Anda di halaman 1dari 13

SUMBER:

http://nasrulnadzmi.blogspot.my/2013/05/my-folio-geografi-2013-pmr-kajian.html

KAJIAN TENTANG
PENGANGKUTAN AWAM,
BAS DAN TEKSI
DI LEMBAH KERAMAT,
AMPANG, SELANGOR

1
2.0) SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat


1. Tajuk 1

2. Senarai kandungan 2

3. Penghargaan 3

4. Pendahuluan 4

5. Objektif Kajian 5

6. Kawasan Kajian 6

7. Kaedah Kajian 7

8. Dapatan Kajian 8-22

9. Rumusan 23

10. Lampiran

11. Rujukan 25

2
3.0) PENGHARGAAN
Saya,Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam,mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pengetua, Pn. Hajah Muslimah Binti Tahir yang telah memberi kebenaran kepada
saya untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru
GEOGRAFI saya, Pn Hajah Hasidah Binti Ishak, yang telah memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar sehingga kajian ini selesai. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan
terima kasih juga saya tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama kepada
saya, iaitu rakan saya Hakim , Ismat , Faiz Hud yang telah bersama-sama menjalankan kajian
ini.

4.0) PENDAHULUAN
Saya, Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam, murid Tingkatan 3 Intan telah memilih
tajuk “Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di Lembah Keramat, Ampang, Selangor sebagai
tajuk kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam
seperti bus dan teksi. Ini telah memberi tumpuan kepada aspek mengenal pasti konsep
pengangkutan awam di Lembah Keramat, menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam dan
kepentingan perkembangan pengangkutan awam. Menghuraikan masalah perkembangan
pengangkutan awam dan mencadang untuk mengurangkan masalah perkembangan
pengangkutan awam. Mengenal pasti penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan
kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di sini. Jaraknya yang dekat dengan
rumah saya, iaitu 5 kilometer memudahkan kajian yang dibuat.

3
5.0) OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenal pasti konsep pengangkutan awam
b) Menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam
c) Mengenal pasti kepentingan perkembangan pengangkutan awam
d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam
e) Menyatakan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan
awam
f) Mengenal pasti penerapan nilai murni atau unsur patriotism dalam dapatan kajian

6.0) KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian saya terletak di Lembah Keramat.Lembah keramat terletak dalam
daerah Ampang Jaya iaitu salah satu daerah dalam jajahan Negeri Selangor,Darul Ehsan.
Dikawasan ini terdapat banyak taman seperti Taman Permata, Taman Keramat, UKay
Perdana dan Bukit Antarabangsa.
Kawasan Lembah Keramat ini terletak di arah Tenggara dari Bandar Kuala Lumpur.
Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata, sesuai untuk
pembinaan jalan pengangkutan dan petempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi
tumpuan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam.
Jarak mutlak antara Lembah Keramat dengan Kuala Lumpur ialah 15 kilometer. Jarak
relative masa yang diambil dengan menaiki bas ialah 30 minit ke Bandar Kuala Lumpur.

4
7.0) KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjayakan kajian ini.

1) Kaedah Pemerhatian :
Saya telah membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di Lembah
Keramat, Ampang, Selangor.

2) Kaedah Temu Bual :


Melalui kaedah ini saya telah menemubual 3 orang pemandu Bas Rapid KL
untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam , asalah
perkembangan pengangkutan awam dan mendapatkan maklumat tentang cadangan
mengatasi masalah tersebut.

3) Kaedah Soal Selidik :


Seramai 20 orang pemandu bas telah saya temui untuk menjawab soalan kajian
dari borang soal selidik yang telah saya reka dalam borang tersebut, terdapat
beberapa soalan berkenaan kepentingan masalah pengangkutan awam

4) Kaedah Rujukan :
Saya telah menggunakan internet dengan membuat rujukan di Wikipedia bagi mencari
definisi dan huraian tentang konsep pengangkutan awam..

5
8.0) DAPATAN KAJIAN

8.1) Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian


Lembah Keramat, Ampang Selangor Darul Ehsan menurut Wikipedia, pengangkutan
awam atau transit awam merangkumi segala sistem. Pengangkutan yang mana penumpang
tidak bergerak menggunakan pengangkutan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara
amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh
merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, rel, teksi dan mana-mana system yang
mengangkut orang awam termasuklah perkhidmatan komuter, LRT atau monorel
Pengangkutan awam ini juga merupakan jenis pengangkutan utama di Lembah
Keramat, Ampang Selangor, Darul Ehsan. Pengangkutan awam sangat penting terutamanya
bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau berpendapatan rendah,
kebanyakan daripada mereka iailah penuntut kolej, pelajar sekolah, operator kilang
dan sebagainya . Di Lembah Keramat pengangkutan awam penduduk disini ialah bas.

8.2) Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian


Jenis pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah bas dan
teksi.Pengangkutan bas yang terdapat disini ialah bas henti-henti, bas sekolah dan bas kilang.
Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya bagi pelajar sekolah yang
memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan, manakala bas henti-henti pula untuk
para pelajar kolej, pekerja kilang serta suri rumah yang ingin membeli barangan keperluan
rumah di pasar raya yang berhampiran dengan rumah seperti Giant, Carefour, Hero dan
sebagainya..
Di kawasan ini juga terdapat stesen bas utama iaitu Wangsa Maju yang terletak kira-
kira 2 kilometer sahaja dikawasan ini. Teksi pula sangat penting bagi mereka yang
memerlukan pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus sampai ke destinasi atau di
hadapan rumah penduduk ini.

6
8.3) Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
-Kepentingan Pengangkutan Awam Di Lembah Keramat Ampang Selangor Adalah
seperti Berikut :

1) Mengangkut Penumpang :-
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Lembah
Keramat ini sangat penting untuk mengangkut penumpang. Saya sendiri kadang kala jika
pulang ke rumah dari sekolah akan menggunakan pengangkutan ini. Saya akan
menggunakan pengangkutan bas henti-henti untuk pulang ke rumah. Jika keadaan mendesak,
saya akan mendapatkan perkhidmatan teksi di luar pagar sekolah saya untuk balik ke rumah
saya di AU3/7A. Berdasarkan temubual saya, pelajar kelas saya menggunakan kenderaan
awam seperti dalam jadual di bawah.

Jadual: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan pengangkutan awam ke sekolah


Kenderaan awam Bas sekolah Bas henti-henti Teksi
Bilangan murid 5 7 3

Graf Bar: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan Pengangkutan awam ke sekolah

7
2) Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa kita menggunakan
pengangkutan awam ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika
kebanyakan penduduk di Lembah Keramat menggunakan pengangkutan awam, ia
akan menggunakan penggunaan kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang
boleh memuatkansejumlah lebih dari 5 orang bagi sebuah bas.Ini akan dapat mengurangkan
kesesakan jalan raya terutama di kawasan Lembah Keramat ini yang begitu padat dengan
penduduk kerana terdapat banyak kawasan perumahan disini seperti Taman Permata,Taman
Sri Keramat Tengah,Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

3) Menjimatkan Kos
Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam akan
menjimatkan kos. Ini berlaku kepada diri saya sendiri, jika ibu bapa saya tidak dapat
mengambil saya di sekolah, saya balik sendiri dengan menaiki penganggkutan awam seperti
bas. Jika saya menggunakan bas, kos yang ditanggung lebih rendah daripada menaiki teksi.

4) Sumber Pendapatan
Melalui temubual saya dengan pemandu bas henti-henti, iaitu Muhd Yusof Bin Ismail.
Dengan adanya pengangkutan awam ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka.
Seterusnya menambahkan pendapatan penduduk. Begitu juga dengan temubual saya
dengan Puan Zaharah Binti Muhd Zamir yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan
perkhidmatan bas sekolah sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga
dan kini beliau telah memiliki 3 buah bas sekolah setelah memulakan perkhidmatan tersebut
sejak 6 tahun yang lalu.

Saya sebagai penduduk Lembah Keramat, Ampang Selangor sangat bersyukur kerana
dengan adanya pengangkutan awam ini telah mengungtungkan pemandu bas dan teksi.
Selain itu, pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak positif kepada penduduk
di sini.

8
8.4)Masalah Pengangkutan Awam Di kawasan Kajian
-Masalah Pengangkutan Awam di Lembah Keramat,Ampang Selangor ialah seperti
berikut:

1) Pencemaran Udara
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan
meningkatkan pencemaran udara. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam yang menggunakan
minyak diesel yang menyebabkan bas mengeluarkan asap yang lebih banyak berbanding
minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih, penggunaan minyak diesel ini akan
menambahkan pengeluaran karbon monoksida yang akan mencemarkan udara. Pencemaran
udara ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

2) Pencemaran Bunyi
Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, sepanjang saya menggunakan
pengangkutan awam terutama bas, pemandu bas gemar membunyikan hon yang amat kuat
dan bunyi enjin yang kuat juga akan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Ini
menyebabkan penduduk di Lembah keramat ini berasa bimbang dengan bunyi tersebut
kerana mengganggu ketenteraman penduduk di sini.

3) Tambang Mahal
Melalui temubual saya dengan Encik Yusof , beliau menyatakan bahawa tambang bas
semakin mahal dari tahun ke tahun. Tambang bas dari Lembah Keramat ke Kuala Lumpur
juga semakin meningkat, iaitu sebanyak RM 1.90 sehala berbanding dahulu RM 1.50 sahaja.
Selain itu tambang bas sekolah pula sebanyak RM 60.00 sebulan

4) Kemalangan
Melalui pemerhatian juga, saya mendapati kemalangan sering berlaku disebabkan oleh
sikap pemandu bas dan teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan
keuntungan semata-mata, para pemandu bas akan memandu dengan laju agar cepat sampai
di destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak
berhati-hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.

9
5) Kenderaan Lama
Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa kebanyakan bas terutama bas
henti-henti merupakan kenderaan lama. Ini dapat dilihat apabila bas ini sering kali
mengalami kerosakkan dan tersadai di tepi jalan. Penumpang juga terpaksa mencari
alternative lain, sama ada menunggu bas lain,meminta bantuan keluarga atau rakan untuk ke
destinasi yang dituju. Kenderaan lama ini juga menyebabkan sering kali mengalami
kerosakan enjin dan brek dan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Saya sebagai penduduk Lembah Keramat tetap bersyukur walaupun terdapat banyak
masalah kerana adanya pengangkutan awam ini telah membantu penduduk di sini bergerak
ke tempat lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.

10
8.5) Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Pengangkuatan Awam Di Kawasan
Kajian
-Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di Lembah Keramat,
Ampang Selangor ialah:-
1) Penguatkuasaan Undang-Undang
Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan
undang-undang agar pemandu bas yang melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan
kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jika
kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian, mereka mestilah dihukum penjara
agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain
agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

2) Kempen Alam Sekitar


Melalui temu bual saya dengan Encik Shafeeq Bin Zulfiqha, beliau menyatakan
bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta
pemandu-pemandu bas yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan
bunyi, kempen mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui risalah atau
disiarkan di televisyen dan radio.

3) Pendidikan Alam Sekitar


Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar sangat
penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama yang terlibat dengan pengangkutan
awam agar dapat mengurangkan pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh
pihak tertentu seperti Majlis Penbandaraan Ampang Jaya (MPAJ) melalui ceramah yang
boleh diberikan kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui facebook MPAJ
sendiri.

4) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum


Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat mengurangkan
pengeluaran asap dan secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran karbon monoksida
yang boleh mencemarkan udara.

11
5) Penapis Asap ( Cataliytic Converter )
Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran
asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para pengusaha bas perlu
bersama-sama menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan
tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

Saya berbangga kerana penduduk di Lembah Keramat, Ampang Selangor menyedari


kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini disebabkan
dengan pengangkutan awam dan mereka bersungguh-sungguh serta bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

12
9.0) RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan yang terdapat di Lembah Keramat,Ampang
Selangor ini adalah pengangkutan bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak
kepentingan. Antaranya ialah untuk mengangkut penumpang, mengurangkan kesesakan lalu
lintas, menjimatkan kos dan menambahkan sumber pendapatan.
Kajian ini juga dapat mengenal pasti masalah pengangkutan awam seperti pencemaran
udara , pencemaran bunyi, kemalangan, tambang mahal dan masalah keselamatan
penumpang terancam dan masalah kenderaan lama.
Saya juga mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan
awam, antaranya penguatkuasa undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam
sekitar, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penapis asap ( catalytic converter ).
Terdapat banyak kitar yang saya pelajari dan dapat terapkan dalam diri saya semasa
menjalankan kajian ini. Antara nilai tersebut adalah seperti mencintai alam sekitar, bersyukur
dan menjadi warga penduduk yang lebih bertanggungjawab..

11.0) RUJUKAN
11.1) Buku Teks
Latifah Mahmud & Samsiah Ahmad, 2003. Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur.Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.
11.2) Laman Web
www.wikipedia.org/wiki/pengangkutanawam
11.3) Melawat Tempat Kajian
Stesen bas Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
11.4) Orang Sumber
a) Pemandu Bas Sekolah
Puan Zahara Binti Zamir
10, Jalan AU4/11 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.
b) Pengusaha Van Sekolah
Encik Muhd Yusof Bin Ismail
No 38,Jalan AU5C/4 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.

13

Anda mungkin juga menyukai