Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

SK SERI PEMATANG RENGAS SIRI 1/2018

1.0 Kata-kata Aluan

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya


program latihan kecemasan kebakaran telah dapat dilaksanakan. Oleh yang
demikian pihak Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
program latihan kecemasan kebakaran ini.

2.0 Objektif :

Antara objektif program latihan ini adalah :


2.1 Untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bagaimana
mengahadapi kebakaran yang sebenar.
2.2 Memberi pendedahan kepada murid bagaimana penggunaan alat
pemadam api.
2.3 Mendidik murid peka dengan keadaan sekeliling.

3.0 Tarikh

Program latihan kecemasan telah dilaksanakan pada hari Rabu , 7 Mac 2018
pada pukul 08.45 pagi .

4.0 Penglibatan

4.1 Seluruh warga sekolah SK Seri Pematang Rengas.


5.0 Pelaksanaan Aktiviti
5.1 Guru bertugas membunyikan loceng panjang. Murid-murid bergerak
mengikut aturan laluan yang telah ditetapkan berdasarkan pelan laluan
kecemasan yang telah diletakkan di dalam setiap kelas.
5.2 Penerangan dan komen guru bertugas tentang perjalanan latihan
tersebut.
5.3 Murid masuk semuka ke kelas dan meneruskan aktiviti pembelajaran
.

6.0 Apa yang dicapai dari program


6.1 Murid dapat pengalaman sebenar ketika berlakunya kecemasan seperti
kebakaran.
6.2 Murid dapat pengajaran daripada latihan tersebut.
6.3 Murid dapat mengetahui tentang tatacara dan laluan yang betul ketika
berlakunya kecemasan. Selain itu juga murid didedahkan dengan
langkah-langkah awal yang perlu diambil ketika di dalam situasi
kecemasan.

10.0 Penutup
Kami berpendapat bahawa latihan yang dilaksanakan telah mencapai
kejayaan dan menepati objektif yang dirancang. Beberapa penambahbaikan
akan dilakukan pada masa akan datang seperti menepati masa yang
seharusnya ditepati ketika murid berjalan ke kawasan berkumpul.
Kesimpulannya program latihan kecemasan kebakaran ini perlu diadakan
secara berterusan kerana ia memberi manfaat kepada murid-murid.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

……………………………. …………………………….
(MOHD SAFUAN BIN CHE OTHMAN)
PENYELARAS PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN
SK SERI PEMATANG RENGAS

Anda mungkin juga menyukai