Anda di halaman 1dari 6

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

DI DAERAH MELAKA TENGAH


DALAM NEGERI MELAKA,MALAYSIA
KES MAL NO : 04200-076-0344-2017

DI ANTARA

NORKARMILA BINTI MOHD NOOR … PEMOHON


(NO K/P : 840603-09-5136)

DENGAN

AHMAD AKIRA BIN CHE AZIZ …


RESPONDEN

AFIDAVIT JAWAPAN

Saya, Ahmad Akira Bin Che Aziz (No. K/P : 820415-03-5939 )beralamat di No
275,Jalan Asean 14,Taman Asean,75250, Melaka, bersumpah dan menyatakan
seperti berikut:-

1. Segala apa yang dinyatakan disini adalah dalam pengetahuan saya melainkan
jika dinyatakan sebaliknya.

2 2.1 Merujuk kepada perkara 7, saya terpaksa membayar kos sewa 2 buah
rumah sekaligus iaitu rumah yang saya sewa di Pulau Gadong yang
berjumlah RM600 sebulan dan bayaran pinjaman perumahan rumah yang
diduduki oleh pemohon sebanyak RM715.55 sebulan melalui pemotongan
Biro Angkasa. Dengan pendapatan yang terhad,saya tidak mampuuntuk
menampung semuanya yang ditambah pula dengan perbelanjaan lain.
2.2 Soal tinggal di rumah saya pada awalnya sebagai ihsan tanggungjawab saya
untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada pemohon selama
hingga tamat tempoh edah, tetapi saya telah memberikannya lebih dari
tempoh itu kerana ihsan dan harapan agar pemohon pada ketika itu
kembali semula ke pangkuan saya. Saya memberikan
kebenaran kepada pemohon untuk tinggal dirumah saya selama 9 bulan.
Keputusan saya untuk tidak tidak lagi memberi ihsan kepada pemohon
untuk tinggal lagi di rumah saya setelah mendapati harapan untuk kami
bersama semula tidak berhasil kerana pemohon akan berkahwin dengan
orang lain. Saya juga bimbang rumah saya akan disalahgunakan pemohon
untuk melakukan perkara yang tidak bermoral kerana pada waktu itu saya
mendapat tahu bahawa bakal suaminya bukan berasal dari Melaka malah
menetap di KualaLumpur dan dia sering datang ke Melaka untuk bertemu
dengan pemohon.
2.3 Berikutan dengan pengetahuan bahawa pemohon akan berkahwin lain,
jadi saya merasakan sudah tiba masanya saya berhak menuntut sewa
dari pemohon itu sendiri.
2.4 Saya juga ingin pemohon menyatakan tarikh,masa,tempat dan bukti yang
berkaitan yang mengatakan saya membenarkan pemohon boleh tinggal di
rumah saya sehingga pemohon berkahwin baru.

3. 3.1 Berdasarkan kepada perkara 8, saya mengakui bahawa saya ada membuat
pinjaman bernilai RM8000. Pinjaman itu dilakukan pada bulan November
2015 melalui Koperasi Yayasan Ihsan. Tujuan saya membuat pinjaman
berkenaan adalah untuk membayar semula tunggakan bayaran rumah sewa
saya selama 3 bulanyang berjumlah RM1800. Saya juga perlu
membayar sebuah kenderaan Proton Preve yang bernombor pendaftaran
CDF1243 yang juga tertunggak selama 3 bulan dan bernilai
RM700sebulan dan menjadikannya RM2100. Kenderaan tersebut adalah
hak milik adik saya yang sayaguna pakai dan saya sebagai peminjam perlu
membayar ansuran bulanannya. Ini adalah keranasaya tidak mempunyai
apa-apa kenderaan untuk kegunaan harian selepas pemohon telah
meminta agar sebuah kenderaan Produa Myvi yang pernah saya dan
pemohon guna bersama dahulu yang juga boleh dikatakan juga harta
sepencarian agar diberikan kepadanya walaupun pada masa itu pemohon
memiliki sebuah lagi kenderaan iaitu Proton Satria Neo.

3.2 Pinjaman yang saya pohon berkenaan juga adalah merupakan usaha saya
untuk membantu ayah dan adik lelaki saya untuk membayar bayaran
membuat passport keselamatan dan pemeriksaan perubatan yang
berjumlah RM2300 setiap seorang yang menjadikannya RM4600. Tujuan
bayaran berkenaan adalah untuk membolehkan mereka bekerja semula
diatas pelantar minyak setelah beberapa bulan tidak dapat bekerja kerana
tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk memperbaharui passport
keselamatan dan pemeriksaan perubatan berkenaan. Sebagai anak yang
sulung dan juga abang, saya merasakan ini tanggungjawab yang harus saya
lakukan pada keluarga saya setelah saya abaikan selepas berkahwin dahulu.
3.3 Melalui perjanjian tuntutan pemohon pula,saya diberi masa untuk membuat
bayaran pertama selepas kenaikan gaji ke 2 saya pada bulan Julai 2016
melalui pinjaman peribadi yang akan dipohon oleh saya. Namun pada
penghujung tahun iaitu pada bulan Disember 2015, pemohon telah
membuat perintah mahkamah dalam tuntutan nafkah anak sebanyak
RM550 sebulan. Perkara berkenaan telah memberi kesan terhadap
permohonan pinjaman saya kerana sudah melebihi potongan 60% dan
mempunyai komitmen yang tinggi pada penyata gaji saya. Hal ini juga
memberi kesan kepada permohonan saya untuk mendapat wang tunai
melalui pembiayaan semula rumah saya untuk dibayar kepada pemohon
atas faktor yang sama.

4. 4.1 Berdasarkan kepada perkara 9, saya mengakui sudah berkahwin pada 26


Disember 2015 dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang
anak perempuan. Keputusan saya untuk berkahwin semula adalah kerana
harapan saya untuk bersama dengan pemohon tidak berhasil
selepas pemohon telah berkahwin pada bulan Mac 2015. Adakah
kerana tuduhan pemohon ini, saya tidak menunaikan tanggungjawab
membayar “wang tersebut” diatas sebab-sebab yang saya nyatakan saya
tidak boleh berkahwin dan tinggal di rumah saya sendiri. Pada saya itu
merupakan niat jahat dan ingin merosakkan masa depan saya.
4.2 Perkahwinan yang saya langsungkan bukanlah secara besar-besaran dan
memerlukanmjumlah perbelanjaan yang banyak sepertimana perkahwinan
saya dahulu bersama pemohon sehingga terpaksa membuat pinjaman
peribadi untuk memuaskan hati semua orang termasuk pemohon.
Perkahwinan kali 2 saya ini hanyalah ala kadar dan hanya melakukan yang
perlu sahaja malah ia hanya melibatkan kenduri kecil-kecilan dikalangan ahli
keluarga sahaja.

5. 5.1 Saya faham kesukaran pemohon untuk membuat bayaran perumahan yang
bakal dibeli.Cuma saya merasakan pemohon masih mampu membeli sebuah
rumah tanpa meletakkan“wang tersebut” sebagai alasan tidaak dapat
membeli sebuah rumah.
5.2 Saya mengakui saya tidak mampu lagi membayar “wang tersebut” selama
3 tahun, bukan kerana saya mungkir janji tetapi kerana kekangan
pendapatan menyebabkan saya tidak dapat berbuat demikian, bahkan saya
sudah cuba membuat permohonan pinjaman daripada pelbagai agensi
kewangan serta permohonan pembiaayaan semula rumah saya namun
tetap gagal kerana jumlah gaji yang kecil serta komitmen yang tinggi.

6 6.1 Melaui perkara 11, secara tersurat memang saya nampak berkemampuan,
namun yang sebenarnya saya tidak mampu. Pendapatan bersih bulanan
saya sekarang adalah sebanyak RM1407.00 dan saya perlu melalui
kelangsungan hidup saya hari-hari bersama ikeluarga baru saya. Dengan
baki gaji saya berkenaan saya perlu membayar:-

A) kereta RM700
B) Belanja isi rumah RM300
C) Utiliti RM200
D) Perbelanjaan lain-lain RM200
Jumlah RM1400

Kelangsungan hidup keluarga baru saya ini juga dibantu secara ikhlas oleh
isteri saya yang baru memulakan perniagaan kecil-kecilan secara atas
talian.

6.2 Permintaan permohonan pemohon untuk membuat pemotongan gaji


sebanyak RM500 sebulan amatlah tidak bersesuaian dan diluar kemampuan
saya malah ia merupakan penambahan beban terhadap diri saya. Dengan
tahap pendapatan dan taraf ekonomi saya sekarang, saya hanya mampu
bayar tidak lebih dan tidak kurang sebanyak RM100 sebulan secara
manual.
7. Diharap pihak mahkamah dapat mempertimbangkan jawapan saya ini secara
telus kerana saya telah banyak bertolak ansur dengan pemohon dalam erti
kata menuntut harta sepencarian ini kerana saya tidak pernah menuntut atau
mengungkit apa-apa harta daripada sepencarian ini atau memfailkan apa-apa
terhadap pemohon.

8. Oleh yang demikian, Responden memohon kepada Mahkamah yang mulia ini
perintah seperti yang dipohon.

Diangkat sumpah pada ……… haribulan ………….20…..


Di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.
Oleh Ahmad Akira Bin Che Aziz

….…………………………
……….
Tandatangan

Di hadapan saya,

….……………………………………………………
…….
Hakim / Pendaftar