Anda di halaman 1dari 23

MANUAL PENGGUNA

- PELAJAR -
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

1.0 Pendaftaran Sistem


Pelajar perlu mendaftar sebagai pengguna di sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar dengan menekan butang
Pelajar pada paparan PENDAFTARAN SISTEM. Pelajar diwajibkan untuk mengisi ruangan yang disediakan
pada borang Pendaftaran Pelajar.

Pilih pada PELAJAR pada ruangan


PENDAFTARAN SISTEM

Rajah 1.1 : Paparan Pendaftaran Sistem

Rajah 1.2 : Paparan Permohonan Pendaftaran Sistem Pelajar

1
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

2.0 Log Masuk Pelajar

Pelajar yang telah mendaftar mata pelajaran untuk menjalani Latihan Mengajar perlu mendaftar E-Pengurusan
Latihan Mengajar untuk membuat permohonan penempatan LM. Pelajar perlu melengkapkan ruangan yang
disediakan untuk melayari sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar.

1. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan – No Matrik dan No Kad Pengenalan.


2. Tekan butang Masuk dan Paparan Sistem bagi pembimbing akan dipaparkan.
3. Jika kemasukan sistem yang tidak berjaya, Popup seperti Rajah 1.5 akan dipaparkan kerana kemasukan
ID Pengguna atau Kata Laluan yang salah.

Rajah 1.3 : Log Masuk Pengguna

Rajah 1.4 : Menu Utama paparan Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar

2
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 1.5 : Popup ID Pengguna atau Kata Laluan tidak sah.

3.0 Menu Utama Pelajar

Bagi pengguna yang berjaya untuk log masuk ke dalam sistem, Menu Utama bagi pelajar akan dipaparkan seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah. Pada paparan Menu Utama, terdapat beberapa Menu yang lain yang
boleh digunakan oleh Pelajar seperti:-

1. Menu Kemaskini Profial


2. Menu Permohonan LM
a. Borang Permohonan LM
b. Status Permohonan LM
3. Menu Penilaian LM
a. Makluman Penilaian
b. Paparan Penilaian
4. Menu Dokumen LM
a. Jadual Waktu
b. Silibus
c. Rancangan Pengajaran Mingguan
d. Rancangan Pengajaran Harian
5. Portfolio
a. Log Harian
b. Jurnal/Refleksi
6. Menu Konfigurasi Sistem
a. Tukar Kata Laluan
b. Mesej
c. Log Keluar

Rajah 3.1 : Menu Utama sistem E-Pengurusan Latihan


Mengajar bagi Pelajar

3
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

4.0 Menu Konfigurasi Sistem

4.1 Tukar Kata Laluan

Jika pengguna ingin menukarkan Kata Laluan, paparan Tukar Kata Laluan adalah seperti dalam Rajah 3.1 di
bawah. Untuk menukar kata laluan pengguna, langkah adalah seperti berikut :-

1. Tekan Tukar Kata Laluan di Menu Utama Pelajar


2. Masukan semua maklumat yang diperlukan seperti Kata Laluan Lama, Kata Laluan yang baru dan
Taip Semula Kata Laluan Baru.
3. Tekan butang Update untuk mengemaskini kata laluan baru pengguna.

Rajah 3.1 : Paparan Tukar Kata Laluan Pengguna

4.2 Mesej

Aplikasi Mesej dalam sistem ini membolehkan pengguna berkomunikasi melalui mesej kepada pengguna yang
lain seperti admin, penyelia dan pembimbing. Langkah untuk menggunakan aplikasi ini adalah seperti berikut:
1. Tekan butang Mesej
2. Tekan Butang Mesej Baru untuk menghantar mesej baru kepada Penyelia, Pembimbing atau Admin.
3. Tekan butang Hantar Mesej dan mesej akan terus dihantar kepada penama yang ditelah dipilih.

4
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

4.3 Log Keluar

Bagi pengguna yang telah selesai menggunakan sistem dan ingin keluar dari aplikasi, tekan butang Log Keluar.
Pengguna akan keluar dari sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar.

5.0 Menu Kemaskini Profail

Pengguna perlu mengemaskini Profail Pengguna bagi pengguna yang pertama kali Log Masuk ke dalam sistem.
Profail Pelajar ini perlu diisi dengan lengkap untuk menjadi panduan kepada pembimbing dan penyelia bagi tujuan
rujukan maklumat.

Rajah 4.1 : Paparan Kemaskini Profail Pelajar

Langkah untuk mengemaskini profail adalah seperti berikut :-


1. Tekan menu Kemaskini Profail.
2. Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan.
3. Tekan butang Kemaskini apabila semua maklumat telah diisi.
4. Tekan butang Batal jika pengguna membatalkan proses kemaskini dan paparan akan ditutup.

6.0 Menu Permohonan LM

Pelajar yang ingin mengikuti Latihan Mengajar perlu memohon penempatan melalui sistem E-Pengurusan Latihan
Mengajar. Berikut merupakan sub menu yang terdapat dalam Menu Permohonan LM.

5.1 Borang Permohonan LM

Pelajar perlu melengkapkap borang permohonan LM yang disediakan. Langkah untuk membuat permohonan
adalah seperti berikut :-
1. Tekan Sub Menu Borang Permohonan LM pada Permohonan LM dalam paparan Menu Utama.
2. Borang Permohonan Latihan Mengajar akan dipaparkan.
3. Pilih Jenis LM yang dipohon - LM 1 atau LM 2.
4. Pilih Semester yang dipohon untuk menjalani LM.

5
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

5. Pelajar dibenarkan untuk memilih 2 tempat candangan penempatan Latihan Mengajar di ruangan
Pilihan Tempat Mengajar (1) dan (2) seperti yang paparkan dalam Rajah 5.1 di bawah.

Rajah 5.1 : Paparan Senarai Pelajar dan Penetapan Pembimbing

5.2 Status Permohonan

Bagi menyemak status permohonan, langkah berikut adalah diperlukan.


1. Tekan butang Status Permohonan LM dalam Menu Permohonan LM.
2. Status Permohonan Tempat Mengajar akan dipaparkan seperti dalam Rajah 5.2 dibawah.

Rajah 5.3 : Paparan Status Permohonan Tempat Mengajar

5.2.1 Maklumat Terperinci Pelajar

Terdapat butang Terperinci dalam paparan Status Permohonan Tempat Mengajar Pelajar seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.3 di atas.
1. Butang Terperinci adalah untuk memaparkan maklumat terperinci permohonan Pelajar samada
permohonan penempatan berjaya atau tidak.
2. Terdapat beberapa peringkat proses permohonan penempatan LM pelajar. Rujuk Jadual 5.1 di
bawah.
3. Tekan butang Tutup untuk tutup paparan Maklumat Terperinci Permohonan Latihan Mengajar.

6
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 5.4 : Paparan Maklumat Terperinci Latihan Mengajar Pelajar

Proses Permohonan LM Status Tindakan


1. Mengisi dan menghantar Borang Permohonan LM Pelajar
2. Pengesahan Admin bagi permohonan pelajar Hantar Admin
3. Pengesahan LM Pengesahan LM Pelajar
4. Jika pelajar bersetuju dengan keputusan Admin, sila Setuju Pelajar
sahkan persetujuan penempatan.
5. Jika pelajar tidak bersetuju keputusan Admin, pelajar Tukar LM Pelajar
perlu memberikan sebab penolakan.
6. Pengesahan Admin terhadap pertukaran Setuju Tukar Admin
7. Pertukaran berjaya Setuju Tukar
8. Pertukaran Tidak Berjaya – Keputusan tempat LM tidak Tidak BerjayaTukar
berubah

Jadual 5.1 : Proses Permohonan Latihan Mengajar

6. Menu Penilaian LM

Terdapat 2 paparan sub menu pada menu Penilaian LM. Diantaranya adalah Makluman Penilaian dan Paparan
Penilaian.

6.1 Maklumat Penilaian

Paparan Maklumat Penilaian adalah untuk memaparkan nama penyelia dan pembimbing yang telah dilantik untuk
menjadi penyelia dan pembimbing anda. Tekan butang Terperinci pada ruangan Operasi untuk melihat paparan
maklumat secara terperinci.

Rajah 6.1 : Paparan Maklumat Penilaian Pelajar

7
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 6.2 : Paparan Maklumat Terperinci Latihan Mengajar Pelajar

6.2 Paparan Penilaian

Markah penilaian LM anda akan dipaparkan dalam Paparan Penilaian.

Rajah 6.3 : Paparan Penilaian Latihan Mengajar

Untuk mendapatkan maklumat terperinci :-


1. Tekan butang Terperinci dalam ruangan Operasi
2. Paparan markah penilaian LM secara terperinci akan dipaparkan.
3. Tekan butang tutup untuk keluar.

Rajah 6.4 : Paparan Maklumat Terperinci Latihan Mengajar Pelajar

8
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

7.0 Jadual Waktu Pelajar

Pelajar dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat jadual waktu bagi tujuan rujukan dan semakan Penyelia
serta Pembimbing. Pelajar perlu memasukkan jadual waktu pada sistem dengan langkah-langkah berikut :-

6.1 Tekan Butang Tambah Jadual Waktu, skrin Kemasukan Jadual Waktu akan dipaparkan seperti
Rajah 7.1 di bawah.
6.2 Masukkan semua maklumat jadual waktu dan tekan butang Simpan untuk menyimpan data.

Rajah 7.1 : Paparan Masukan Jadual Waktu

6.3 Tekan Butang Kemaskini Jadual Waktu, Skrin Kemaskini Jadual Waktu akan dipaparkan seperti
Rajah 7.2 di bawah.
6.4 Isikan maklumat – Semester dan Nama Pembimbing.

Rajah 7.2 : Paparan Kemaskini Jadual Waktu

9
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

6.5 Pelajar perlu memasukkan maklumat subjek yang diajar dengan tekan butang Tambah Butiran Mata
Pelajaran, skrin kemasukan data seperti Rajah 7.3 akan dipaparkan.

Tekan butang Tambah Butiran Mata Pelajaran


untuk menyatakan Mata Pelajaran yang diajar

Bilangan Mata Pelajaran diajar. Contoh :


Untuk jadual di atas, pelajar telah
mengajar 2 mata pelajaran.

Rajah 7.3 : Paparan Jadual Waktu Pelajar

Rajah 7.4 : Paparan Tambah Subjek Rajah 7.5 : Paparan Kemaskini Data Subjek

6.6 Dari paparan senarai subjek tersebut, tekan butang kemaskini untuk mengemaskini maklumat
subjek, skrin Kemaskini subjek akan dipaparkan seperti Rajah 7.5.

7.1 Sukatan Matapelajaran

Untuk menulis Sukatan Matapelajaran dalam tempoh Latihan Mengajar, berikut merupakan langkah yang perlu
dilakukan oleh pelajar.

1. Tekan butang Jadual Waktu pada paparan Menu Utama.


2. Tekan butang Rancangan Pengajaran pada mata pelajaran yang akan diajar dan memerlukan
RMH.
3. Contoh :- Guru Pelatih memilih Mata pelajaran Matematik seperti yang dipaparkan dalam Rajah
7.6 di bawah.

10
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 7.6 : Paparan Jadual Waktu Pelajar Dan Mata Pelajaran Diajar

4. Apabila butang Rancangan Pengajaran ditekan, paparan seperti Rajah 7.7 akan ditunjukkan.
5. Tekan butang Tambah Tajuk seperti dalam Paparan Silabus bagi Mata Pelajaran Matematik.
6. Paparan tambah tajuk akan dipaparkan seperti Rajah 7.8 di bawah.

Rajah 7.7: Paparan Silabus bagi Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan.

11
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Isikan ruangan yang disediakan. Nombor topik perlu diisi secara berturutan mengikut turutan seperti yang ada
pada Sukatan Mata Pelajaran.

Rajah 7.8 : Paparan tambah tajuk dalam Silabus Mata Pelajaran Matematik

Rajah 7.9 di bawah menunjukkan topik dan tajuk dalam Sukatan Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan telah
siap disusun sama seperti silabus dari pihak institusi. Bagi menghasilkan perancangan pengajaran melalui
Rancangan Mengajar Mingguan, tekan butang Rancangan Pengajaran Mingguan seperti yang dipaparkan dalam
Rajah 7.9 di bawah.

Rajah 7.9: Tajuk dalam Sukatan Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan yang telah siap disusun

12
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

7.2 . Rancangan Mengajar Mingguan

Rancangan Mengajar Mingguan perlu dilengkapkan berdasarkan Sukatan Mata Pelajaran bagi tempoh latihan
seperti yang dipaparkan dalam Rajah 7.9.

Langkah penulisan Rancangan Mengajar Mingguan adalah :-

1. Tekan butang Rancangan Pengajaran Mingguan pada ruangan Operasi pada tajuk Sukatan
Pelajaran yang perlu dilengkapkan penulisan Rancangan Mengajar Mingguan.

Rajah 7.10 : Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Mingguan)

2. Tekan butang Tambah Sesi Pengajaran Mingguan.

Rajah 7.11: Tambah Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Mingguan)

3. Lengkapkan butiran bagi Rancangan Mingguan berdasarkan Silabus yang disediakan.


4. Tekan butang Simpan.

13
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 7.12: Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Mingguan) yang telah dirancang selama 2 minggu.

Untuk menulis perancangan bagi minggu seterusnya, tekan butang Tambah Sesi Pengajaran Mingguan.
Langkah berikut adalah diperlukan :-
1. Tekan butang Cetak untuk mencetak keseluruhan Rancangan Mengajar Mingguan.
2. Tekan butang Tutup untuk menutup aplikasi Rancangan Mengajar Mingguan.
3. Tekan butang Rancangan Pengajaran Harian untuk menulis perancangan pengajaran di
Rancangan Mengajar Harian.

7.3. Rancangan Mengajar Harian

Bagi menghasilkan perancangan Pengajaran dan Pembelajaran menerusi Rancangan Mengajar Harian,
Langkah berikut adalah diperlukan :-

1. Tekan butang Rancangan Pengajaran Harian dalam ruangan Operasi pada paparan Rancangan
Mengajar Mingguan.

Rajah 7.13: Tajuk Sukatan Pelajaran pertama pada minggu pertama Latihan Mengajar.

14
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

2. Tekan butang Tambah Sesi Pengajaran Harian untuk menulis perancangan pengajaran dalam
Rancangan Mengajar Harian.

Rajah 7.14: Tambah Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Harian)

3. Lengkapkan butiran dan perancangan di ruangan yang disediakan.


4. Tekan butang Simpan untuk menyimpan penulisan perancangan pengajaran dan pembelajaran
dalam Rancangan Mengajar Harian.

Rajah 7.15: Hasil penulisan Rancangan Mengajar Harian

5. Tekan butang Tambah Terperinci untuk menulis aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

15
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Penulisan aktiviti sesi pengajaran mestikan dirancang dengan butiran di bawah di ruangan Isi Pelajaran.

a. Pengenalan/Pra Pengajaran
b. Set Induksi
c. Penyampaian isi
d. Penutup

Untuk menulis dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Rancangan Mengajar Harian, berikut
adalah langkah yang perlu dilakukan :-
1. Isi ruangan yang disediakan dalam Tambah Sisi Pengajaran (Rancangan Mengajar Harian)
Terperinci dengan lengkap bagi Penulisan Sesi Pengenalan/Pra Pengajaran.
2. Tekan butang Simpan.

Rajah 7.14: Tambah Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Harian) – Sesi Pengenalan/Pra Pembelajaran

Rajah 7.15: Rancangan Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran – Sesi Pengenalan/Pra Pembelajaran

16
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

3. Tekan butang Tambah Terperinci sekali lagi untuk menambah ruangan penulisan bagi menulis
aktiviti Set Induksi.
4. Isi ruangan yang disediakan dalam Tambah Sisi Pengajaran (Rancangan Mengajar Harian)
Terperinci dengan lengkap bagi Penulisan Set Induksi.
5. Tekan butang Simpan.

Rajah 7.16: Tambah Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Harian) – Sesi Set Induksi

Rajah 7.17: Rancangan Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran – Set Induksi

17
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

6. Tekan butang Tambah Terperinci sekali lagi untuk menulis Penyampaian Isi Pengajaran dan
Pembelajaran.
7. Perancangan perlu ditulis dengan jelas di dalam ruangan Tambah Sesi Pengajaran (Rancangan
Mengajar Harian) terperinci di ruang yang disediakan.
8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran pada bahagian Penyampaian Isi telah dihasilkan seperti
paparan di bawah.

Rajah 7.18: Rancangan Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran – Penyampaian Isi

9. Tekan butang Tambah Terperinci sekali lagi untuk menulis sesi Penutup.
10. Tekan butang Simpan

Rajah 7.19: Tambah Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Harian) – Sesi Penutup

18
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Paparan akhir bagi Rancangan Mengajar Harian yang lengkap bagi Matapelajaran Matematik Kejuruteraan pada
Minggu Pertama.

Rajah 7.20: Rancangan Mengajar Harian Telah Siap Ditulis.

8.0 Portfolio

Bagi menyediakan Portfolio seperti yang diperlukan oleh pihak FPTV, penulisan Log Harian dan Jurnal/Refleksi
aktiviti Latihan Mengajar adalah diperlukan. Langkah kerja bagi menghasilkan penulisan Log Harian dan
Jurnal/Refleksi adalah seperti yang dinyatakan dibawah.

8.1 Log Harian

Untuk menulis aktiviti LM dalam Log Harian, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan :-
1. Tekan butang Log Harian, paparan adalah seperti rajah 8.1.
2. Tekan butang Tambah Laporan Log.
3. Penuhkan maklumat dalam ruangan yang disediakan seperti dibawah.

Rajah 8.1: Laporan Log

19
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 8.2 : Perincian Log Harian

4. Tekan butang Terperinci dan paparan Laporan Log Terperinci seperti Rajah 8.3 akan dipaparkan.
5. Tekan butang Tambah Log Aktiviti untuk menulis Log Harian pada setiap hari semasa latihan mengajar
dilaksanakan.
6. Isi semua ruangan yang disediakan dalam paparan Tambah Laporan Aktiviti Log LM anda dan tekan
butang simpan. Rujuk Rajah 8.4 seperti paparan dibawah.

Rajah 8.3 : Laporan Log Terperinci

Rajah 8.4 : Tambah Laporan Aktiviti Log

20
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 8.5 : Contoh Laporan Aktiviti Log

8.2 Jurnal/Refleksi

Penulisan jurnal menunjukkan amalan refleksi pelatih yang berkaitan dengan peristiwa yang memberi impak
kendiri. Penulisan ini mengamalkan konsep penilaian kendiri dan bisikan hati dengan memperlihatkan ketajaman
fikiran individu dalam menilai, menganalisis, menghayati kesedaran baru, memberi cadangan dan mengambil
tindakan lanjut berkaitan dengan peristiwa berkenaan.Catatan jurnal adalah dibuat sekali sahaja bagi setiap
minggu.
Langkah bagi menghasilkan penulisan Jurnal/Refleksi adalah seperti dibawah.
1. Tekan Jurnal/Refleksi di Menu
2. Tekan butang Tambah Jurnal/Refleksi
3. Lengkapkan ruangan yang disediakan iaitu Tarikh, Tajuk, Peristiwa dan Refleksi seperti contoh di Rajah
8.6 dibawah.
4. Tekan butang Simpan dan kembali ke Paparan Utama.

21
Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pelajar)

Rajah 8.6. Contoh Penulisan Refleksi/Jurnal

Rajah 8.7 : Paparan utama Jurnal/Refleksi

22

Anda mungkin juga menyukai