surat amaran pertama dikeluarkan, jika murid masih tidak hadir tanpa sebab surat
amaran kedua akan diberi kepada murid.
Tindakan: Makluman
5.9 Rancang kem kepimpinan pengawas secepat mungkin pada penggal pertama
persekolahan.
Tindakan: Guru Disiplin
6.0 HAL-HAL LAIN.
6.1 Papan kenyataan dan carta organisasi HEM akan dilengkapkan oleh SU HEM. Diminta
semua JK dibawah unit HEM menghantar gambar bagi tujuan tersebut.
Tindakan: Su Hem
6.2 Puan Devi memaklumkan mesyuarat Aset akan dijalankan sekali dengan mesyuarat
kewangan.
Tindakan: Makluman
6.3 Kebajikan- murid yang masih belum mendapat beg sekolah hendaklah dihubungi penjaga.
Pada bulan puasa, Tabung Ihya Ramadan akan dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
6.4 Mesyuarat pengurusan Hari Kanak-Kanak-jamuan dibuat ikut kelas bagi menarik murid
hadir ke sekolah.
Tindakan: Makluman
7.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

S/U HEM GPK HEM GURU BESAR


7 Januari 2017 En Azman b Ishak

Anda mungkin juga menyukai