Anda di halaman 1dari 1

KELAB GURU DAN STAF

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERNU


75460 TELOK MAS, MELAKA

KOD SEKOLAH : MEA 2102 NO TEL : 062615016


“SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI”
Ruj. Kami :
Tarikh :
Ketua Unit,
Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Melaka,
Kompleks Institusi Pendidikan,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
(up: Encik Aziz bin Hj Md Lani )

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI RAMLI BIN HASSAN , GURU PENDIDIKAN
KHAS PPKI SMK PERNU

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu akan meraikan Tuan Haji Ramli
bin Hassan , Guru Pendidikan Khas PPKI SMK Pernu yang akan bersara wajib pada 13 Mac 2018.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut pada:

Perkara : Majlis Sent off


Tarikh : 13 Mei 2018 ( Selasa)
Masa : 7.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Al Khawarizmi SMK Pernu.

Perkara : Majlis Santapan Mesra Lambaian Kasih


Tarikh : 13 Mei 2018 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat : Ruang Café Hotel King

3. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi melancarkan perjalanan majlis ini. Kerjasama
daripada tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


‘SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI’

Saya yang menurut perintah,

(SHAMSUL HISHAM BIN ABD AZIS)


Pengerusi
Kelab Guru Dan Staf
SMK Pernu

Anda mungkin juga menyukai