Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BAHASA MALAYSIA
TINGKATAN SATU
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja
Soalan 1 hingga Soalan 7. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling
sesuai.
2. Dia akhimya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa
_____________________ dengan buku.
A. bersamaan B. berdekatan C. bergandingan D. berdampingan
3. Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki.
A. menutupi B. mengaburi C. melingkari D. menyelubungi
4. Setelah seharian bertempur, akhimya pihak tentera telah berjaya menawan ____________
pengganas.
A. sekawan B. sepasukan C. seangkatan D. segerombolan
5. Jambatan yang roboh itu telah dibaiki oleh penduduk kampung secara _____________
A. gotong-royong B. berganding bahu C. berhempas-pulas D. bantu-membantu
6. Sudah berulang kali peniaga itu menggunakan minyak masak tersebut menyebabkan
pengunjung menghidu bau _____________.
A. basi B. busuk C. tengik D. hangit
8. Oleh kerana kerusi tidak mencukupi, para jemputan yang datang lewat terpaksa berdiri di luar
A B C
Dewan. Tiada kesalahan.
D
9. Hakim telah menjatuhi pesalah itu hukuman penjara seumur hidup. Tiada kesalahan
A B C D
10 Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum dihantar ke Zoo
A B C
Melaka. Tiada kesalahan
D
11. Setengah orang yang berkunjung ke pameran komputer ini akan diberi cenderamata.
A B. C
Tiada kesalahan.
D
12. Mereka sedang berbincang dari hati ke hati tentang cara-cara memajukan perniagaan
A B
Mereka. Tiada kesalahan.
C D
13. Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu ialah untuk pelajar yang pandai tetapi
A B C
miskin. Tiada kesalahan.
D
14. Pemadam api itu perlu diperiksa secara berkala dari masa ke masa oleh pegawai bomba
A B
yang bertugas. Tiada kesalahan.
C D
15. I "Mengapa agaknya berlainan sekali perasaan ibumu pada hari ini," luah ayah.
II Hubungan mereka tetap mesra walaupun berlainan bangsa dan agama.
Ill Mukanya kelihatan berlainan apabila disebut tentang bekas isterinya.
IV Anda berdua tidak dapat sampai ke pulau itu berlainan sekiranya menaiki bot.
A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, dan IV sahaja
A . I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, III, dan IV
17. I Dia harus dihukum kerana mengkhianati bangsa dan negaranya sendiri.
II Raju mengkhianati majikannya apabila dia tidur pada waktu pejabat.
Ill Harun tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya sebab itulah dia dianggap anak yang
mengkhianati orang tuanya.
IV Pengurus syarikat itu telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan
menggelapkan wang syarikat.
A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, dan IV sahaja
18. Sebelum meninggalkaan kilang itu, setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain batik sebagai
cenderamata.
A setiap orang pelawat dihadiahkan sehelai kain
B setiap pelawat dihadiahi sehelai kain
C sehelai kain batik dihadiahi setiap pelawat
D setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain
19. Semua calon peperiksaan dikehendaki menjawab setiap soalan Matematik tanpa
menggunakan mesin kira.
A Semua calun peperiksaan dikehendaki
B Semua orang calon peperiksaan dikehendaki
C Peperiksaan menghendaki semua calon
D Semua calon peperiksaan dikehendaki
20. Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun kadangkala amat sukar dilakukan.
A Kita wajib menegakkan kebenaran
B Kita harus tegak kebenaran
C Kebenaran wajib tegak
D Kita wajib tegakkan kebenaran
21. Kata orang-orang tua, anak dara tidak elok duduk di muka pintu.
A Perkataan orang tua
B Kata orang tua-tua
C Berkata orang-orang tua
D Kata orang-orang tua
22. Malaysia lebih berminat jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan
berbanding memberi
bantuan kewangan tetapi pada masa yang sama mensyaratkan negara supaya
mengikut telunjuk
mereka.
A. Adalah lebih jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan daripada memberi bantuan
dalam bentuk
wang ringgit sambil mensyaratkan negara supaya mengikut kehendak mereka.
B. Berbanding bantuan kewangan, teknologi pemeliharaan hutan yang disalurkan dari Barat lebih
banyak
mendatangkan faedah kepada negara.
C. Malaysia mengalu-alukan teknologi pemeliharaan hutan dan bantuan kewangan yang
disalurkan dari
Barat dengan syarat kita tidak perlu mengikut segala kehendak mereka.
D. Negara lebih cenderung menerima teknologi pemeliharaan hutan dari Barat daripada menerima
bantuan
berbentuk kewangan yang mensyaratkan negara mengikut arahan mereka.
23 . Bayi mungkin berisiko tinggi dijangkiti AIDS daripada ibu yang menjadi pembawa
kuman HIV
menerusi proses penyusuan ibu.
A. Proses penyusuan bayi biasanya tidak begitu terdedah dengan kuman HIV sekiranya ibu
tersebut tidak
menjadi pembawa kuman AIDS.
B. Ibu yang dijangkiti kuman HIV berkemungkinan besar mempunyai anakyang menghidap
penyakit AIDS
jika anak itu menyusu badan.
C. Kuman HIV boleh merebak melalui penyusuan ibu jika tidak dielak dan dicegah secepat
mungkin.
D. Ramai kanak-anak menjadi pembawa kuman HIV lantaran ibu mereka menghidap HIV.
24. Para lepasan sekolah tidak perlu berasa kecewa sekiranya mereka tidak
berpeluangmelanjutkan
pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan .
A. Pusat-pusat pengajian tempatan banyak menyediakan peluang belajar kepada pelajar
lepasan sekolah.
B. Rasa kecewa tidak perlu wujud di dalam hati lepasan sekolah jika mereka tidak ditawarkan
melanjutkan
pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
C. Kekecewaan selalu melanda diri para pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan seterusnya
gagal dalam
hidup.
D. Lepasan sekolah biasanya berusaha untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian
tinggi tempatan.
A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja
26. I Sudah puas abang memujuk adik, tetapi adik berterusan menangis.
II Setelah turun dari mini bas, Hamdan terus ke warung Pak Hitam untuk membeli makanan
tengah hari.
Ill Pihak polis terpaksa membebaskan penjahat yang baharu ditangkap itu kerana
kekurangan bukti.
IV Hujan lebat yang turun di pagi ini menggendalakan tugas hariannya
A. I dan III sahaja B. I, II dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja D. II, III, dan IV
sahaja
27. I Persembahannya pada malam itu telah berjaya memikat hati ribuan penonton yang hadir.
II Tingkah lakunya yang sopan amat disenangi oleh guru-guru.
Ill "Jika kita bersikap tidak amanah, lama-kelamaan orang tidak mempercayai kita lagi," kata
Pak Zahid.
IV Tembikar daripada tanah liat itu amat halus perbuatannya.
A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C . I, III, dan IV sahaja D. II, III, dan IV
sahaja
Televisyen yang kamu baiki asalnya rosak sedikit, setelah kamu baiki semakin rosak pula.
29. Perbuatannya yang suka mencuri akhirnya diketahui orang ramai. Dia berasa malu untuk
keluar dari rumah.
Apa yang berlaku seperti dikatakan orang
A. ayam terlepas tangan bau tahi.
B. ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.
C. ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.
D. ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang.
30. Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai. Keterangan tersebut
sesuai bagi
peribahasa
A. alah bisa, tegal biasa.
B. alang-alang berminyak biar licin.
C. genggam bara api biar sampai jadi arang.
D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Maka Raja Iskandar Syah pun berdiri di bawah sepohon kayu, terlalulah rendang. Maka baginda
pun berburu, maka anjing perburuan itu pun diterajang oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah
Raja Iskandar Syah, "Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri
di sini." Maka sembah segala orang besar-besar, "Benarlah tuanku, seperti titah Duli Yang
Dipertuan itu." Maka disuruh baginda perbuat negeri pada tempat itu. Maka Raja Iskandar
bertanya, "Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?" Maka sembah orang, "Kayu Melaka
namanya, tuanku." Maka titah baginda, " Jika demikian, Melakalah nama negeri ini."
Maka Raja Iskandar Syah pun diamlah di Melaka. Adapun Raja Iskandar tatkala diam di
Singapura, tiga puluh dua tahun, maka Singapura alah oleh Jawa: maka kararlah baginda di
Melaka tiga tahun. Maka datanglah peredaran dunia, baginda pun hilanglah, dan anakanda
baginda Raja Besar Mudalah ganti kerajaan ayahanda baginda, terlalu adil perintah baginda. Maka
Raja Besar Muda pun memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda.
Syahadan, bagindalah yang pertama berbuat menteri mengajari orang di balai, dan
mengadakan bentara empat puluh berdiri di ketapakan balai akan menjunjungkan titah raja dan
menyampaikan sembah sekalian orang ke bawah dull baginda; dan bagindalah menjadikan anak
tuan-tuan biduanda kecil akan suruh-suruhan raja membawa segala alat raja, barang ke mana dan
barang sebagainya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada prosa "Susur Galur
Asal Usul
Negeri Melaka", antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan
1, DBP)
32. Frasa maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun yang terdapat dalam petikan membawa
maksud
A. Raja Iskandar menetap di negeri Melaka selama tiga tahun
B. Raja Iskandar mangkat setelah tiga tahun memerintah Melaka.
C. Raja Iskandar memerintah di negeri Melaka selama tiga tahun.
D. Raja Iskandar berasa kecewa tinggal di negeri Melaka selama tiga tahun
33. Persoalan yang berikut terdapat dalam petikan prosa "Susur Galur Asal Usul Negeri
Melaka", kecuali
A. adat istiadat di negeri Melaka.
B. asal usul pembukaan negeri Melaka
C. salasilah keturunan raja-raja Melaka
D. kedaulatan kerajaan dalam jajahan Melaka
34. Pernyataan yang berikut merupakan perwatakan Raja Besar Muda, kecuali
A. pemerintah yang sangat adil mentadbir negara.
B pemerintah yang mementingkan golongan diraja.
C. pemerintah yang mentadbir negara secara sistematik.
D. pemerintah yang memperkenalkan adat istiadat kerajaan Melaka.
37. Maksud baris Telinga diasingkan daripada mata yang terdapat dalam rangkap terakhir
ialah
A. kerap memandang kin dan kanan.
B. kedudukan mata dan telinga yang tidak betui.
C. tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang tuturkan.
D. memikirkan perkara lain ketika mendengar orang lain bercakap.
40. Nyatakan pengajaran utama yang diperoleh setelah membaca syair di atas.
A. Semasa belajar kita perlu mencatat
B. Mestilah serius ketika menuntut ilmu
C. Perlu memberi tumpuan semasa guru mengajar
D. Jangan melakukan kesalahan ketika membuat latihan