Anda di halaman 1dari 7

SULIT

Pendidikan Moral

Bahagian A

Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Orang Islam bersembahyang di _____________.


A. Kuil
B. Masjid
C. Gereja
D. Tokong

2. Ah Leong bersembahyang di tokong. Dia beragama


____________.
A. Islam
B. Hindu
C. Buddha
D. Kristian

3. Zarida mencuci _____________ sebelum makan.


A. Tangan
B. Jari
C. Kaki
D. Muka

4. Suzana menggosok gigi menggunakan _____________


A. sabun mandi
B. berus gigi
C. sikat
D. tuala

5. Saya digunakan untuk melihat. Apakah saya?


A. Kaki
B. Mulut
C. Mata
D. Telinga

1
SULIT
Pendidikan Moral

6. Kita menggunakan tangan untuk ____________.


A. Melihat bunga
B. Memegang sesuatu benda
C. Mendengar bunyi
D. Untuk makan dan minum

7. Siti rajin membaca buku dan menyiapkan kerja


sekolah

Apakah nilai murni yang ada pada Siti?


A. Baik hati
B. Hemah tinggi
C. Berterima kasih
D. Kerajinan

8. Maria mendapat keputusan yang baik kerana dia


___________ belajar.
A. malas
B. rajin
C. diam
D. berani

9. Kita perlu mengucapkan _______________ kepada


kawan yang menang.
A. takziah
B. terima kasih
C. selamat pagi
D. tahniah

10. Apakah ucapan yang sesuai ketika bertemu guru?


A. Selamat malam, ayah
B. Selamat pagi, cikgu
C. Silakan duduk, pakcik
D. Silalah masuk, abang

11. Jangan bermain pisau. Anda mungkin akan


_____________.

2
SULIT
Pendidikan Moral

A. lemas
B. jatuh
C. luka
D. sakit perut

12. Ali berlumba basikal dengan Ahmad. Apakah akibat


daripada perlakuan tersebut?
A. Sakit gigi
B. Selamat
C. Kemalangan
D. Demam

13. Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap


sederhana?
A. Ali membeli sepuluh batang pensel
B. Mary mempunyai banyak alat permainan
C. Johan membelanjakan semua wang sakunya
D. Baju Kamala lusuh tetapi bersih

14. Hana memadam suis lampu sebelum keluar

Apakah nilai murni yang diamalkan oleh Hana?


A. Kesederhanaan
B. Baik hati
C. Kejujuran
D. Hemah tinggi

15. Apakah maksud jujur?


A. Tidak ikhlas
B. Bercakap benar
C. Tidak amanah
D. Bercakap bohong

16. Jika kita melakukan kesalahan kita perlu


______________
A. menepatinya
B. mengakuinya

3
SULIT
Pendidikan Moral

C. melupakannya
D. memulangkannya

17. Rajin pergi sekolah,


Dapat nombor satu,
Kawan kita susah,
Mesti kita bantu.

Apakah nilai murni dalam pantun di atas?


A. Ikhlas
B. Kejujuran
C. Berterima kasih
D. Baik hati

18. Anda melihat orang tua berdiri di dalam bas. Anda


patut bangun dan berkata ______________.
A. Sila duduk, pakcik.
B. Sila masuk, pakcik.
C. Sila keluar, pakcik.
D. Sila berdiri, pakcik.

19. Saya membantu ayah _______________ kereta.


A. merosak
B. menconteng
C. mencuci
D. memandu

20. Kakak membelikan pensel baru untuk saya, saya


mengucapkan _______________
A. sama-sama
B. terima kasih
C. tahniah
D. takziah

21. Ibu tersayang,


Terima kasih kerana menjaga saya.
Daripada,
Ina
Kepada siapakah ucapan di atas ditujukan?

4
SULIT
Pendidikan Moral

A. ibu
B. bapa
C. guru
D. sahabat

22. Keluarga Yasmin saling sayang menyayangi antara


satu sama lain. Keluarga mereka sangat ____________.
A. kaya
B. susah
C. derita
D. bahagia

23. Anak-anak mestilah _________________ kata ibu bapa.


A. melawan
B. mendengar
C. membohongi
D. mengejek-ejek

24. Abang berjaya dalam pertandingan melukis. Kami


semua berasa ______________.
A. bangga
B. sedih
C. curiga
D. bahagia

25. Salmi membantu ibu membasuh pinggan di dapur.


Apakah nilai murni yang diamalkan oleh Salmi?
A. Baik hati
B. Kebersihan diri
C. Kejujuran
D. Hormat dan taat kepada ibubapa

26. Adik-beradik yang baik akan saling _______________


antara satu sama lain.
A. mencaci
B. membantu
C. bergaduh
D. membenci

5
SULIT
Pendidikan Moral

27. Kita perlu _________________ antara satu sama lain.


A. berlawan
B. bergaduh
C. berbaik-baik
D. bermusuh

28. Anda ternampak rakan anda sedang kesakitan. Anda


patut _______________.
A. membiarkannya
B. memberitahu guru
C. mengusiknya
D. mentertawakannya

29. Buku-buku di perpustakaan boleh dibaca dan


_____________ oleh semua orang.
A. dikoyak
B. dipinjam
C. diconteng
D. dijual

30. Amalan ______________ barang boleh mengeratkan


hubungan dengan rakan.
A. menyimpan
B. menyorok
C. mengguna
D. berkongsi

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1


(BAHAGIAN A)

1. B
2. C
3. A
4. B
5. C
6. B

6
SULIT
Pendidikan Moral

7. D
8. B
9. D
10. B
11. C
12. C
13. D
14. A
15. B
16. B
17. D
18. A
19. C
20. B
21. A
22. D
23. B
24. A
25. D
26. B
27. C
28. B
29. B
30. D

Anda mungkin juga menyukai