Anda di halaman 1dari 9

3.

0 PERANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI

Pembangunan ekonomi merupakan antara deklarasi yang digariskan bermula dengan


Persidangan Afro-Asian pada 1955 di Bandung sehinggalah wujudnya NAM. Persidangan ini
bertujuan untuk memulihkan hubungan ekonomi dan budaya di Selatan, terputus akibat
penjajahan, sambil mengukuhkan lagi hubungan antara Utara dan Selatan. Selain itu, antara
tujuan utama persidangan Afro-Asian ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan perasaan
muhibah, kerjasama dan kebaikan bersama untuk membincangkan masalah-masalah
ekonomi.1 Di samping itu, aspek pembangunan ekonomi sangat ditekankan dalam setiap
Persidangan NAM yang dilaksanakan. Peranan NAM dalam pembangunan ekonomi dapat
dilihat dengan lebih jelas dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara
anggota dan mewujudkan kerjasama yang erat bagi merialisasikan pembangunan ekonomi
negara-negara anggota.

3.1 Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota

Di awal Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, masalah ketidakseimbangan


ekonomi antara negara-negara anggota merupakan antara perbincangan yang ditekankan.
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ingin menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi yang
berlaku dan telah diwarisi sejak zaman penjajahan lagi. Hal ini demikian kerana, jurang ekonomi
dilihat semakin luas antara negara-negara maju dengan negara-negara yang kurang maju.
Perkara ini turut diperkatakan oleh O. Suryanarayanan melalui tesis yang dihasilkan beliau yang
bertajuk Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 – 1987.
Negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali berpendapat bahawa mereka
harus berusaha lagi dalam menghapus ketidakseimbangan ekonomi yang diwarisi dari zaman
penjajahan dan imperialisme. Mereka menganggap perlu untuk menghapuskan
ketidakseimbangan ini melalui pembangunan ekonomi, perindustrian dan pertanian yang pesat.
Tambahan pula, terdapat jurang yang semakin meluas dalam taraf hidup antara beberapa

1
Richard Mason. Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan
Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 65 – 72. Hlm. 69.
negara maju. Selain itu, negara-negara kurang maju dari segi ekonomi, di dalam persidangan
tersebut mencadangkan penubuhan United Nations Capital Development Fund.2

Di samping itu, mereka juga bersetuju untuk membantu meningkatkan perdagangan


negara-negara anggota yang kurang maju dalam aspek ekonomi. Usaha yang dilakukan ialah
untuk menghapuskan turun naik yang berlebihan dalam perdagangan komuditi utama. Langkah
dan amalan yang ketat ini bagi mengelakkan perdagangan dan pendapatan negara yang baru
membangun terjejas. Di samping itu, mereka jugan menuntut agar resolusi saintifik dan
teknologi diterapkan dalam semua bidang pembangunan ekonomi untuk mempercepatkan
pencapaian sosial antarabangsa. Meskipun demikian, negara-negara anggota ini diberikan
kebebasan untuk menentukan penggunaan bantuan ekonomi dan teknikal yang mereka terima
untuk merancang sendiri dan menetapkan kesesuaian dengan keperluan mereka dalam
membangunankan ekonomi negara masing-masing. Terdapat juga cadangan untuk
mengadakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan masalah umum dan cara
kerjasama antara negara-negara dunia ketiga supaya membolehkan mereka menentang
tekanan ekonomi negara-negara perindustrian barat. Oleh yang demikian, negara-negara
membangun dicadangkan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa di Kaherah dan
kemudian mendirikan Group 77.3

Bermula di dalam persidangan Belgrade pada tahun 1961, Pergerakan Negara-Negara


berkecuali ini dilihat mula menumpukan keperluan-keperluan pembangunan ekonomi. Jika
sebelum ini Pergerakan Negara-Negara Berkecuali lebih mengutamakan aspek politik namun
selepas melihat jurang besar dalam pembangunan ekonomi antara negara yang maju dengan
negara yang kurang maju maka Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini melihat keperluan
untuk menghapuskan ketidakseimbangan tersebut. Hal ini demikian kerana, jurang yang besar
ini akan menyebabkan negara yang kurang maju ini akan mengalami masalah ekonomi di masa
akan datang kelak sekiranya terus dibiarkan. Namun demikian, masalah ketidakseimbangan ini
dilihat tidak mencapai matlamatnya memandangkan sehingga tahun 1980 masalah ini masih
berlaku. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini dilihat terus memperkatakan masalah

2
O. Suryanarayanan “Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis.
Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 106.
3
Ibid. Hlm. 107.
ketidakseimbangan ini di persidangan-persidangan yang telah dilaksanakan di beberapa buah
negara selepas di Belgrade pada tahun 1961 sehinggalah persidangan yang turut dilaksanakan
di Belgrade pada tahun 1989.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali mula mengambil soal masalah buat pertama kali
di sidang kemuncak ketiga yang diadakan di Lusaka pada tahun 1970. Melalui persidangan ini
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali menyerukan "langkah-langkah yang sesuai untuk
mengatasi beban hutang negara-negara membangun".4 Namun demikian, masalah hutang bagi
negara-negara membangun ini tidak menemui jalan penyelesaian sehingga penghujung abad
ke-20 memandangkan masalah ini masih dibicarakan pada sidang kemuncak Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali ke sembilan yang diadakan Belgrade pada tahun 1989. Malahan,
masalah ini dilihat semakin teruk dari tahun ke tahun dan tidak menemui jalan penyelesaian
yang dapat mengurangkan bebanan hutang negara-negara membangun.

Di dalam akhbar Berita Harian pada 7 September 1989 telah membicarakan perihal
beban hutang terhadap negara-negara anggota;

Diperkirakan Dunia Ketiga berhutang AS$1.3 trilion atau S$2.5 trilion. Angka ini
mungkin lebih besar kerana ia belum termasuk hutang yang tidak diisytiharkan.
Sebanyak 37 buah negara iaitu kebanyakannya di Afrika, di perkira tidak mampu
langsung membayar hutang. 5

Negara-negara anggota yang masih dilanda kemiskinan telah menghadapi masalah bebanan
hutang yang sangat banyak sehinggakan tidak mampu untuk dibayar. Kebanyakan negara
anggota yang menghadapi masalah ini adalah dalam kalangan negara-negara Afrika. Krisis
kewangan antarabangsa semakin memburuk apabila terdapat negara-negara dari Amerika
Latin yang tergolongan dalam negara yang sedang membangun seperti Brazil dan Mexico yang
juga mempunyai hutang tetapi enggan membayar hutang.6 Memandangkan kebanyakan negara
di Afrika mengalami kemiskinan sehinggakan tidak mampu membayar hutang maka, mereka
juga enggan membayar hutang, meskipun negara-negara ini sebenarnya berkemampuan untuk

4
Ibid. Hlm. 121.
5
Berita Harian. 7 September 1989. Ke mana haluan NAM?. Diperoleh daripada
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890907-1.1.4. Hlm. 4.
6
Ibid.
membayar hutang tersebut. Justeru, bagi mengurangkan masalah kewangan negara yang
dihadapi terutamanya dalam negara-negara anggota NAM maka keseimbangan ekonomi perlu
diterapkan dengan lebih berkesan.

Masalah hutang ini turut diperkatakan Menteri Ehwal Luar Singapura iaitu Encik Wong
Kan Seng di dalam Berita Harian pada 8 september 1989. NAM perlu menumpuhkan perhatian
terhadap isu-isu baru yang wujud dalam agenda antarabangsa seperti masalah hutang negara-
negara membangun. Beliau mengatakan;

Negara-Negara Berkecuali harus melibatkan diri dalam perdebatan


antarabangsa mengenai isu-isu tersebut untuk menjelaskan kepentingan dan
tanggungjawab kita di samping bekerjasama dengan negara-negara lain
seberapa yang boleh7

Memandangkan masalah hutang ini menjadi masalah untama di peringkat antarabangsa maka
NAM perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini sebagai salah satu tanggungjawab yang
seharusnya dilaksanakan oleh NAM bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. Tambahan
pula, masalah hutang negara membangun ini telah menjadi penghalang kepada negara-negara
anggota NAM untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi bagi keseluruhan dekad
1980an. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan bahawa
jumlah hutang negara-negara membanguntelah meningkat 10 kali daripada $130 bilion kepada
$1,300 bilion dari 1973 hingga 1989.8 Keadaan tersebut telah menyebabkan kebanyakkan
negara-negara anggota amat sukar untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi.

Melalui akhbar Berita Harian pada 9 September 1989 negara-negara anggota NAM
yang maju diseru untuk memperkecilkan jurang ekonomi bagi mewujudkan keseimbangan
ekonomi. Persidangan ini diadakan di Belgrade yang juga merupakan persidangan kali
kesembilan NAM.

Para pemimpin Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengakhiri sidang


puncak empat hari semalam dengan satu pengisytiharan yang melembutkan anti

7
Berita Harian. 8 sepetember 1989. Wong: Jadikan NAM releven. Hlm. 1.
8
Ibid.
nada anti-Barat dan gesaan agar negara-negara maju membantu mengecilkan
jurang ekonomi Utara-Selatan.9

Kestabilan ekonomi penting bagi mengurangkan jurang ekonomi yang berlaku, dalam
mengurangkan jurang ekonomi ini semestinya negara-negara yang membangun ini perlu
mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengurangkan jurang yang berlaku dengan membantu
negara-negara yang masih mengalami kesukaran untuk membangun.

Kesimbangan ekonomi ini telah diperkenalkan bermula dengan Persidangan Afro-Asian


diadakan di Bandung 1955 sehinggalah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ditubuhkan.
Namun demikian, sehinggalah perang dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Unian hampir
berakhir keseimbangan ekonomi antara negara-negara ini masih kurang berjaya disebabkan
masalah kurang percaya bagi negara-negara yang sedang membangun ini. Kerjasama yang
diberikan negara-negara membangun untuk memperkecilkan jurang pembangunan ekonomi
terhadap negara-negara yang masih belum membangun ini amat mengecewakan. Mereka
bukan sahaja mengendahkan pembangunan negara-negara yang mengalami kemunduran
dalam ekonomi ini malahan mereka juga turut mengendahkan pembayaran hutang. Krisis
hutang ini juga secara tidak langsung menyebabkan negara-negara yang masih mengalami
kemunduran dalam bidang ekonomi mengalami kelewatan untuk mencapai pembangunan
ekonomi.

3.2 Mewujudkan kerjasama yang erat untuk membangunkan ekonomi

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali telah membentuk beberapa kerjasama yang erat dalam
kalang anggota negara dan negara-negara yang bukan dalam kalangan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali. Antara kerjasama yang berjaya diwujudkan untuk membangunkan ekonomi
ialah Kumpulan 77 dan Kerjasama Selatan-Selatan.

9
Berita Harian. 9 September 1989. Negara maju diseur memperkecil jurang ekonomi. Diperoleh daripada
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890909-1.1.1. Hlm. 1.
3.2.1 Kumpulan 77

Pembangunan ekonomi yang ditekankan dalam persidangan-persidangan Pergerakan Negara-


Negara Berkecuali ini menghasilkan beberapa usaha kerjasama erat antara negara-negara
anggota dan bukan negara-negara anggota bagi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini. Di
dalam tesis yang dihasilkan oleh O. Suryanarayanan yang bertajuk Role of the non-aligned
nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 – 1987. Terdapat beberapa kerjasama yang
diwujudkan bagi membangunkan ekonomi negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali. Melalui Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Belgrade pada tahun
1961 terdapat cadangan untuk mengadakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan
masalah umum dan cara kerjasama antara negara-negara dunia ketiga supaya membolehkan
mereka menentang tekanan ekonomi negara-negara perindustrian barat. Oleh yang demikian,
negara-negara membangun dicadangkan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa di
Kaherah dan kemudian mendirikan Kumpulan 77.10

Kumpulan 77 telah ditubuhkan pada 15 Jun 1964 pada Persidangan Bangsa-bangsa


Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan. Asas penubuhan kumpulan ini adalah
hasil daripada persepsi kolektif di bahagian negara-negara membangun di mana kumpulan ini
paling banyak memberikan pendapat. Di dalam persatuan ini masalah umum dan pengiktirafan
terhadap keperluan tindakan bersama sentiasa dibincangkan selaras dengan prinsip dan
objektif Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dalam menghadapi corak hubungan ekonomi
antarabangsa yang tidak adil. Group 77 adalah satu penciptaan berasakan kepada 'perpaduan
di dalam kepelbagaian'. Ia bukan kumpulan homogen dengan masalah ekonomi, persekitaran
sosial, keperluan dan kapasiti; namun hampir semua ahli mempunyai satu perkara yang sama.
Mereka adalah negara-negara yang tertakluk kepada penjajahan dalam satu cara atau yang
lain dan baru muncul sebagai negara-negara merdeka yang memerlukan pembangunan.11

10
O. Suryanarayanan “Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis.
Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 108.
11
Ibid.
Melalui buku yang dihasilkan Chris Alden, Sally Morphet dan Marco Antonio Vieira yang
bertajuk The South in World Politics. Mereka melihat agenda politik diperluaskan terutamanya di
Selatan melalui proses Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) manakala, agenda
ekonomi didorong terutamanya melalui proses memperluaskan anggota Kumpulan 77 (G77)
dan organisasi perdagangan yang baru diwujudkan, iaitu United Nations Conference on Trade
and Development (UNCTAD). Menjelang tahun 1973, kedua-dua proses ini bersatu dengan
panggilan New International Economic Order (NIEO) pada sidang kemuncak Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali yang diadakan di Algiers.12 Proses perkembangan agenda politik
iaitu Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan proses perkembangan agenda ekonomi
melalui Kumpulan 77 dilihat sangat memberi impak yang besar bukan sahaja kepada negara-
negara di Asia Tenggara malahan di bahagaian Selatan.

3.2.2 Kerjasama Selatan-Selatan

Sidang kemuncak Lusaka dikatakan sebagai permulaan dimensi ekonomi yang lebih jelas.
Melihat kepada peningkatan keupayaan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali maka pada
persidangan tersebut telah diisytiharkan terdapat peningkatan keupayaan anggota Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali untuk merancang, dan mengurus pembangunan ekonomi mereka
sendiri secara individu dan dalam gerakan koperasi multinasional. Ini dilihat melalui kemajuan
yang dicapai mereka semenjak tahun enam puluhan, maka persidangan merasakan bahawa
dekad kedua pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa memberikan peluang untuk membawa
perubahan struktur dalam sistem ekonomi dunia untuk memenuhi keperluan negara-negara
miskin bagi mengukuhkan kemerdekaan mereka dan menyediakan perkembangan ekonomi
dunia yang lebih cepat dan lebih seimbang.13

Selain itu, di dalam persidangan juga dinyatakan "kemiskinan negara-negara


membangun dan ketergantungan ekonomi telah membentuk kelemahan struktur dalam
susunan ekonomi dunia sekarang" dan "sistem ekonomi dunia yang tidak adil yang diwarisi dari
kolonial merupakan kesulitan yang tidak dapat diatasi dalam memecahkan perhambaan

12
Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics. 2010. Hlm. 59.
13
Ibid.Hlm. 119.
kemiskinan". Bagi mengatasi masalah ini Kerjasama Selatan-Selatan telah dicadangkan.
kerjasama ini merupakan Kerjasama Ekonomi antara Negara Membangun (ECDC). Sejak
melalui sistem ekonomi dunia masalah dari segi jurang pendapatan per kapita, teknologi,
faedah dari perdagangan dan sebagainya, semakin meningkat, perubahan struktur dan
perkembangan pesat di negara-negara membangun telah menjadi berlebihan.14

Karya Chamil Wariya yang bertajuk Dasar luar era Mahathir telah memperlihatkan
munculnya idea baru daripada Dr. Mahathir selaku perdana menteri Malaysia untuk
memperkukuhkan kewujudan Kerajaan Selatan-Selatan. Dr. Mahathir mencadangkan supaya
ditubuhkan satu jawatankuasa sebagai pemandu Kerjasama Selatan-Selatan.15 Beliau telah
membawa cadangan tersebut di dalam sidang kemuncak kali ke lapan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali yang didadakan di Harare pada tahun 1986, lalu cadangan beliau diterima.
Jawatankuasa ini kemudiannya mengusahakan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan
dengan kerjasama Yayasan Selatan yang beribu pejabat di London. Suruhanjaya Selatan-
Selatan ini berperanan dalam mengalakkan lagi perkembangan dan kemajuan ekonomi di
Selatan supaya meningkatkan kerjasama ekonomi yang lebih gigih dalam usaha mewujudkan
struktur pembangunan yang dapat menyumbangkan kepada kepentingan bersama.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) terus digesa supaya memberikan


keutamaan terhadap isu pembangunan ekonomi demi mengukuhkan ekonomi masing-masing.
Isu ini turut disuarakan Menteri Ehwal Luar Singapura iaitu Encik Wong Kan Seng di dalam
Berita Harian 19 Mei 1989, yang mengatakan;

“Kita telah melewati zaman selepas penjajahan yang memerlukan perubahan


pada pendirian, dasar serta tindakan untuk memadankan pada persekitaran. Kita
juga telah melewati zaman di mana kita boleh menuduh bekas kuasa penjajah
kerana keadaan ekonomi dan politik yang dialami kini. Kita semakin membina
keupayaan institusi politik dan ekonomi dan harus menghadapi perkembangan di
dunia mengikut keadaanya, bukan mengikut apa yang kita mahu.”16

14
Ibid. Hlm. 120.
15
Chamil Wariya. Dasar luar era Mahathir. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 1989. Hlm. 79.
16
Berita Harian 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi. Hlm. 10.
Bagi mewujudkan NAM yang mampu menyaingi kemunculan negara baru maka NAM harus
mampunyai kuasa ekonomi yang kukuh dan teknologi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana,
NAM dijangkakan tidak akan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi negara-negara lain
sekiranya kuasa ekonomi ini tidak dapat dicapai. Jika dahulunya NAM lebih mengutamakan
kuasa politik namun kali ini NAM perlu menumpuhkan kuasa ekonomi pula memandangkan
zaman penjajahan seperti mana yang diperkatakan oleh Menteri Ehwal Luar Singapura telah
pun berakhir. Oleh yang demikian, mengukuhkan kuasa ekonomi adalah lebih penting jika
melihat keperluan persekitaran yang memerlukan kuasa ekonomi perlu dalam mengukuhkan
NAM. Selain itu, NAM juga perlu mencapai tujuan ekonomi dan berusaha menjalinkan
hubungan dialog dengan seberapa banyak negara yang bukan NAM.17

17
Ibid.

Anda mungkin juga menyukai