Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu


Bandar Darulaman
06000 Jitra
Telefon : 04-9199979/9190823/9190825
Kedah Darul Aman Faks : 04-9190463
Emel : adminppdkp@moe.gov.my
Laman Web : http://ppdkubangpasu.moe.gov.my

“MUAFAKAT KEDAH”
Rujukan Kami : PPDKP (UPI) 600-1/6/6 (35)
Tarikh : 8 Februari 2018
22 Jamadil Awal 1439

Pengetua
SMK Bandar Baru Darulaman
SMK Pulau Nyior
SMK Ayer Hitam
SMK Changlun
SMK Hosba
SMK Jitra

Tuan,

BENGKEL PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA ARAB TINGKATAN 2 (KSSM)


BAGI GURU – GURU BAHASA ARAB DI NEGERI KEDAH
Dengan segala hormatnya surat JPK.SPI. 600-2/2/10 (98) bertarikh 1 Februari 2018 dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan mengadakan bengkel
berkaitan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Februari 2018 (Isnin)


Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : SMK Agama Yan
Peg. Ruj. : Ustaz Ikhwan bin Zainuddin, Sektor Pendidikan Islam
JPN Kedah (0192386898 / 04 7404281)

3. Sehubungan itu, seorang Guru Bahasa Arab dari setiap sekolah dikehendaki hadir mengikut
ketetapan di atas.

4. Segala tuntutan perjalanan boleh dibuat dipusat tanggungjawab masing – masing mengikut
pekeliling kewangan berkuatkuasa semasa berdasarkan peruntukan sedia ada.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


“ PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG ”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI MOHAMMAD BIN ABDUL RAHIM S.D.K., A.M.K., B.K.M., P.P.N.)


Pegawai Pendidikan Daerah
Kubang Pasu,
Kedah Darul Aman.
“1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

MS ISO 9001 : 2008 REG MY- AR 4161