Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENGHARGAAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2017/18

DAN WARTIKAH PERLANTIKAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR 2018/19


SM SAINS KOTA TINGGI

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ASP Azri Bin Yaakob, Ketua Bahagian Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kota Tinggi , merangkap Pegawai
Perhubungan Sekolah, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi diiringi dif-dif kehormat masuk
ke dalam dewan.

BACAAN DOA

Bagi tujuan memohon agar majlis yang berlangsung memperoleh keberkatan dan
senantiasa dalam peliharaan-Nya, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan
dipimpin oleh Saudara Muhammad Adib Munawwar Bin Nizarudin. Majlis mempersilakan.

==================== DOA =====================


Amin yarabbilalamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
diberkati Allah S.W.T.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU BANGSA JOHOR

Majis pada pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor.

==================== NYANYIAN =====================

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.

( ) Yang Berbahagia, ASP Azri Bin Yaakob


Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
IPD Kota Tinggi
Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi

( ) Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohamad bin Mahadi


Pengetua Cemerlang
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi

Barisan pentadbiran, guru-guru, para pelajar yang diraikan serta hadirin sekalian.

Segala puji-pujian kepada Tuhan semesta alam, selawat dan salam untuk junjungan
Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan
syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka pada pagi yang
berbahagia ini, kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan Seri Penawar Sekolah
Menengah Sains Kota Tinggi bagi menjayakan MAJLIS PENGHARGAAN BADAN
KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2017/18 DAN WARTIKAH PERLANTIKAN BADAN
KEPIMPINAN PELAJAR 2018/19
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.

UCAPAN PENGETUA

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Majlis pagi ini diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohamad bin
Mahadi, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

========== UCAPAN PENGETUA ===========

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas atas ucapan alu-aluan itu tadi.

UCAPAN VIP

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia, ASP
Azri Bin Yaakob, Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti IPD Kota Tinggi merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, Sekolah
Menengah Sains Kota Tinggi dan seterusnya menyampaikan SIJIL PENGHARGAAN
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2017/18 DAN WARTIKAH PERLANTIKAN
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR 2018/19. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

========== UCAPAN PERASMI ===========

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian SIJIL PENGHARGAAN BADAN KEPIMPINAN


PELAJAR SESI 2017/18. Dimulakan dengan ________________________

========== PENYAMPAIAN SIJIL ===========

BACAAN IKRAR

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar watikah perlantikan BADAN KEPIMPINAN
PELAJAR 2018/19 yang akan dipimpin oleh Saudara Muhammad Suhail Bin Daud

========== BACAAN IKRAR ===========

Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah berbesar hati untuk menyampaikan


cenderamata kepada Yang Berbahagia, ASP Azri Bin Yaakob. Oleh itu, majlis menjemput
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad bin Mahadi untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia, ASP Azri Bin Yaakob. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi,maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Dijemput Yang Berbahagia, ASP Azri Bin Yaakob diiringi Tuan Pengetua ke kafeteria Sakti
untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai