Anda di halaman 1dari 1

Pelajar generasi abad ke-21 telah menjadi lebih matang dan amat memahami tugasan mereka sebagai

pelajar.Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama tetapi
pelajar seharusnya mencari maklumat daripada pelbagai sumber.Dalam pembangunan sebuah negara
yang maju,masyarakat Malaysia memerlukan rakyat yang mempunyai daya pemikiran kreatif dan
inovatif.

Pelajar merupakan nadi utama sesebuah Negara sebagai generasi yang akan meneruskan
pentadbiran negara pada masa akan datang.Oleh itu,untuk mencapai pendidikan Malaysia setaraf
dengan pendidikan Antarabangsa kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha.Bagi mencapai
status tersebut,pelajar abad ke-21 haruslah bersifat kreatif dan berinovasi dalam membentuk
masyarakat yang disegani.Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjurus kepada
meningkatkan kreativiti dan inovasi,membudayakan sains dan teknologi,pembelajaran sepanjang hayat ,
dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Pelajar abad ke-21 perlu celik IT sebagai persediaan dalam menghadapi ledakan
globalisasi.Penguasaan ilmu teknologi maklumat pelajar dalam meningkatkan ilmu kendiri.Pembelajaran
masa kini tidak lagi tertumpu pada maklumat guru semata-mata tetapi pelajar sendiri perlu berusaha
mencari maklumat tambahan sebagai pengetahuan yang boleh diakses daripada laman web.Dalam
keghairahan dunia abad ke-21 menikmati kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan komunikasi,bidang
pendidikan terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang disebabkan oleh perlakuan-
perlakuan negatif pelajar masa kini.Kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan
ICT,khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah,rumah atau di siber-siber telah
meletakkan ke dalam dunia tanpa sempadan.Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh
menjadi topic

Anda mungkin juga menyukai