Anda di halaman 1dari 6

Terma Perkhidmatan Dalam Talian Adsense Google

Kali terakhir diubah 2013-11-02.


1. Selamat Datang ke AdSense!
Terima kasih atas minat anda terhadap perkhidmatan carian dan pengiklanan kami
(�Perkhidmatan�)!
Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma-terma ini (�Terma
AdSense�), AdSense Program Policies, dan Google Branding Guidelines (secara
kolektif, dikenali sebagai �Perjanjian�). Sekiranya terdapat percanggahan, setakat
mana konflik tersebut, Terma AdSense akan diutamakan daripada sebarang terma lain
Perjanjian ini. Sila baca Perjanjian ini dengan teliti.
Seperti yang digunakan dalam Perjanjian ini, �anda� atau �penerbit� bermakna
individu atau entiti yang menggunakan Perkhidmatan ini (dan/atau sebarang individu,
entiti atau entiti pengganti, agensi atau rangkaian yang bertindak bagi pihak
anda), �kami,� atau �Google� bermakna Google Asia Pacific Pte. Ltd., dan �pihak-
pihak� bermakna anda dan Google.
2. Akses kepada Perkhidmatan; Akaun AdSense
Penggunaan Perkhidmatan ini tertakluk kepada pembukaan dan kelulusan kami bagi
akaun AdSense (�Akaun�). Kami berhak untuk menolak atau mengehadkan akses anda
terhadap Perkhidmatan ini. Dengan menyerahkan permohonan bagi penggunaan
Perkhidmatan ini, sekiranya anda seorang individu, anda mewakili bahawa anda
berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Anda boleh mempunyai satu Akaun sahaja.
Dengan mendaftar dalam AdSense, anda membenarkan Google untuk melayan, di mana
berkenaan, (i) iklan dan kandungan lain (�Iklan�), (ii) kotak carian dan hasil
carian Google, dan (iii) pertanyaan carian yang berkaitan dan pautan lain kepada
laman web anda, aplikasi telefon mudah alih, pemain media, kandungan telefon mudah
alih, dan/atau Harta-Harta lain yang diluluskan oleh Google (setiap satu dikenali
sebagai �Harta�). Sebagai tambahan, anda membenarkan Google hak akses, indeks
dan cache Harta-Harta tersebut, atau sebarang bahagian daripadanya, termasuk secara
automatik. Google boleh menolak daripada menyediakan Perkhidmatan kepada mana-mana
Harta.
Sebarang Harta yang merupakan aplikasi perisian dan mengakses Perkhidmatan kami (a)
mungkin memerlukan kelulusan lebih awal daripada Google secara bertulis, dan (b)
mesti mematuhi Software Principles Google.
3. Menggunakan Perkhidmatan kami
Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami hanya seperti yang dibenarkan oleh
Perjanjian ini dan sebarang undang-undang yang diguna pakai. Jangan salah gunakan
Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, jangan ganggu Perkhidmatan kami atau cuba untuk
mengaksesnya dengan menggunakan kaedah selain daripada antara muka dan arahan yang
kami berikan.
Anda boleh menghentikan penggunaan anda bagi sebarang Perkhidmatan pada bila-bila
masa dengan mengeluarkan kod yang berkenaan daripada Harta anda.
4. Perubahan kepada Perkhidmatan kami; Perubahan kepada Perjanjian
Kami sentiasa mengubah dan memperbaiki Perkhidmatan kami. Kami mungkin akan
menambah atau mengeluarkan kefungsian atau ciri Perkhidmatan pada bila-bila masa,
dan kami mungkin akan menggantung atau menghentikan Perkhidmatan sepenuhnya.
Kami boleh mengubah suai Perjanjian ini pada bila-bila masa. Kami akan memaparkan
sebarang perubahan kepada Terma AdSense di muka surat ini dan sebarang perubahan
kepada Dasar Program AdSense atau Garis Panduan Penjenamaan Google pada muka surat
yang berkenaan. Perubahan tidak akan diguna pakai secara retro aktif dan umumnya
akan berkuat kuasa 30 hari selepas ia dipaparkan. Walau bagaimanapun, perubahan
yang menyentuh fungsi baru untuk sesuatu Perkhidmatan atau perubahan yang dibuat
atas sebab-sebab perundangan akan berkuat kuasa dengan serta-merta. Jika anda
tidak bersetuju dengan sebarang terma yang diubah dalam Perjanjian ini, anda perlu
berhenti menggunakan Perkhidmatan yang berkenaan.
5. Bayaran
Tertakluk kepada Bahagian 5 dan Bahagian 10 Terma AdSense ini, anda akan menerima
bayaran yang berkaitan dengan bilangan klik yang sah pada Iklan yang dipaparkan
pada Harta anda, bilangan paparan Iklan yang sah yang dipaparkan pada Harta anda ,
atau perkara lain yang sah yang dijalankan berhubung dengan paparan Iklan di Harta
anda, dalam setiap keadaan, seperti yang ditentukan oleh Google.
Kecuali jika berlaku pemberhentian, kami akan membayar anda pada hujung bulan
kalendar selepas sebarang bulan kalendar di mana anda memperoleh baki dalam Akaun
anda yang bersamaan atau melebihi payment threshold yang berkenaan. Jika anda
melaksanakan Perkhidmatan carian, bayaran kami mungkin akan diimbangi oleh sebarang
yuran yang dikenakan bagi Perkhidmatan tersebut.
Kecuali jika dibenarkan dengan jelas secara bertulis oleh Google, anda tidak boleh
memasuki sebarang jenis susunan dengan pihak ketiga di mana pihak ketiga menerima
bayaran yang dibuat kepada anda di bawah Perjanjian ini atau faedah kewangan lain
berhubung dengan Perkhidmatan ini.
Bayaran akan dikira hanya berdasarkan perakaunan kami. Bayaran kepada anda mungkin
akan ditahan untuk mencerminkan atau dilaraskan untuk tidak memasukkan sebarang
jumlah yang dibayar balik atau dikreditkan kepada pengiklan dan sebarang jumlah
yang terbit daripada aktiviti tidak sah, seperti yang ditentukan oleh Google
mengikut budi bicaranya. Aktiviti tidak sah ditentukan oleh Google dalam semua
keadaan dan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (i) spam, pertanyaan tidak sah,
paparan tidak sah, atau klik tidak sah pada Iklan yang dijana oleh sesiapa, program
automatik atau alat yang serupa, termasuk melalui sebarang klik atau paparan yang
berasal dari alamat IP anda atau komputer di bawah kawalan anda; (ii) klik yang
dipancing atau paparan yang dijana melalui pembayaran wang, perwakilan yang salah,
atau permintaan bagi pengguna akhir untuk mengklik pada Iklan atau mengambil
tindakan-tindakan lain; (iii) Iklan yang dipaparkan kepada pengguna akhir dengan
penyemak imbas yang mempunyai JavaScript yang dilumpuhkan; dan (iv) klik atau
paparan yang dicampurkan bersama aktiviti yang diterangkan dalam (i, ii, dan iii)
di atas dalam jumlah yang besar.
Sebagai tambahan kepada hak dan jalan penyelesaian lain kami, kami boleh (a)
menahan dan mengimbangi sebarang bayaran yang terhutang kepada anda di bawah
Perjanjian ini dengan sebarang yuran yang anda hutang kepada kami di bawah
Perjanjian ini atau sebarang perjanjian lain, atau (b) memerlukan anda untuk
membayar balik kepada kami dalam masa 30 hari dari sebarang invois, sebarang jumlah
yang kami terlebih bayar kepada anda dalam tempoh sebelum ini. Jika anda
mempertikaikan sebarang bayaran yang dibuat atau ditahan berhubung dengan
Perkhidmatan ini, anda mesti memaklumkan Google secara bertulis dalam masa 30 hari
tentang sebarang bayaran tersebut. Jika anda tidak melakukan demikian, sebarang
tuntutan yang berkaitan dengan bayaran yang dipertikaikan akan diketepikan. Jika
pengiklan yang mana Iklannya dipaparkan pada sebarang Harta gagal membuat bayaran
kepada Google, kami boleh menahan bayaran atau mengenakan bayaran ke atas akaun
anda.
Untuk memastikan bayaran yang betul, anda bertanggungjawab menyediakan dan
menyimpan maklumat bayaran dan perhubungan yang tepat dalam Akaun anda. Anda
bertanggungjawab bagi sebarang caj yang dinilai oleh bank anda atau penyedia
bayaran.
6. Cukai
Antara anda dengan Google, Google bertanggungjawab bagi semua cukai (jika ada) yang
dikaitkan dengan urus niaga antara Google dan pengiklan berhubung dengan Iklan yang
dipaparkan di Harta tersebut. Anda bertanggungjawab bagi semua cukai (jika ada)
yang dikaitkan dengan Perkhidmatan tersebut, selain daripada cukai yang berdasarkan
pada pendapatan bersih Google. Semua bayaran kepada anda daripada Google berhubung
dengan Perkhidmatan tersebut akan dianggap sebagai termasuk cukai (jika berkenaan)
dan tidak akan dilaraskan. Jika Google berkewajipan untuk menahan sebarang cukai
daripada bayarannya kepada anda, Google akan memberi anda salinan asal atau yang
disahkan bagi bayaran cukai (atau bukti lain yang mencukupi tentang pembayaran
cukai) jika sebaran bayaran ini dibuat oleh Google.
7. Hak Milik Intelektual; Ciri-ciri Jenama
Selain daripada yang diterangkan dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak tidak akan
memiliki hak, geran atau kepentingan dalam sebarang hak milik intelektual yang
menjadi milik pihak lain atau pemberi lesen pihak lain itu.
Jika Google menyediakan anda dengan perisian berhubung dengan Perkhidmatan ini,
kami memberi anda lesen yang tidak eksklusif, yang tidak boleh dipecahkan menjadi
lesen kecil bagi kegunaan perisian tersebut. Lesen ini adalah bagi tujuan
membolehkan anda untuk menggunakan dan menikmati faedah Perkhidmatan seperti yang
disediakan oleh Google, dengan cara yang dibenarkan oleh Perjanjian ini. Selain
mengedar kandungan melalui AdMob SDK, anda tidak boleh menyalin, mengubah suai,
mengedarkan, menjual atau memajakkan sebarang bahagian daripada Perkhidmatan kami
atau perisian yang disediakan, mahupun anda memutarbalikkan kejuruteraan atau cuba
mendapatkan kod sumber perisian tersebut, melainkan undang-undang melarang halangan
tersebut atau anda mempunyai kebenaran bertulis daripada kami. Anda tidak akan
menghilangkan, menyorokkan atau mengubah notis hak cipta Google, Ciri-ciri Jenama,
atau notis hak milik lain yang dilampirkan atau yang terkandung dalam sebarang
perkhidmatan, perisian, atau dokumentasi Google.
Kami memberi anda lesen yang tidak eksklusif, lesen yang tidak boleh dipecahkan
menjadi lesen kecil untuk menggunakan nama dagang, tanda dagang, tanda khidmat,
logo, nama domain, dan ciri jenama tersendiri lain Google (�Ciri-ciri Jenama�)
hanya yang berkaitan dengan penggunaan anda bagi Perkhidmatan dan mengikut
Perjanjian ini dan Garis Panduan Penjenamaan Google. Kami boleh membatalkan lesen
ini pada bila-bila masa. Sebarang nama baik yang terbit daripada penggunaan anda
bagi Ciri-ciri Jenama Google akan menjadi milik Google.
Kami mungkin akan menyertakan nama dan Ciri-ciri Jenama anda dalam persembahan,
bahan pemasaran, senarai pelanggan dan laporan kewangan kami.
8. Privasi
privacy policy kami menerangkan cara kami mengendalikan data peribadi anda dan
melindungi privasi anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan
menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa Google boleh menggunakan data
tersebut mengikut dasar polisi kami.
Anda akan memastikan bahawa pada setiap masa anda menggunakan Perkhidmatan ini,
Harta tersebut mempunyai dasar privasi yang telah dilabelkan dengan jelas dan mudah
dicapai yang memberikan pengguna akhir maklumat yang jelas dan lengkap tentang
kuki, maklumat khusus untuk peralatan, maklumat lokasi dan maklumat lain yang
disimpan, dicapai, atau dikumpulkan daripada alat pengguna akhir berhubung dengan
Perkhidmatan ini, termasuk, di mana berkenaan, maklumat mengenai pilihan pengguna
akhir bagi pengurusan kuki. Anda akan berusaha dengan munasabah dari segi
komersial untuk memastikan bahawa pengguna akhir memberikan persetujuan kepada
penyimpanan dan capaian kuki, maklumat khusus untuk peralatan, maklumat lokasi atau
maklumat lain yang disimpan pada alat pengguna akhir berhubung dengan Perkhidmatan
ini di mana persetujuan tersebut diperlukan oleh undang-undang.
9. Kerahsiaan
Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan Maklumat sulit Google tanpa persetujuan awal
kami secara bertulis. "Maklumat Sulit Google" termasuk: (a) semua perisian,
teknologi dan dokumentasi Google berkaitan dengan Perkhidmatan ini; (b) klik-
melalui kadar atau statistik lain berhubung dengan prestasi Harta yang berkaitan
dengan Perkhidmatan ini; (c) kewujudan dan maklumat mengenai ciri-ciri beta dalam
sesuatu Perkhidmatan; dan (d) sebarang maklumat lain yang disediakan oleh Google
yang ditandakan sulit atau yang biasanya akan dianggap sulit dalam keadaan di mana
ia disampaikan. Maklumat Sulit Google tidak termasuk maklumat yang anda sudah pun
ketahui sebelum penggunaan Perkhidmatan ini, yang diketahui umum bukan atas
kesilapan anda, yang telah anda majukan secara bebas , atau yang diberikan kepada
anda mengikut undang-undang oleh pihak ketiga. Walau apa pun maklumat dalam
Bahagian 9 ini, anda boleh mendedahkan dengan tepat jumlah bayaran kasar Google
yang terhasil daripada penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini.
10. Pemberhentian
Anda boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan melengkapkan
account cancellation process. Perjanjian ini akan dianggap tamat dalam masa 10
hari perniagaan daripada penerimaan notis anda oleh Google. Jika anda menamatkan
Perjanjian ini dan baki yang anda peroleh sama atau melebihi threshold yang
berkenaan, kami akan membayar anda baki yang anda peroleh dalam masa lebih kurang
90 hari selepas tamat bulan kalendar di mana Perjanjian ini ditamatkan. Sebarang
baki yang diperoleh kurang daripada threshold yang berkenaan akan kekal tidak
berbayar.
Google boleh pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini, atau menggantung atau
menamatkan penyertaan sebarang Harta dalam Perkhidmatan ini atas sebarang sebab.
Pihak-pihak bersetuju untuk mengetepikan sebarang peruntukan undang-undang tempatan
yang boleh mengehadkan, membatasi, memerlukan perintah mahkamah, atau sebaliknya
menghalang keupayaan Google untuk menamatkan Perjanjian ini mengikut budi
bicaranya. Jika kami menamatkan Perjanjian ini disebabkan anda memungkiri janji
atau disebabkan oleh aktiviti tidak sah, kami boleh menahan jumlah yang tidak
dibayar atau mengenakan caj terhadap akaun anda. Jika anda melanggar Perjanjian
ini atau Google menahan atau menamatkan Akaun anda, anda (i) tidak akan dibenarkan
untuk membuka Akaun baru, dan (ii) mungkin tidak dibenarkan untuk mendapatkan wang
daripada kandungan produk Google yang lain.
11. Indemniti

Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi dan mempertahankan Google, sekutu, agen
dan pengiklannya daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan dan liabiliti
pihak ketiga yang terbit daripada atau berkaitan dengan Harta tersebut, termasuk
sebarang kandungan yang dilayan pada Harta yang tidak disediakan oleh Google,
penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut, atau pelanggaran anda terhadap sebarang
terma Perjanjian ini. Pengiklan Google ialah penerima faedah pihak ketiga
indemniti ini.

12. Perwakilan; Jaminan; Penafian


Anda mewakili dan menjamin bahawa (i) anda mempunyai kuasa penuh dan kebenaran
untuk memasuki Perjanjian; (ii) anda ialah pemilik, atau dibenarkan oleh undang-
undang untuk bertindak bagi pihak pemilik, setiap Harta; (iii) anda ialah pembuat
keputusan teknikal dan editorial berhubung dengan setiap Harta di mana Perkhidmatan
ini dilaksanakan dan bahawa anda mempunyai kawalan ke atas cara Perkhidmatan ini
dilaksanakan ke atas setiap Harta; (iv) Google belum pernah menamatkan atau
melumpuhkan akaun AdSense yang anda buka disebabkan oleh pelanggaran Perjanjian
atau disebabkan oleh aktiviti tidak sah; (v) memasuki atau melaksanakan Perjanjian
ini tidak akan melanggar sebarang perjanjian yang anda miliki dengan pihak ketiga
atau sebarang hak pihak ketiga; dan (vi) semua maklumat yang anda sediakan kepada
Google adalah betul dan terkini.
SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN DENGAN JELAS DALAM PERJANJIAN INI, KAMI TIDAK
MEMBUAT SEBARANG JANJI TENTANG PERKHIDMATAN INI. SEBAGAI CONTOH, KAMI TIDAK
MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN TENTANG KANDUNGAN DALAM PERKHIDMATAN INI, FUNGSI KHUSUS
PERKHIDMATAN INI, ATAU KEUNTUNGAN, KEBOLEHPERCAYAAN, KESEDIAAN, ATAU KEUPAYAANNYA
UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. KAMI MENYEDIAKAN SETIAP PERKHIDMATAN �SEADANYA�.
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI MENGECUALIKAN SEMUA JAMINAN, YANG
TERSURAT, STATUTORI ATAU TERSIRAT. KAMI MENAFIKAN DENGAN JELAS JAMINAN ATAU SYARAT
TIDAK CAMPUR TANGAN, KEBOLEHJUALAN, DAN KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU. SETAKAT
MANA JAMINAN ATAU SYARAT STATUTORI TERSEBUT DIKENAKAN DAN TIDAK DAPAT DIKECUALIKAN,
SETAKAT MANA GOOGLE DIBENARKAN, GOOGLE MENGEHADKAN LIABILITINYA BERHUBUNG DENGAN
SEBARANG TUNTUTAN DI BAWAH JAMINAN ATAU SYARAT TERSEBUT, MENURUT PILIHAN GOOGLE,
MENYEDIAKAN SEMULA PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU MEMBAYAR KOS MENYEDIAKAN SEMULA
PERKHIDMATAN TERSEBUT .
Tiada apa dalam Perjanjian ini, termasuk Bahagian 11, 12 dan 13 harus mengecualikan
atau mengehadkan jaminan atau liabiliti Google bagi kerugian yang tidak boleh
dikecualikan secara sah atau dihadkan mengikut undang-undang yang diguna pakai.
Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian jaminan atau syarat tertentu
atau pembatasan atau pengecualian liabiliti bagi kerugian atau kerosakan yang
disebabkan oleh kecuaian, pelanggaran kontrak atau pelanggaran terma yang
dimaksudkan, atau kerosakan sampingan atau turutan. Begitu juga, hanya batasan
yang sah dalam bidang kuasa anda akan dikenakan terhadap anda dan liabiliti Google
akan dihadkan kepada takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.
13. Batasan Liabiliti
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH, KECUALI BAGI SEBARANG KEWAJIPAN INDEMNIFIKASI DI SINI
ATAU PELANGGARAN SEBARANG HAK MILIK INTELEKTUAL, KEWAJIPAN KERAHSIAAN DAN/ATAU
KEPENTINGAN HAK MILIK BERHUBUNG DENGAN PERJANJIAN INI, (i) DALAM APA JUA KEADAAN
MANA-MANA PIHAK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI BAWAH PERJANJIAN INI BAGI SEBARANG
PERBELANJAAN DAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TURUTAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG, TELADAN,
PUNITIF SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT ATAU SEBARANG TEORI LAIN, WALAUPUN PIHAK
TERSEBUT TELAH DINASIHATI TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN
DAN PERBELANJAAN DAN MESKIPUN SEBARANG KEGAGALAN TUJUAN UTAMA SEBARANG JALAN
PENYELESAIAN TERHAD, DAN (ii) LIABILITI KESELURUHAN SETIAP PIHAK DI BAWAH
PERJANJIAN INI TERHAD KEPADA JUMLAH BERSIH YANG DITERIMA DAN DISIMPAN OLEH PIHAK
TERTENTU ITU BERHUBUNG DENGAN PERJANJIAN INI SEMASA TEMPOH TIGA BULAN SEBELUM
TARIKH TUNTUTAN. Setiap pihak mengesahkan bahawa pihak satu lagi yang telah
memasuki Perjanjian ini bergantung pada batasan had liabiliti yang dinyatakan di
sini dan batasan tersebut menjadi asas utama tawar menawar antara pihak-pihak ini.

14. Lain-lain
Keseluruhan Perjanjian; Pindaan. Perjanjian ini adalah perjanjian keseluruhan kami
berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan dan menggantikan sebarang perjanjian
sebelum ini atau sezaman mengenai perkara tersebut. Perjanjian ini boleh dipinda
(i) secara bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang menyatakan dengan
jelas bahawa ia meminda Perjanjian ini, atau (ii) seperti yang dibentangkan dalam
Bahagian 4, sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan ini selepas Google
mengubah Perjanjian ini.
Penyerahan Hak. Anda tidak boleh menyerahkan hak atau memindahkan sebarang hak
anda di bawah Perjanjian ini.
Kontraktor Bebas. Pihak-pihak tersebut adalah kontraktor bebas dan Perjanjian ini
tidak mewujudkan sebarang agensi, perkongsian atau usaha sama.
Tiada Penerima Faedah Pihak Ketiga. Selain daripada yang dibentangkan dalam
bahagian 11, Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang hak penerima faedah pihak
ketiga.
Tiada Pengecualian. Selain daripada yang dibentangkan dalam Bahagian 5, kegagalan
mana-mana pihak untuk menguatkuasakan sebarang peruntukan Perjanjian ini tidak akan
menjadi satu pengecualian.
Kebolehasingan. Jika didapati bahawa terma tertentu Perjanjian ini tidak boleh
dikuatkuasakan, baki Perjanjian ini tetap akan berkuat kuasa sepenuhnya.
Keberterusan. Bahagian 7, 9, 10, 11, 13, dan 14 Terma AdSense ini dapat bertahan
penamatan.
Undang-undang yang menguasai; Tempat. Semua tuntutan yang terbit atau berkaitan
dengan Perjanjian atau Perkhidmatan ini akan dikuasai oleh undang-undang
California, kecuali peraturan pertikaian California. Pihak-pihak tersebut akan
cuba dengan niat baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung dengan
Perjanjian ini (�Pertikaian�) dalam masa 30 hari selepas terbitnya Pertikaian
tersebut. Jika Pertikaian tersebut tidak selesai dalam masa 30 hari, ia mesti
diselesaikan melalui penimbangtaraan oleh Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian
Pertikaian Persatuan Penimbangtaraan Amerika dan dijalankan mengikut Peraturan
Komersial yang Dipercepatkan yang berkuat kuasa pada tarikh Perjanjian ini. Akan
ada seorang penimbang tara yang dipilih melalui perjanjian bersama pihak-pihak
tersebut. Penimbangtaraan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris di Santa Clara
County, California, USA. Mana-mana pihak boleh memohon kepada mana-mana mahkamah
yang mempunyai bidang kuasa bagi relief injunktif yang diperlukan untuk melindungi
hak mereka sementara penyelesaian penimbangtaraan tersebut. Sebarang keputusan
yang sudah pun dibuat oleh penimbang tara adalah muktamad dan terikat pada pihak-
pihak tersebut, dan keputusan boleh dimasukkan oleh mana-mana mahkamah yang
mempunyai bidang kuasa yang kompeten. Penimbang tara boleh memerintahkan relief
yang saksama atau injunktif konsisten dengan jalan penyelesaian dan batasan
Perjanjian ini. Semua maklumat yang didedahkan berhubung dengan penimbangtaraan
ini, termasuk kewujudan penimbangtaraan akan menjadi Maklumat Sulit yang dikuasai
oleh peruntukan kerahsiaan Bahagian 9. Walau bagaimanapun, pihak-pihak tersebut
boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mahkamah yang sesuai di bawah batasan
kerahsiaan, di mana perlu untuk mendapatkan penguatkuasaan sebarang keputusan atau
penghakiman penimbangtaraan atau untuk mendapatkan sebarang jalan penyelesaian yang
dibenarkan di bawah terma-terma tersebut.
Force Majeure. Mana-mana pihak tidak akan bertanggungjawab bagi prestasi yang
tidak mencukupi setakat yang disebabkan oleh satu keadaan (misalnya, bencana alam,
tindakan perang atau keganasan, rusuhan, tindakan buruh, tindakan kerajaan, dan
gangguan Internet) yang di luar kawalan pihak tersebut secara munasabah.
Komunikasi. Berhubung dengan penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini, kami boleh
menghubungi anda mengenai pengumuman perkhidmatan, mesej pentadbiran dan maklumat
lain. Anda boleh memilih untuk keluar daripada komunikasi ini dalam tetapan Akaun
anda. Untuk maklumat mengenai cara menghubungi Google, sila kunjungi contact page
kami.
* * *
15. Terma Khusus Perkhidmatan
Jika anda memilih untuk melaksanakan sebarang Perkhidmatan berikut pada Harta anda,
anda bersetuju juga dengan terma tambahan yang dikenal pasti di bawah ini:
AdMob: AdMob Publisher Guidelines and Policies.
Enjin Carian mengikut Kesesuaian: Custom Search Engine Terms of Service.

Anda mungkin juga menyukai