Anda di halaman 1dari 5

2

SULIT*
Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

1. Nyatakan empat program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan
berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………...

(b) …………………………………………………………………………………………...

(c) …………………………………………………………………………………………...

(d) …………………………………………………………………………………………...

2. Terangkan dua halangan untuk menjadi negara maju. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………...........

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

(b) …………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………...

3
SULIT*

3. Nyatakan tiga inisiatif utama dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi. [3]

(a) …………………………………………………………………………………………...

(b) …………………………………………………………………………………………...

(c) …………………………………………………………………………………………...

4. Jelaskan dua pendekatan strategik dalam Dasar Pertanian 3 (DPN3) untuk memajukan
sektor pertanian di negara ini. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………....

…………………………………………………………………………………………...............

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

(b)………………………………………………………………………………………….....

…………………………………………………………………………………………………...

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

SULIT*
4
SULIT*
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan dibawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah penghidap penyakit mengikut negeri dan jenis
penyakit pada tahun 2015 hingga tahun 2017

Penyakit adalah keadaan yang tidak normal pada badan yang menyebabkan ketidakselesaan
kepada orang yang terbabit. Antara penyakit bawaan vektor yang boleh mengancam kesihatan
manusia ialah denggi, taun dan batuk kering. Pada tahun 2015, penghidap bagi ketiga-tiga jenis
penyakit ini adalah seramai 6058 orang di Selangor yang menunjukkan penurunan bagi dua
tahun berikutnya, manakala di negeri Johor seramai 5476 orang, 5755 orang dan 5759 orang
bagi tahun 2016 dan 2017.

Faktor utama peningkatan jumlah penghidap denggi disebabkan jangkitan virus yang
merebak melalui gigitan nyamuk. Pada tahun 2015, seramai 2823 orang penghidap denggi telah
berjaya dikesan di negeri Selangor dan di negeri Johor pula seramai 2511 orang pada tahun
yang sama.

Penghidap taun di negeri Selangor melebihi bilangan pengidap di negeri Johor bagi
kedua-dua tahun. Pada tahun 2015, bilangan penghidap taun di negeri Selangor adalah seramai
1510 orang dan bilangan ini merosot sedikit kepada 1495 orang pada tahun berikutnya.
Penghidap taun di negeri Johor pula mencatat bilangan yang tidak konsisten dari tahun 2015
hingga 2017 dengan jumlah keseluruhan 4219 orang. Pada tahun 2015, bilangan penghidap taun
mencatat bilangan tertinggi iaitu seramai 1415 orang kemudian berkurangan sedikit kepada
1390 orang pada tahun berikutnya. Baki selebihnya dikesan dalam tahun 2017 manakala di
negeri Selangor mencatatkan seramai 1330 orang pada tahun berkenaan.

Negeri Selangor mencatatkan penghidap batuk kering sebanyak 1725 orang pada tahun
2015 dan di negeri Johor seramai 1550 orang. Bilangan pengidap di Selangor berkurangan
kepada 1610 orang pada tahun 2016, di negeri Johor mencatatkan bilangan seramai 1535 orang.
Pada tahun berikutnya, negeri Selangor mencatat peningkatan sebanyak 28 orang manakala di
negeri Johor menurun seramai 100 orang.

Penghidap denggi di negeri Selangor pada tahun 2016 seramai 2785 orang, manakala di
negeri Johor seramai 2830 orang. Akibat kurangnya kesedaran menjaga kebersihan persekitaran
bilangan penghidap yang dikesan semakin meningkat. Sebanyak 2910 orang penghidap denggi
telah direkodkan di negeri Johor pada tahun 2017, manakala penghidap penyakit yang sama di
negeri Selangor seramai 2825 orang pada tahun yang sama.

(Disesuaikan daripada Laporan Suku Pertama Tahun 2018,

Kementerian Kesihatan Malaysia,)

SULIT*
5
SULIT*

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penerima bantuan mangsa banjir mengikut negeri terpilih di
Semenanjung Malaysia dan purata nilai bantuan yang diterima dari tahun 2015 hingga tahun
2017.

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyalurkan
peruntukan segera bagi membina dan membaiki prasarana di sekitar kawasan kediaman mangsa
yang terjejas akibat bencana banjir. Peruntukan akan disalurkan secara berperingkat ke seluruh
kawasan yang terjejas sebagai satu inisiatif kerajaan untuk membantu mangsa.

Tumpuan utama peruntukan ini disediakan kepada negeri-negeri di Pantai Timur

Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Penerima bantuan mangsa
banjir yang tertinggi pada tahun 2015 adalah di negeri Kelantan iaitu seramai 3319 orang.
Bilangan ini melebihi sebanyak 669 orang bagi penerima bantuan dari negeri Pahang. Pada
tahun tersebut, bilangan penerima bantuan di Terengganu adalah paling sedikit iaitu sebanyak
1802 orang.

Pada tahun 2016 pula menyaksikan peningkatan bilangan bantuan mangsa banjir di
negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Bilangan penerima bantuan di negeri Kelantan dan
Pahang masing-masing menokok kepada 4328 orang dan 2808 orang. Penerima bantuan di
negeri Terengganu masih paling sedikit berbanding dengan dua negeri lain, namun bilangannya
bertambah kepada 1989 orang pada tahun berkenaan.

Trend peningkatan bagi penerima bantuan mangsa banjir di ketiga-tiga negeri terlibat
dapat dilihat pada tahun 2017. Peningkatan bilangan penerima bantuan yang tertinggi adalah di
negeri Kelantan iaitu sebanyak 13.03% berbanding tahun 2016. Begitu juga dengan penerima
bantuan di negeri Pahang yang meningkat sebanyak 269 orang berbanding dengan tahun
sebelumnya. Bilangan penerima bantuan di Terengganu juga meningkat kepada 2209 orang.

Jumlah bantuan yang diterima di ketiga-tiga negeri yang terlibat terus meningkat
sepanjang tempoh dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Jumlah tertinggi bantuan yang diterima
adalah pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM36679 ribu. Jumlah tersebut adalah melebihi bantuan
yang diterima pada tahun 2016 sebanyak RM 11788. Pada tahun 2015, bantuan yang diterima
oleh mangsa banjir di negeri Terengganu RM4598 ribu dan di Pahang terus meningkat kepada
RM6225 ribu pada tahun berikutnya. Manakala di Kelantan bantuan yang diterima terus
meningkat menjadi RM10825 ribu.

Kerajaan menyediakan pelbagai program insentif untuk meringankan beban mangsa

banjir dengan menyediakan pusat pemindahan mangsa banjir yang selesa dan keperluan
makanan yang cukup.

(Disesuaikan daripada Laporan Portal Bencana,Majlis Keselamatan

Negara, 2017 dlm Utusan Malaysia Februari 2018)

SULIT*
6
SULIT*
Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Mewujudkan semangat jati diri kepada negara merupakan antara cabaran dalam Wawasan
2020. Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan semangat jati diri dalam kalangan
masyarakat.

8. Kewujudan bandar baru memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat, namun
mendatangkan implikasi sekiranya tidak ditangani dengan berhemah Bincangkan

SULIT*

Anda mungkin juga menyukai