Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains
sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya
dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain
pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan
dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan
dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam
asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada
jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan
kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang
fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori
kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku
ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran
lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh
aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi
dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan
dan kelemahan lawan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan
untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah
dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-
konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai
kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali
aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba
ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat,
mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat
juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang
atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang
ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet.
Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
() ( )

Anda mungkin juga menyukai