Bidang pembelajaran Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
focus Pengetahuan / Kanak-kanak sudah boleh mengenal kurma dan soya
Kemahiran sedia ada
Objektif Di akhir perlaksanaan aktiviti kanak-kanak boleh: 1. Menyebut kebaikan kurma, soya, dan shake.(PBLA) 2. Mencarik kurma menjadi kecil. (PF) 3. Mengetahui tentang khasiat kurma (makanan sunnah) (PSSK) Senarai bahan / alat 1. Kurma 5. Mangkuk 2. Cawan bertutup 6. Sudu 3. Soya 7. Apron 4. Kain lap Ruang / Tempat Ruang aktiviti
1. Kanak-kanak di bawa ke ruang aktiviti.
Langkah Perlaksanaan 2. Pendidik dan kanak-kanak membasuh tangan. 3. Kanak-kanak beramah mesra dengan pendidik. 4. Kanak-kanak menyanyi lagu “shake” sebelum memulakan aktiviti. soya tambah kurma, shake, shake, sudah siap tuang dalam cawan, boleh minum sama-sama. 5. Pendidik menerangkan kebaikan kurma dan soya. - Kebaikan kurma ? supaya tulang kita menjadi kuat, mengandungi vitamin dan sihat untuk mata. - Kebaikan soya ? tahu tak? Soya memberi tenaga kepada kita, badan sihat. 6. Kanak-kanak menyanyi bersama-sama dengan pendidik. 7. Pendidik mengenalkan bahan kepada kanak-kanak seperti ( soya, kurma, mangkuk, sudu, mangkuk dan cawan). 8. Kanak-kanak mengambil bahan yang telah disediakan oleh pendidik seperti kurma, soya, sudu, cawan dan mangkuk. 9. Kanak-kanak mencarik kurma sehingga kecil dan masuk ke dalam mangkuk. 10. Kemudian kanak-kanak mengambil cawan yang betutup dan memasukkan soya 11. Selepas memasukkan soya, kanak-kanak memasukkan kurma yang telah dicarik halus. 12. Selepas itu, kanak-kanak menutup cawan yang berisi air soya dan kurma sambil mengoncangkan dan menyanyi lagu “shake, shake”. 13. Pendidik membantu kanak-kanak yang memerlukan bimbingan. 14. Pendidik mengulangi langkah membuat air “shake, shake” 15. Setelah selesai, pendidik menerangkan khasiat kurma (makanan sunnah) dan bersoal jawab. 16. Pendidik dan kanak-kanak minum bersama-sama. 17. Pendidik memberikan tepukan dan pujian kepada kanak-kanak. 18. Pendidik mengemas bahan yang telah digunakan. Kebersihan. - Memastikan ruang aktiviti dalam keadaan yang bersih. - Memastikan kanak-kanak membasuh tangan. Keselamatan. - Pastikan ruang aktiviti dalam keadaan yang selamat untuk kanak-kanak. Kesihatan. - Sebelum memulakan kativiti pastikan kesihatan kanak- kanak dalam keadaan yang baik dan semasa menjalankan aktiviti.