Anda di halaman 1dari 3

PERANCANGAN JADUAL MENGIMARAH SURAU AKADEMI PERTAHANAN

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa golongan pemuda yang terikat hatinya
dengan masjid adalah di antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah SWT di
Padang Mahsyar kelak. Menurut tafsiran ulama, mengimarahkan rumah Allah seperti
masjid surau dan balai-balai ibadat membawa dua maksud iaitu membina,
memelihara dan memperbaikinya sekiranya perlu. Dan yang kedua bermaksud
mengunjunginya sebagai suatu amalan lazim untuk menunaikan solat berjemaah dan
di samping melakukan aktviti –aktiviti lain ke arah melahirkan pengabdian kepada
Allah SWT.
Rasulullah SAW pula menyebut mengenai kelebihan bagi mereka yang
membangunkan masjid/surau seperti sabdanya, “Barang siapa yang membangun
rumah Allah di dunia, maka Allah membangunkannya rumah di syurga” (Riwayat
Muslim)
Diantara program perancangan dalam mengimarahkan surau AP ABDB yang akan
diadakan bagi anggota-angota AP ABDB dan juga Pegawai Kadet dapat dilaksanakan
mengikut dua kategori.
1. Kategori pertama bagi anggota-anggota AP ABDB
2. Kategori Kedua bagi Pegawai-pegawai Kadet (mengikut jadual TO OCS).
Berikut adalah perancangan yang boleh dipertimbangkan secara berperingkat bagi
kategori pertama :
 Kelas mingguan
 Kelas mengaji (Iqra dan Al-Quran)
 Kelas fiqh (termasuk ibadah haji, penyembelihan, pengurusan jenazah
dll)
 Kelas Tauhid
 Kelas dikir dabaie/syarafil anam

 Pelbagaikan kuliah agama. Seperti mandatangkan/menjemput pensyarah


luar dengan mengadakan kuliah seperti:
 Ekonomi dari sudut Islam,
 Perundangan Islam,
 Pembahagian faraid dalam Islam
 Lain-lain yang seumpama yang berkaitan dengan Islam.
KELAS MENGAJI BAGI ANGGOTA AP ABDB
Kelas mengaji akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian
anggota-anggota dalam membuat penugasan yang utama.
Setiap kumpulan termasuk adalah termasuk lelaki dan perempuan dan di dalam
setiap kumpulan akan dipecahkan kepada 2 kategori iaitu:
 Iqra - bagi tahap yang lemah dalam pembacaan Al-Quran
 Al-Quran – menghalusi bacaan dengan memperbetulkan tajwid secara talaqi.

Setiap tahap kemampuan bacaan anggota akan dicatit oleh tenaga pengajar bagi
memudahkan tenaga mengajar melihat tahap peningkatan bacaan setiap anggota.
Kaedah metodologi mengajar yang akan digunakan daripada tenaga pengajar adalah
mengunakan kaedah Iqra yang akan dijelaskan semasa sesi awal kelas pengajian
nanti.

Kelas mengaji akan diadakan setiap hari kecuali hujung minggu Berikut adalah
perancangan jadual kelas mengaji bagi angota AP ABDB:

0900
1030- 1400-
HARI - 1600 1830
1130 1500
1000
ISNIN K1 K2 K3
SELASA K4
RABU K1 K2
MAGHRIB

K3,4 Bacaan
ZUHUR

ASAR

ISYA’
Yassin
KHAMIS
&
Tahlil
Ratib K1,2,3,4
JUMAAT al-
attas
SABTU
AHAD

Jadual perancangan bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti lain yang dinyatakan diatas


akan dilaksanakan mengikut pertimbangan dan ketetapan daripada pihak tuan
selanjutnya.
Sekian makluman untuk tindakan pihak tuan.
Disediakan oleh Jabatan Agama ABDB, AP ABDB.