Anda di halaman 1dari 7

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

DI DAERAH MELAKA TENGAH


DALAM NEGERI MELAKA,MALAYSIA
KES MAL NO : 04200-076-0344-2017

DI ANTARA

NORKARMILA BINTI MOHD NOOR … PEMOHON


(NO K/P : 840603-09-5136)

DENGAN

AHMAD AKIRA BIN CHE AZIZ … RESPONDEN


(NO K/P : 820415-03-5939)

PENGHUJAHAN BERTULIS RESPONDEN

LATAR BELAKANG KES

Penceraian yang diminta oleh pemohon, Norkarmila Bt. Mohd Noor terhadap
responden, Ahmad Akira B. Che Aziz telah menuntut harta sepencarian yang bernilai
RM20,000 yang dituntut oleh pemohon. Tuntutan yang tidak dapat dijelaskan oleh
responden kerana tidak mampu serta gagal dalam mendapatkan pinjaman kewangan.
Kerana menurut dalam perjanjian antara responden dengan pemohon, bayaran
dibuat bergantung kepada jumlah pinjaman peribadi yang boleh dibuat oleh
responden.

PENGHUJAHAN
Dengan izin yang Amat Arif,

1. Saya ingin menerangkan mengapa wang pembayaran wang berkenaan tidak


dapat dilakukan adalah kerana pada awal penceraian saya terpaksa membayar
kos sewa 2 buah rumah sekaligus iaitu rumah yang saya sewa di Pulau Gadong
yang berjumlah RM600 sebulan dan bayaran pinjaman perumahan rumah yang
diduduki oleh pemohon sebanyak RM715.55 sebulan melalui pemotongan Biro
Angkasa. Dengan pendapatan yang terhad,saya tidak mampu untuk menampung
semuanya yang ditambah pula dengan perbelanjaan lain.

Pemohon tinggal di rumah saya pada awalnya sebagai ihsan tanggungjawab


sayauntuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada pemohon selama
hingga tamat tempoh edah, tetapi saya telah memberikannya lebih dari
tempoh itu kerana ihsan dan harapan agar pemohon pada ketika itu kembali
semula kepangkuan saya. Saya memberikan kebenaran kepada pemohon
untuk tinggal dirumah saya selama 9 bulan. Keputusan saya untuk tidak lagi
memberi ihsan kepada pemohon untuk tinggal lagi di rumah saya setelah
mendapati harapan untuk kami bersama semula tidak berhasil kerana pemohon
akan berkahwin dengan orang lain. Saya juga bimbang rumah saya akan disalah
gunakan pemohon untuk melakukan perkara yang tidak bermoral kerana pada
waktu itu saya mendapat tahu bahawa bakal suaminya bukan berasal dari
Melaka malah menetap di KualaLumpur dan dia sering datang ke Melaka
untuk bertemu dengan pemohon.

Berikutan dengan pengetahuan bahawa pemohon akan berkahwin lain,


jadi saya merasakan sudah tiba masanya saya berhak menuntut semula rumah
saya dari pemohon itu sendiri.

2. Saya mengakui bahawa saya ada membuat pinjaman bernilai RM8000. Pinjaman
itu dilakukan pada bulan November 2015 melalui Koperasi Yayasan Ihsan.
Tujuan saya membuat pinjaman berkenaan adalah untuk membayar semula
tunggakan bayaran rumah sewa saya selama 3 bulan yang berjumlah RM1800.
Saya juga perlu membayar sebuah kenderaan Proton Preve yang bernombor
pendaftaran CDF1243 yang juga tertunggak selama 3 bulan dan bernilai RM700
sebulan dan menjadikannya RM2100. Kenderaan tersebut adalah hak milik adik
saya yang saya guna pakai dan saya sebagai peminjam perlu membayar ansuran
bulanannya. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai apa-apa kenderaan untuk
kegunaan harian selepas pemohon telah meminta agar sebuah kenderaan
Produa Myvi yang pernah saya dan pemohon guna bersama dahulu yang juga
boleh dikatakan juga harta sepencarian agar diberikan kepadanya walaupun
pada masa itu pemohon memiliki sebuah lagi kenderaan iaitu Proton Satria Neo.

Pinjaman yang saya pohon berkenaan juga adalah merupakan usaha saya
untuk membantu ayah dan adik lelaki saya untuk membayar bayaran
membuat passport keselamatan dan pemeriksaan perubatan yang
berjumlah RM2300 setiap seorang yang menjadikannya RM4600. Tujuan
bayaran berkenaan adalah untuk membolehkan mereka bekerja semula
diatas pelantar minyak setelah beberapa bulan tidak dapat bekerja kerana
tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk memperbaharui passport
keselamatan dan pemeriksaan perubatan berkenaan. Sebagai anak yang
sulung dan juga abang, saya merasakan ini tanggungjawab yang harus saya
lakukan pada keluarga saya setelah saya abaikan selepas berkahwin dahulu.

Melalui perjanjian tuntutan pemohon pula,saya diberi masa untuk membuat


bayaran pertama selepas kenaikan gaji ke 2 saya pada bulan Julai 2016
melalui pinjaman peribadi yang akan dipohon oleh saya. Namun pada
penghujung tahun iaitu pada bulan Disember 2015, pemohon telah
membuat perintah mahkamah dalam tuntutan nafkah anak sebanyak
RM550 sebulan. Perkara berkenaan telah memberi kesan terhadap
permohonan pinjaman saya kerana sudah melebihi potongan 60% dan
mempunyai komitmen yang tinggi pada penyata gaji saya. Hal ini juga
memberi kesan kepada permohonan saya untuk mendapat wang tunai melalui
pembiayaan semula rumah saya untuk dibayar kepada pemohon atas faktor
yang sama iaitu tidak layak. Bersama dengan ini juga saya lampirkan cetakan slip
gaji saya selama 3 bulan untuk kesahihan.

3. Saya mengakui sudah berkahwin pada 26 Disember 2015 dengan seorang ibu
tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan. Keputusan saya untuk
berkahwin semula adalah kerana harapan saya untuk bersama dengan pemohon
tidak berhasil selepas pemohon telah berkahwin pada bulan Mac 2015. Adakah
kerana tuduhan pemohon ini, saya tidak menunaikan tanggungjawab membayar
“wang tersebut” diatas sebab-sebab yang saya nyatakan saya tidak boleh
berkahwin dan tinggal di rumah saya sendiri. Pada saya itu merupakan niat jahat
dan ingin merosakkan masa depan saya.

Perkahwinan yang saya langsungkan bukanlah secara besar-besaran dan


memerlukan mjumlah perbelanjaan yang banyak sepertimana perkahwinan
saya dahulu bersama pemohon sehingga terpaksa membuat pinjaman
peribadi untuk memuaskan hati semua orang termasuk pemohon.
Perkahwinan kali 2 saya ini hanyalah ala kadar dan hanya melakukan yang
perlu sahaja malah ia hanya melibatkan kenduri kecil-kecilan dikalangan ahli
keluarga sahaja.

4. Tuduhan pemohon yang mengatakan saya ada membuat pinjaman membeli


telefon pintar pada bulan 11 tahun 2017 adalah tidak benar dan bersifat fitnah
semata -semata untuk memberi tamparan negatif oleh pihak mahkamah
terhadap diri saya. Saya ingin pemohon jelaskan mengapa tindakan sedemikian
dilakukan. Saya tidak pernah membuat pinjaman membeli telefon pintar kecuali
pinjaman pembiayaan pembelian komputer yang dipohon oleh saya pada
18/11/2014 (lampiran) iaitu sebelum tarikh tuntutan harta yang dipinta oleh
pemohon iaitu pada 05/05/2015.Tuduhan pemohon yang mengatakan saya
membuat pinjaman untuk membeli 2 unit telefon pintar adalah fitnah kerana
kedua-dua telefon berkenaan adalah hakmilik isteri saya yang dibeli secara tunai
olehnya dan saya diberi kebenaran untuk menggunakan sebuah telefon
berkenaan kerana telefon bimbit saya telah hilang.

Pemohon juga seolah-olah mengatakan saya sentiasa membuat “overlap”


pinjaman bagi membantu isteri saya untuk berniaga. Seperti sedia maklum, saya
tidak dapat membuat apa-apa pinjaman lagi selepas pemohon membuat arahan
mahkamah terhadap diri saya untuk memotong gaji saya pada setiap bulan bagi
nafkah anak sebanyak RM550. Pemotongan berkenaan tidak dibantah atau ingin
dikurangkan amaun oleh pihak saya tanpa banyak alasan.

Perusahaan Cherqax Bengkung oleh isteri saya merupakan hasil titik peluh beliau
sendiri. Isteri saya menggadaikan barang kemasnya sendiri untuk mendapatkn
modal perniagaan, dan ada diantara barang kemasnya tidak dapat ditebus serta
dilelong. Saya cuma mampu menolong dari segi melakukan kerja sahaja.
Alhamdulillah, perniagaan isteri saya walaupun tidak selaku mana, mampu
menolong kami meneruskan kehidupan sehari-hari

5. Saya faham kesukaran pemohon untuk membuat bayaran perumahan yang


bakal dibeli.Cuma saya merasakan pemohon masih mampu membeli sebuah
rumah tanpa meletakkan“wang tersebut” sebagai alasan tidaak dapat membeli
sebuah rumah.

Saya tidak mampu lagi membayar “wang tersebut” selama 3 tahun, bukan
kerana saya mungkir janji tetapi kerana kekangan pendapatan menyebabkan
saya tidak dapat berbuat demikian, bahkan saya sudah cuba membuat
permohonan pinjaman daripada pelbagai agensi kewangan serta
permohonan pembiaayaan semula rumah saya namun tetap gagal kerana
jumlah gaji yang kecil serta komitmen yang tinggi.

Secara tersurat memang saya nampak berkemampuan, namun yang sebenarnya


saya tidak mampu. Pendapatan bersih bulanan saya sekarang adalah sebanyak
RM1407.00 dan saya perlu melalui kelangsungan hidup saya hari-hari bersama
keluarga baru saya. Dengan baki gaji saya berkenaan saya perlu membayar:-

A) kereta RM700
B) Belanja isi rumah RM300
C) Utiliti RM200
D) Perbelanjaan lain-lain RM200
Jumlah RM1400

Kelangsungan hidup keluarga baru saya ini juga banyak dibantu secara ikhlas
oleh isteri saya yang baru memulakan perniagaan kecil-kecilan secara atas
talian.

Permintaan permohonan pemohon untuk membuat pemotongan gaji sebanyak


RM500 sebulan amatlah tidak bersesuaian dan diluar kemampuan saya malah ia
merupakan penambahan beban terhadap diri saya. Dengan tahap pendapatan
dan taraf ekonomi saya sekarang, saya hanya mampu bayar tidak lebih dan tidak
kurang sebanyak RM100 sebulan secara manual. Bayaran ini akan dibuat
sehingga saya btul-betul layak membuat pinjaman peribadi untuk melangsaikan
permintaan pemohon
KESIMPULAN

Diharap pihak mahkamah dapat mempertimbangkan jawapan saya ini secara telus
kerana saya telah banyak bertolak ansur dengan pemohon dalam erti kata menuntut
harta sepencarian ini kerana saya tidak pernah menuntut atau mengungkit apa-apa
harta daripada sepencarian ini atau memfailkan apa-apa terhadap pemohon.
Pemohon juga telah mengambil kesemua barang-barang dari rumah saya selepas
berpindah dan meninggalkan saya sehelai sepinggang sahaja. Jika diikutkan hati, saya
boleh memfailkan nusyuz terhadap pemohon dahulu kerana telah banyak
melakukan perkara yang bertentangan. Kerana niat untuk kembali bersama serta
rasa sayang yang amat mendalam terhadap pemohon pada ketika itu membuatkan
saya hanya memejam sebelah mata kerana tidak mahu ada persengketaan.

Dengan izin yang Amat Arif,

Saya memohon agar yang Amat Arif dapat mengkaji dan mempertimbangkan
perkara ini secara adil dan saksama serta telus agar keadilan boleh dicapai oleh
kedua-dua belah pihak. Saya merayu agar dapat diberi kelonggaran dengan
membayar RM100 secara ansuran sehingga saya boleh membuat pinjaman peribadi
untuk melangsaikan yang selebihnya.

7. Oleh yang demikian, Responden memohon kepada Mahkamah yang mulia ini
perintah seperti yang dipohon.

Diangkat sumpah pada ……… haribulan ………….20…..


Di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.
Oleh Ahmad Akira Bin Che Aziz

….……………………………………
Tandatangan