Anda di halaman 1dari 11

LATAR BELAKANG TEMPAT KAJIAN

SUNGAI BATU

Sungai Batu yang terletak di Sungai Petani Kedah merupakan salah satu daripada tamadun

yang tertua di Asia Tenggara. Sungai Batu telah mula digunakan sejak kurun ke-5 Sebelum Masihi,

berterusan, daripada semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masihi, iaitu selama 2200 tahun. Ini

mengesahkan Kompleks Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini. Sungai batu yang ada

sekarang ini dikatakan merupakan daratan yang paling hampir dengan laut dan menjadi pusat

pelabuhan dan perdagangan antarabangsa sekitar 600 tahun sebelum Masihi lagi. Sungai Batu

terletak dalam tamadun Lembah Bujang yang juga dikenali sebagai Kedah Tua. Kedah Tua

dikenali dengan pelbagai nama seperti Kataha, Kataram, Kalah, Chieh-Cha, Quedah dan banyak

lagi. Bukti tentang Kedah Tua ditemui melalui tulisan atau dokumen seperti dalam rekod pelayaran

dan perdagangan serta melalui kajian arkeologi. Segala-galanya bermula atas permintaan Mantan

Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memohon Jabatan Warisan Negara

(JWN) membantu melengkapkan data Lembah Bujang. Kajian pada tahun 2008 bermula dengan

jumpaan permukaan berupa bata di dalam ladang kelapa sawit. Sebanyak 10 tapak telah dikaji

pada 2009, 6 tapak (2010), dan pada 2011 sedang mengkaji 4 tapak. Daripada 20 tapak yang dikaji,

4 mendedahkan bengkel peleburan besi, 8 bukti senibina jeti tepi sungai, 1 jelas senibina bangunan

upacara dengan dikelilingi oleh 4 senibina berbentuk dewan dan 3 yang terbaru mendedahkan

bangunan pentadbiran.
Gambar menunjukkan Peta taburan 97 tapak (titik merah) di Sungai Batu

Kerajaan Kedah Tua yang sudah pun wujud sejak kurun kelima sebelum Masihi hanya kini

dibongkar. Melayu selama ini adalah sebuah bangsa yang pernah mempunyai satu ketamadunan

yang sama tinggi dengan ketamadunan bangsa-bangsa lain setanding tamadun Mohenjodaro,

Aztec, Maya dan Babylon. Setelah 5 tahun sehingga ke tarikh ini, sebanyak 46 tapak telah dibuka.

Sehingga kini, 46 tapak tersebut telah mendedahkan 4 fungsi, iaitu:

1) Pusat Ritual Atau Keagamaan

Ditemui satu monumen yang dasarnya berbentuk bulat (diameter 10.1m), di atasnya dibina

senibina empat segi tepat (5.5 X 5.5m) dan di atas sekali ada senibina bulatan kecil (diameter

1.5m). Ianya dibina sepenuhnya daripada bata yang ditarikhkan dengan kaedah OSL tahun 110

Masihi. Monumen ini jelas menunjukkan ciri digunakan untuk kepercayaan animisma- iaitu

penyembahan alam semulajadi dan dikenali sebagai monumen Sungai Batu. Yang menariknya,
tiada satu pun yang sama senibinanya di dunia ini. Ini jelas menunjukkan ianya senibina tempatan

dan daripada bandingan senibina yang ada ia jelas menggambarkan senibina melayu. Menurut

Prof. Dr. Mokhtar, berdasarkan tangga naik ke atas bangunan yang berada di selatan tapak maka

dijangkakan monumen ini digunakan untuk penyembahan Gunung Jerai yang berada di utaranya.

Adalah dijangkakan agama Hindu-Budha di Lembah Bujang hanya bermula paling awal pada

penghujung kurun ke-4 Masihi. Ini menunjukkan masyarakat Melayu di Lembah Bujang bermula

dengan kepercayaan animism kemudiannya Hindu-Budha dan akhirnya Islam. Pembinaan candi-

candi Hindu-Budha di Lembah Bujang adalah bersaiz sangat kecil berbanding yang terdapat di

tempat lain seperti di Indonesia, Kemboja malah di Selatan India sendiri. Ini menunjukkan candi

tersebut mungkin lebih digunakan hanya oleh pedagang India dan China yang beragama tersebut

bersama segelintir masyarakat melayu asal.

Gambar menunjukkan monumen tertua di asia tenggara dan satu-satunya senibina di dunia yang
asasnya berbentuk bulat. (Berdasarkan hasil perbincangan Seminar Antarabangsa Lembah
Bujang pada julai 2010 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur)
2) Pelabuhan

Setakat ini 8 tapak mendedahkan bukti jeti tepi sungai yang berlokasi bertentangan antara sama

lain di antara sungai selebar 100 meter. Bukti jeti ditunjukkan oleh lokasi kesemuanya di tepi

Sungai Batu kuno, mencerun ke arah sungai tersebut dan juga kehadiran senibina lantai jeti, laluan

keluar-masuk, dan tangga. Sungai ini menjadi kecil dan hampir dilihat seakan saliran parit. Di satu

lokasi telah ditemui sebahagian kayu kemungkinan daripada sebuah kapal di dalam kolam yang

bertakung di antara tengah-tengah lokasi yang ditandai sebagai Sungai Kuno.

Gambar menunjukkan Struktur senibina jeti tepi Sungai Batu kuno dan sungai kuno yang
dikatakan pusat pelabuhan

3) Pusat Peleburan Besi (Perusahaan Industri Berat)

Wujud tapak industri peleburan besi yang telah beroperasi sejak lebih 300 tahun sebelum Masehi.

Bukti peleburan besi ditunjukkan oleh kehadiran bijih besi, sisa besi, tuyere (peniup angin), sisa

relau, arang dan abu pembakaran serta jongkong-jongkong besi. Lokasi yang ditunjukkan

mempunyai jutaan jongkong-jongkong besi. Ada yang tertanam dan ada yang timbul dipermukaan

tanah. 4 daripadanya adalah industri peleburan besi. Bukti yang didapati ialah sisa besi, bahan

mentah (hematit dan magnetit), ketulan besi merupai jongkong, juga ditemui 'tuyere', pecahan atau
tinggalan relau, abu dan arang pembakaran. Sampel arang telah dihantar ke Makmal Radiokabon

untuk ditentukan tarikhnya. Keputusannya sehingga kini menunjukkan Sungai Batu telah

dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan besi sejak abad pertama

Masihi (2000 tahun dahulu) hingga abad 13 Masihi (800 tahun dahulu)

Gambar menunjukkan Tapak ekskavasi bijih besi dan ‘tuyure’ alat yang digunakan semasa
proses peleburan bijih besi.

Kajian di Sungai Batu belum menemui relau yang lengkap. Semuanya didapati pecah, yang tinggal

hanya bekas bahagian dasar sahaja. Penemuan relau lengkap dengan 'tuyere' di Kampung Gading,

Jeniang telah memberikan kemungkinan gambaran rupa bentuk relau di Sungai Batu. Arang dan

sedimen terbakar dalam dan keliling relau di Jeniang ini memberikan pentarikhan dari abad ke-4

Masihi (1600 tahun dahulu) -12 Masihi (800 tahun dahulu). Ini menunjukkan pada jarak 40 km

antara Sungai Batu dan Jeniang, telah berlansung industri peleburan besi pada masa yang agak

sama. Jarak ini menggambarkan keluasan tamadun berasaskan besi ini mencapai lebih 1000 km

persegi.
Gambar menunjukkan Relau tanah liat bersama 'tuyere' yang masih lengkap ditemui di Kampung
Gading, Jeniang, sekitar 40km ke timur laut Sungai Batu. Ianya memberikan gambaran
kemungkinan bentuk relau di Sungai Batu.

4) Pusat pentadbiran

Di bahagian paling ke barat tapak Sungai Batu ditemui 12 tinggalan bangunan yang menunjukkan

telah digunakan sebagai bangunan sokongan kepada aktiviti jeti yang juga ianya mungkin sebagai

bangunan pentadbiran. Tiga daripada 12 tinggalan senibina tersebut memberikan tarikh kurun ke-

5 Sebelum Masihi. Setakat ini masih banyak lagi yang sedang dikaji. Sebagai contoh, kumpulan

arkeologi masih belum menjumpai kawasan utama pentadbiran perumahan dan juga perkuburan.

Prof. Dr. Mokhtar menjangkakan potensinya berada di antara tapak Sungai Batu sekarang sehingga

ke puncak Gunung Jerai. Survei dan pemetaan telah, sedang dan akan dijalankan di kawasan

tersebut. Dengan berjalan kaki, Prof. Dr. Mokhtar dan kumpulan penyelidik telah menemui lebih

20 tapak baru di kawasan tersebut antaranya kemungkinan sebuah istana lama.


Gambar menunjukkan Tapak lantai pusat pentadbiran.
MUZIUM KUALA KEDAH

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah.

Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar.

Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan

Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh

Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang

mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur

menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah

diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak

di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota

ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah
kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan

oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah

Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan

November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah

melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu

Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Pintu Gerbang Kadapuri

Terdapat Sebuah pintu gerbang yang dikenali sebagai Pintu Gerbang Kadapuri dibina di

bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka oleh Inggeris. Kota Kuala Kedah memiliki

pelbagai peninggalan artifak sejarah, termasuk meriam katak puru dan meriam badak berendam

yang dibeli dari Belanda dan British di letakkan di sekeliling kota ini untuk tatapan pelancong luar

dan tempatan. Apabila Kedah dengan rasminya diletakkan di bawah penguasaan British pada

1909, beberapa pejabat kerajaan dibina dalam kawasan kota itu, termasuklah sebuah rumah api

yang masih berfungsi sehingga kini.

Markas tentera jepun

Penduduk, Mohd Zahir Man, 41, berkata, menurut cerita orang terdahulu Kota Kuala

Kedah pernah dijadikan markas tentera Jepun ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu

sehinggalah tentera Jepun kalah di tangan British sekitar 1945. “Kota Kuala Kedah ini penah

dimusnahkan dua kali oleh Armada Acheh dan Armada Siam. Pada 2000 Jabatan Muzium

Malaysia telah melaksanakan kerja baik pulih tembok timur dan selatan, termasuk membina

semula Pintu Gerbang Kadapuri yang runtuh,” katanya ketika ditemui. Mohd Zahir berkata, dulu
terdapat sebuah sekolah yang dijadikan tempat pelajar menimba ilmu pada ketika itu dan pejabat

guru besar yang dijadikan muzium pada hari ini setelah sekolah tersebut berpindah ke Kampung

Seberang Kota. “Terdapat lima bilik darjah di sekolah itu dan 30 murid setiap bilik darjah serta

terdapat dua sesi pembelajaran pagi dan petang. “Pintu Gerbang Kadapuri merupakan jalan utama

ke sekolah itu. Pelajar terdiri dari anak-anak nelayan yang tinggal di Kampung Baru, Kampung

Seberang Kota dan Kampung Seberang Alor,” katanya, yang juga penah belajar di situ.

Anda mungkin juga menyukai