Anda di halaman 1dari 8

Jawapan

1. Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada Negara. [3]

a) Menjamin kesejahteraan hidup rakyat

b) Merancakkan perkembangan ekonomi Negara

c) Menjamin keselamatan Negara

d) Meningkatkan imej Negara

e) Menarik pelabur asing

f) Menggalakkan kedatangan pelancong asing

2. Huraikan dua objektif pembentukan Rukun Negara.

a. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

b. Memelihara satu cara hidup demokratik

c. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negaraa dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama

d. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak

e. Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.

3. Huraikan dua rasional perlunya mewujudkan masyarakat penyayang. [4]

a. Berlakunya pelbagai gejala social dalam kalangan anggota masyarakat

b. Semakin terhakis nilai-nilai kemasyarakatan

c. Berlakunya kemusnahan harta benda awam dan alam sekitar

d. Pengabaian dan penganiyaan bayi dan kanak-kanak

e. Pengabaian warga tua dan OKU

f. Kegiatan anti-sosial meningkat


4. Senaraikan 4 anjakan daripada 11 anjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia.

a. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf

antarabangsa

b. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa

inggeris

c. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

d. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai

profesien pilihan

e. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setaip sekolah

f. Mengupaya pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

g. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan’

h. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran

i. Mentransformasikan kebolehan dan keupayaan penyampain kementerian

pendidikan

j. Memperluas jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sector swasta

k. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan

l. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Jawapan
5. Berdasarkan maklumat dalarn petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan negara yang mengimport barangan Malaysia bagi tahun 2005 dan
2006.
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

MALAYSIA : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI Dl PELBAGAI SEKTOR Dl


MALAYSIA PADA TAHUN 2000 DAN TAHUN 2001 (JANGKAAN)

Tahun Kadar pertumbuhan ekonimo %


Sektor 2000 2001 (Jangkaan)'
Perkilangan 17 12
Elektronik 11.7
Pembinaan 3.1 5.5
Perlombongan 0.6 1.7
Pertanian dan
0.5 1.8
perhutanan
Perkhidmatan 4.9 5.2

(Dipetik dan disesuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi


2000-2001)
7. Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan
semua warganegara Malaysia. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi untuk
merealisasikan hasrat tersebut. Jelaskan.
Pendahuluan
Rukun Negara menajdi pegangan hidup – ideology Negara – pegangan dan panduan
masyarakat – mengandungi nilai-nilai yang membentuk asas struktur masyarakat.
Isi
Kepentingan Rukun Negara
 Isi 1 : menyatupadukan rakyat
 Rukun Negara dapat memupuk semangat perpaduan kaum antara rakyat
 Mengandungi prinsip yang mendorong kehidupan yang aman dan harmoni
anatar warga yang berbilang budaya, agama, kepercayaan dan pemikiran.
 Kelima-lima prinsip menjadi panduan untuk memupuk sikap murni dalam
proses interaksi antara kaum.
 Mengelakkan isu-isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat majmuk
 Isi 2 : Memelihara cara hidup yang demokratik
 Pemerintahan berdasarkan majority
 Pemilihan kerajaan demokratik melalui pilihan raya yang bebas, adil dan jujur
 Memahami dan mengetahui bahawa hak asasi setiap rakyat yang termaktub
dalam Perlembagaan.
 Perlembagaan yang memberi segala kuasa kepada kerajaan iaitu kerajaan
berpelmbagaan
 Isi 3 : mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama
 Mengikut perlembagaan setiap orang mesti dilayan sama rata
 Tiada perbezaan dari segi taraf
 Setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
Negara
 Tiada seorang pun yang boleh ditindas, tidak wujud lagi penghambaan
 Isi 4 : Membina masyarakat yang progresif
 Masyarakat yang maju mengikut landasan wawasan 2020
 Masyarakat yang dilengkapoi dengan ilmu sains dan teknologi terkini
 Kreatif dan inovatif sehingga dapat menghasilkan teknologi sendiri
 Isi 5 : Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan
 Menghormati kebebasan masyarakat
 Kebebasan untuk mengamalkan adat dan tradisi masing-masing
 Kebebasan untuk menganut agama sendiri
 Berusaha untuk mengekalkan budaya yang kaya ini tanpa dipengaruhi oleh
budaya luar ataupun hilang ditelan arus pemodenan
 Aneka budaya menjadi tarikan dan keunikan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum
 Keharmonian kehidupan bersama mengeratkan silaturrahim serta menguatkan
Negara.
Masalah yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat penghayatan Rukun Negara
 Isi 6 : Perpaduan kaum yang tidak kukuh
 Tidak menghormati hak-hak kaum lain
 Perasaan curiga yang menebal dalam diri masyarakat mengukarkan perpaduan
diwujudkan
 Isu perkauman dipolitikkan demi kepentingan peribadi dan politik
 Isi 7 : Semangat cinta akan Negara semakin terhakis
 Zon selesa menyebabkan rakyat lupa akan tanggungjawab mereka untuk
mempertahankan Negara
 Rakyat lebih mengagungkan budaya atau Negara barat
 Tidak berasa bangga menjadi warganegara
 Gaya hidup mewah dan materialistic sehingga semangat patriotism diketepikan
 Isi 8 : Cetek ilmu pengetahuan sains dan teknologi
 Generasi masa ini kurang berminat untuk mempelajari ilmu dalam bidang sains,
matematik dan kejuruteraan
 Negara menjadi pengguna teknologi, bukannya sebagai pengeluar teknologi
 Isi 9 : Peningkatan gejala sosialdalam kalangan masyarakat
 Masyarakat berani melakukan perbuatan yang bercanggah dengan norma-
norma masyarakat dan undang-undang
 Nilai kemanusiaan, keagamaan dan prinsip moral semakin menipis dalam diri
masyarakat’
 Keengganan masyarakat dalam memberikan sumbangan kepada mangsa-
mangsa bencana alam dan bencanan kemanusiaan
 Isi 10 : Kemasukan budaya asing secara meluas
 Budaya tradisional yang diwarisi sejak turun temurun dikatakan sebagai
ketinggalan zaman
 Masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri yang kental
 Isi 11 : Kurang penghayatan terhadap prinsip rukun Negara
 Tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang Negara
 Kebebasan berpolitik dan hak bersuara disalahgunakan oleh segelintir
masyarakat atas nama demokrasi
 Mempersoalkan keluhuran perlembagaan
 Etrpengaruh dengan landskap politik dunia

Penutup
Rukun Negara perlu dihayati dan dijadikan panduan hidup rakyat Malaysia – pelbagai kaedah
perlu dilakukan agar rakyat sentiasa mengutamakan cita-cita dan prinsip-prinsip rukun Negara.
8. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepenggunaan (konsumerisme) dalam
kalangan rakyat di Negara ini masih rendah berbanding dengan kesedaran masyarakat di
negara-negara maju. Bincangkan sebab-sebab terjadinya keadaan ini serta kepentingan menjadi
pengguna yang berpengetahuan kepenggunaan.
Pendahuluan
 Pengguna bermaksud orang yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber
alam semula jadi.
 Kepenggunaan adalah kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga
kepentingan dan hak mereka sebagai pengguna
 Pengguna yang celik akan mewujudkan satu masyarakat yang harmoni dalam semua
bidang
Isi penting
Sebab kurang kesedaran.
 Isi 1 : Sukar untuk mendapatkan maklumat kepenggunaan
 Pengguna sukar untuk mendapatkan pendidikan tentang hak mereka kerana
tidak banyak sumber atau saluran maklumat. Pendedahan melalui media massa
(TV,radio) agak kurang. Pengedaran bulletin/majalah agak terbatas.
 Pengguna yang masih alpa dan tidak sedar akan hak sebagai seorang pengguna
dan menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai penipuan secara sengaja
atau tidak sengaja oleh sesetangh peniaga
 Sebahagian besar pengguna tidak tahu kaedah yang betul untuk mendapatkan
segala maklumat yang berkaitan dengan kepenggunaan.
 Isi 2 : Sikap masyarakat yang tidak kisah
 Kebanyakkan masyarakat menganggap persatuan pengguna tiada faedah dan
menganggap isu yang remeh.
 Masalah kepenggunaan tidak perlu disebarkan @ kongsi dengan orang lain –
takut dianggap menjatuhkan maruah atau melemahkan dri peniaga.
 Sikap acuh tak acuh, tidak mengambil berat tentang hak mereka sebagai
pengguna – mendapat gentian, pampasan dan sebagainya terhadap barangan
yang rosak.
 Isi 3 : Tindakan lambat kerajaan atau pihak berkuasa
 Tiada usaha yang teras daripada pihak berkuasa untuk menyebarkan ilmu
kepenggunaan kepada rakyat – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
 Kerajaan perlu mengambil usaha yang lebih agresif untuk menyedarkan dan
menyebarkan ilmu kepenggunaan kepada anggota masyarakat.
 Penyebaran maklumat perlu dibuat dengan lebih giat, teratur dan sistematik
melalui media massa terutama media elektronik
Kepentingan memiliki ilmu kepenggunaan.
 Isi 4 : Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu.
 Pengguna yang tahu hak sentiasa berhati-hati dalam segala tindakan
 Mereka akan membeli barangan/perkhidmatan mengikut keperluan serta
merancang belanjawan harian
 Akan sentiasa peka terhadap sesuatu perubahan berlaku dalam pasaran dan
sentiasa berhati-hati dengan pengiklanan, potongan harga, tawaran istimewa
dan sebagainya.
 Isi 5 : Menjadi pengguna/individu yang bermaklumat
 Pengguna yang bermaklumat mempunyai kebolehan untuk membuat pilihan
dengan bijak
 Pembaziran dari segi barangan dan wang dapat dielakkan. Pengguna hanya
memilih yang bermutu dan berkualiti sebelum membeli
 Sentiasa mengikut perkembangan pasaran sama ada melalui media massa
 Isi 6 : Mengelak berlakunya penyelewengan oleh pengeluar
 Pengeluar tidak akan beranu untuk mengeluarkan barangan/perkhidmatan
bermutu, cukup timbagan dan senarai kandungan yang tepat sebagaimana yang
dinyatakan pada label
 Pengeluar tidak berpeluang mengambil kesempatan menindas pengguna dalam
apa jua keadaan.

Penutup
 Berusaha untuk melahirkan masyarakat yang harmoni
 Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama masyarakat pengguna yang
mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna serta pihak pengeluar yang sentiasa
memikirkan pulangan yang lebih daripada barangan atau perkhidmatan yang
dikeluarkan.

Anda mungkin juga menyukai