TAJUK FOLIO :
KELAS : 2 MELEWAR
PENGENALAN..........................................................................................................................................I
6. KONKLUSI
Pengenalan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang telah
banyak membantu saya dalam menyiapkan folio yang bertajuk ‘Amalan Gaya Hidup
Sihat’. Terutamanya, ibu bapa yang membeli bahan-bahan untuk mencantikkan folio yang
telah siap. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siti Hajar yang
memberi peluang yang mulia ini kepada saya untuk membuat folio ini yang membawa
banyak pengetahuan tentang gaya hidup sihat. Dalam membuat folio ini, saya telah
mengenai dengan isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh
setiap lapisan masyarakat. Saya telah memahami bahawa amalan gaya hidup sihat akan
membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Walaubagaimanapun, masih
terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Justeru,
saya harap agar kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih
sejahtera dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan
satu daripada syaratnya.
1.0 DEFINISI ‘ GAYA HIDUP SIHAT ’
Sepanjang hayat, kami sering diingatkan pentingnya kesihatkan untuk diri kita. Dari
kecil ibu bapa mengajar kita dengan kata-kata seperti "ah yang ini baik untuk kesihatan"
atau "jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan". Kesihatan juga sering
dipentingkan di zaman persekolahan yang sering mewajipkan seseorang melibatkan diri
dalam extra-curriculum seperti sukan atau badan beruniform. Tetapi bagi setiap orang
patut hidup dengan definisi kesihatan atau gaya hidup yang tersendiri. Walaupun asas
nutrisi dan bersenam itu adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sains, cara kita
mengaplikasikannya terpulang kepada individu. Pilihan itu dalam tangan sendiri.
Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura
setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, social dan mental.
Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan
itu patut memberi kegembiraan kepada anda.
FIZIKAL:
MENTAL:
* Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan
dan fikiran. Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang mengutamakan
amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.
Walaupun Amanlan Gaya Hidup Sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah
kepada penyakit ,tetapi masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah
berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Namun, masih belum
terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan
yang mudah dilakukan adalah:
1. Pemakanan Sihat
Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat
dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi
gemuk. Kekurangan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan
berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang
boleh menyebabkan strok.Jika seseorang itu gemar makan makanan yang tidak
menyihatkan, dia boleh menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda
tidak mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.
Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup
sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada
terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.
4. Beriadah
Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga
turut keluar melalui peluh. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi
sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa
bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik
dan menguatkan lagi otot-otot badan.
5. Berhenti Merokok
Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat
penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.
Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok.
Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari doktor
untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.
6. Mengatasi Stress
Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan
stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya. Tekanan atau stress
yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan
mengawal tekanan dan kemarahan.
Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan
tubuh badan serta minda.Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar
dengan rehat yang mencukupi.
3.0 Kebaikan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Sebagai contohnya, Gaya Hidup Sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan
fizikal. Misalnya dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap, kehidupan
seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan,
berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas
dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem
imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat
dibina.
Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap
lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisma juga dapat
dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, GHS yang lain seperti pemikiran positif
mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa
mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi
kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti
pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.
4) Melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya.
Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga
kebersihan diri sendiri dan juga persekitarannya. Dengan mengutamakan kebersihan,
maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar. Di
samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan
seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih,
gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk
disiplin dan peribadi seseorang
4.0 Peranan Ibu Bapa Dalam Mempupuk Amalan Gaya Hidup Sihat
Jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan
agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu,
langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin
generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
5.0 Peranan Kerajaan Dalam Mempupuk Amalan Gaya Hidup Sihat
1) Kempen
Pelbagai kempen dialankan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat oleh pihak
kerajaan. Misalnya, pihak kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok dan
sebagainya melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam
televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah
mahupun di pejabat dan sebagainya.
2) Ceramah
Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah tentang kebaikan mengamalkan gaya hidup
sihat seperti dapat memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.,
mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya, menjamin kestabilan kesihatan
mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan, melahirkan insan
yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya dan sebagainya.
3) Kuatkuasakan Undang-undang
Pihak kerajaan harus menetapkan undang-undang iaitu tidak membenarkan sesiapa
sahaja untuk merokok di kawasan-kawasan terbuka supaya tidak mempengaruhi orang
lain. Dendaan harus dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang
tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak boleh menjual rokok kepada remaja yang
berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan
belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga
diharap akan dapat bekerjasama dalam membentuk gaya hidup yang sihat dengan tidak
membawa pengaruh yang negatif kepada generasi hadapan.
4) Menganjurkan Program-program
Sertai program-program untuk menyebarkan amalan gaya hidup sihat sambil mengambil
iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri. Jika seseorang itu sentiasa menyertai
program yang dijalankan, dia akan mengetahui kebaikan amalan gaya hidup sihat. Bagi
ibu bapa yang mempunyai anak-anak hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang
pentingnya.