Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Individu

Nama murid : Phang Jun Xin


Sekolah : SJK(C) Kelpin Seremban
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh masuk: 21/5/2015
Tajuk: Benda-benda di sekeliling

Tahap Pencapaian Semasa:

1. Dapat mengenal dan menyebut vokal (a, e, i, o, u)


2. Dapat menulis vokal (a, e, i, o, u)
3. Dapat menyebut suku kata KV

Matlamat:

1. Dapat mengenal dan menyebut vokal (a, e, i, o, u)


2. Dapat menulis vokal (a, e, i, o, u)
3. Dapat menyebut suku kata KV

Kekuatan murid:

1. Aktif dalam bilik darjah


Kelemahan:

1. Kurang tumpuan
2. Malas

Bil. Objektif P&P Strategi P&P Catatan

1. Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Guru menunjukkan Jadual Fonem Huruf Vokal kepada 21 April 2015
murid.
1. Mengenal dan menyebut
2. Guru meminta murid menyebut nama huruf vokal yang
huruf-huruf vokal dengan
ditunjuk.
betul,
3. Guru membimbing murid membunyikan sebutan huruf
vokal yang ditunjuk.
4. Murid mengulang sebutan huruf vokal sebanyak 3 kali.
5. Guru menunjukkan kad imbasan vokal kepada murid satu
demi satu dan membimbing murid.
6. Guru menamakan objek dalam kad dan murid
mengepitkan pengepit baju pada sebutan huruf vokal
yang betul dengan objek.

2. Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Guru memperkenalkan aktiviti “Penanam Bunga dan 28 April 2015
Taman Bunganya!”
1. Dapat menulis vokal (a, e, i, o,
2. Guru menunjukkan “Taman Bunga Vokal” kepada murid.
u)
3. Guru memberi 12 batang bunga yang dilekatkan dengan
gambar-gambar di mana nama objek dalam gambar
bermula dengan huruf vokal.
4. Guru membimbing murid membunyikan huruf a, e, i, o, u
dan bersama-sama murid menyebut huruf vokal yang
mewakili nama objek dalam gambar.
5. Guru meminta murid membunyi huruf vokal yang
mewakili nama objek dengan gambar setiap tiga kali.
6. Guru membimbing murid mengkategorikan dan menanam
bunga dalam pasu huruf vokal yang tepat.
7. Sebelum menanam bunga, murid dikehendaki menulis
huruf vokal yang mewakili huruf pertama nama objek
pada garisan yang menggunakan pen marker.
8. Guru meminta murid menyebut nama-nama objek dalam
gambar mengikut kategori bunyi vokal.
9. Murid mengulang sebanyak tiga kali.

3. Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Guru menunjukkan “ Taman Suku Kata KV” kepada 5 Mei 2015
murid.
1. Dapat menyebut suku kata
2. Guru membimbing murid membaca dan mengeja kad-kad
KV
suku kata yang ditampal pada “Taman Suku Kata KV”
(ba, be, bi, bo, bu, ca, ce, ci, co, cu, da, de, di, do, du, fa,
fe, fi, fo, fu, ga, ge, gi, go, gu).
3. Guru meminta murid murid membaca dan mengeja setiap
suku kata KV yang terdapat dalam “Taman Suku Kata”
sebanyak tiga kali.
4. Guru menanggalkan kad suku kata pada “Taman Suku
Kata KV” dan letak di meja secara rawak.
5. Guru menyebut sebutan suku kata KV dan murid
mendengar sebutan guru dan mengambil kad suku kata
KV yang mewakili sebutan guru.
6. Aktiviti ini diulang dengan suku kata yang lain sebanyak
tiga kali.

Anda mungkin juga menyukai