Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pelajar
yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah selari dengan
syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar di peringkat remaja ini perlu didedahkan dengan
peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk
cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan. Ibubapa merupakan
golongan yang paling hampir dengan anak-anak dan yang paling meletakkan matlamat yang
tinggi kepada anak-anak. Mereka sanggup mengorbankan apa jua demi kepentingan anak-anak.
Ibubapa sangat mengasihi anak-anak mereka dan kasih sayang ini dicurahkan melalui
pengorbanan yang tidak terhingga. Harapan ibubapa dan harapan anak-anak ini semestinya
dikongsi bersama. Kemudiannya, mereka saling memahami dan membantu ke arah mencapai
harapan kedua-dua pihak. Sikap kasih sayang oleh ibubapa kepada anak-anak dan sikap hormati
ibubapa oleh anak-anak akan menghasilkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia bermula
daripada keluarga yang mentaati perintah Allah, ibubapa yang saling sayang menyayangi dan
anak-anak yang mengasihi keluarga. Oleh itu dalam rangka melahirkan rumah ku syurga ku, satu
program bimbingan yang berterusan adalah dicadangkan.

2.0 Objektif Program

2.1 Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak,
pelajar, sahabat , ahli masyarakat dan hamba Allah.
2.2 Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam
segenap aspek.
2.3 Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa
mereka.
2.4 Menonjolkan Peranan ibu bapa
2.5 Berkongsi harapan di antara ibu bapa dan anak.
3.0 Anjuran

SUMUR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling

4.0 Tarikh Masa & Tempat

Hari : Jumaat & Sabtu

Tarikh : 28 & 29 Jun 2013

Tempat : Asrama Pelajar Lelaki

5.0 Sasaran

80 Orang Pelajar yang dipilih daripada tingkatan 3,4 dan 5

6.0 Kewangan

5.1 Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah

1. Saguhati Penceramah (RM150.00 X 2) RM300.00

2. Makanan

1. Makan Malam & Makan Tenghari


(RM 3.50 X 80 Orang Pelajar X 2 Kali Makan) =RM 560.00

2. Minum Petang =RM 50.00

3. Lain-lain =RM100.00

Jumlah =RM 1010.00


5.2 Pendapatan

Bil Perkara Jumlah

1. Kaunseling =RM 300.00

2. Sivik =RM 500.00

3. Pendidikan Islam =RM 500.00

JUMLAH =RM1300.00

7.0 Ahli Jawatankuasa

Rujuk Lampiran

8.0 Tentatif Program

Rujuk Lampiran

9.0 Penutup

Adalah diharapkan program ini menjadi titik tolak kepada usaha terancang dan teratur bagi
melahirkan generasi pelajar yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang terpuji. Oleh itu,
diharapkan semua pelajar dapat membantu memperbaiki kelemahan yang ada di dalam diri
mereka.