Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami masalah dalam 6 domain iaitu bahasa,


kognitif, sosio-emosi, tingkah laku, psikomotor halus dan kasar. Perkembangan 6 domain
utama bagi kanak-kanak berkeperluan khas tidak sama seperti kanak-kanak normal.
Kecelaruan dalam keenam-enam domain menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat hidup
berkualiti seperti kanak-kanak lain. Kecelaruan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak ini
menghadkan interaksi sosial mereka dengan orang lain. Maka, pengurusan tingkah laku
bagi kanak-kanak berkeperluan khas perlu dijalankan supaya meningkatkan peluangnya
untuk berinteraksi sosial dengan orang lain.

Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003) yang dipetik dari buku keceleraun
tingkah laku, tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan
reaksi dari segi teknik serta aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (gland) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ. Definisi beliau berbentuk saintifik kerana beliau menerangkan
tingkah laku dari sudut biologi. Beliau membuka mata kita tentang perubahan dalaman yang
melibatkan organ-organ dalam badan kita.

Secara keseluruhannya, tingkah laku manusia merupakan cara manusia bertindak


pada sesuatu. Situasi sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Jika persekitaran yang kita
tempui adalah positif, maka seseorang itu akan berkelakuan positif dan sebaliknya
persekitaran yang kita bergaul adalah negatif, maka perlakuan kita juga akan menjadi
negatif dalam pandangan orang lain. Maka, persekitaran memainkan peranan yang penting
dalam membentuk tingkah laku seseorang manusia dalam kehidupannya.

Miltenberger (2012) mendefinisikan modifikasi tingkah laku sebagai bidang psikologi


yang menekankan penganalisisan dan pengubahsuaian tingkah laku. Analisis merupakan
cara mengenal pasti hubungan antara persekitaran dengan tingkah laku bagi mengetahui
mengapa seseorang berkelakuan sebegitu. Setelah mengetahui faktor sesuatu tingkah laku,
pengubahsuaian merupakan langkah yang perlu diambil supaya mengubah tingkah laku
berkenaan. Ia digunakan untuk mengubah perisitiwa persekitaran yang mempengaruhi
tingkah laku seseorang.
2.0 Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan


tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik yang
sesuai (Kazdin, 2001). Menurut beliau, tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas yang
bermasalah perlu diurus dengan kaedah yang tertentu supaya mencapai tingkah laku yang
diharapkan. Kaedah yang diimplimentasikan perlu bersesuaian dengan tahap murid. Guru
perlu melaksanakan intervensi bagi menangani tingkah laku bermasalah yang ada pada
murid. Teknik modifikasi tingkah laku dibahagikan kepada 2 iaitu intervensi untuk
meningkatkan tingkah laku yang diingini dan intervensi untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini. Langkah–langkah melaksanakan strategi pengurusan tingkah laku
adalah
berikut:
1. Mengenal pasti dan memilih tingkah laku
(sasaran)

2. Mengumpul dan merekod data

3. Mengenal pasti dan menentukan


peneguhan

4. Melaksanakan program intervensi

5. Menilai keberkesanan intervensi

Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah dalam pengurusan tingkah laku

2.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku (sasaran)

Langkah permulaan dalam pengurusan tingkah laku ialah dengan menetapkan


tingkah laku sasaran yang ingin guru memberi intervensi. Tingkah laku sasaran adalah
tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah
laku. Saya memastikan bahawa hanya satu tingkah laku telah dipilih pada suatu masa
supaya memudahkan saya untuk melaksanakan intervensi. Saya memerhati tingkah
laku murid saya sebelum seminggu sebelum intervensi. Saya mendapati bahawa murid
saya mempunyai tingah laku membuka mulut kerap kali sehingga air liur mengalir.
Tingkah laku ini dikategorikan sebagai tingkah laku disruptif. Tingkah laku disruptif
didefinisikan sebagai perlakuan yang sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid saya menganggu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana segala lembaran kerja atau
bahan bantu mengajar yang berdekatan dengan murid dibasah dengan air liur murid.
Setelah saya mengenalpasti tingkah laku yang ingin diberi intervensi, saya memberi
definisi untuk tingkah laku sasaran. Definsi tingkah laku sasaran murid saya ialah murid
kurang membuka mulut yang menyebabkan air liur mengalir dalam tempoh 20minit.
Saya menetapkan tingkah laku membuka mulut sebagai tingkah laku sasaran untuk
mengurangkan dalam intervensi ini kerana tingkah laku ini acap kali ditunjukkan oleh
murid.

2.2 Mengumpul dan merekod data

Langkah seterusnya ialah memerhati serta mengumpul data kekerapan tingkah laku
yang ditunjukkan oleh murid. Maklumat atau data yang terkumpul dalam tempoh ini
dikenali sebagai baseline data. Tujuan pengumpulan data ialah bagi mengetahui corak
tingkah laku serta sebabnya berlaku tingkah laku tersebut. Terdapat beberapa teknik-
teknik untuk mengumpul data seperti rekod naratif, anekdot, rekod kejadian dan
sebagainya. Saya telah memilih teknik rekod had masa (interval).

2.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

Berdasarkan daripada baseline data, saya telah menetapkan ekonomi token sebagai
kaedah pengurusan tingkah laku murid. Perkara penting dalam pengurusan tingkah laku
adalah peneguhan. Hal ini sedemikian kerana peneguhan membantu untuk mengekal,
meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Peneguhan merupakan sesuatu objek
atau situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada
masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Ganjaran yang diberi kepada murid perlu bersesuaian dan disukai oleh murid. Terdapat
4 jenis peneguhan yang boleh diberikan kepada murid. Saya memilih ganjaran
berbentuk tangible yang boleh dimakan dan juga tidak boleh dimakan. Contohnya,
kerepok, ais krim serta pensel warna yang disukai oleh murid.
-jadual peneguhan
2.4 Melaksanakan program intervensi

2.4.1 Fasa pra intervensi:


Fasa ini dikenali sebagai ”baseline period” iaitu fasa pengumpula maklumat
mengenai tingkah laku sasaran murid. Dalam kes ini, saya telah menggunakan kaedah
pemerhatian langsung untuk mengetahui tentang tingkah laku murid saya selama 5 hari
bermula dari hari Ahad sehingga hari Khamis. Saya menggunakan senarai semak bagi
merekod kekerapan tingkah laku murid dalam suatu had masa. Saya menggunakan
borang had masa untuk mencatat data pemerhatian saya. Daripada pemerhatian
tersebut, saya dapat menetapkan tingkah laku sasaran untuk intervensi ini. Saya
melakukan pemerhatian saya tanpa sebarang intervensi. Saya telah menyimpan segala
data-data yang dikumpul dalam fasa ini untuk membuat perbandingan dengan baseline
data selepas intervensi.

Tarikh Kekerapan
25.3.2018 8
26.3.2018 6
27.3.2018 7
28.3.2018 9
29.3.2018 8

Jadual 1 menunjukkan data yang dikumpul pada fasa intervensi

Graf data fasa intervensi


10
9
8
7
Kekerapan

6
5
4
3
2 Kekerapan
1
0

Tarikh

Graf 1 menunjukkan graf data fasa intervensi


2.4.2 Fasa intervensi:

Selepas saya memeroleh data dalam fasa pra intervensi selama 5 hari, kini saya
telah melaksanakan fasa intervensi kepada murid. Saya memilih token ekonomi sebagai
strategi pengurusan tingkah laku murid saya. Menurut Miltenberger (2004), token
ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu mendapatkan token untuk tingkah laku
diingini yang ditunjukkan. Saya memilih token ekonomi bagi mengurangkan tingkah
laku murid saya yang sengaja membuka mulut sehingga air liur mengalir. Saya telah
memberi penerangan kepada murid saya tentang pelaksanaan token ekonomi. Murid
juga diberi pendedahan tentang ganjaran dan syarat pertukaran token kepada ganjaran.
Selepas memberi penerangkan kepada murid, saya telah memulakan intervensi saya
pada 1.4.2018 sehingga 12.4.2018 selama 2 minggu. Saya melaksanakan intervensi
sambil mencatat data dalam senarai semak saya. Saya telah menggunakan token
berbentuk belon kerana diminati oleh murid saya. Saya telah menetapkan jadual
pemberian token seperti berikut:

Bilangan token Kadar pemberian token


1 token Setiap 5 minit murid tidak membuka mulut
2 token Setiap 10 minit murid tidak membuka mulut secara berterusan
3 token Setiap 15 minit murid tidak membuka mulut secara berterusan
4 token Setiap 20 minit murid tidak membuka mulut secara berterusan
5 token Setiap 30 minit murid tidak membuka mulut secara berterusan

Jadual 2 menunjukkan jadual pemberian token

Murid diberi token mengikut jadual peneguhan di atas. Saya memberi token kepada
murid untuk melekatkan di carta tokennya bagi meningkatkan motivasi ekstrinsik murid
supaya murid dapat mengamalkan tingkah laku sasaran. Token yang saya beri kepada
murid dapat ditukarkan kepada ganjaran yang murid sukai mengikut bilangan token
yang murid ada. Saya telah menetapkan jadual penukaran token seperti berikut:

Bilangan token Ganjaran


5 token Keropok
10 token Ais krim
20 token Pensel warna

Jadual 3 menunjukkan jadual ganjaran


Saya juga telah menetapkan tempoh bagi penukaran token kepada ganjaran. Murid
dibenarkan untuk menukarkan token setiap 2 hari selepas sekolah tamat. Data-data
yang dikumpul selama 9.30am-10.00am (30 minit) semasa intervensi adalah seperti
berikut:
Tarikh Kekerapan
1.4.2018 9
2.4.2018 8
3.4.2018 6
4.4.2018 6
5.4.2018 5
8.4.2018 5
9.4.2018 4
10.4.2018 3
11.4.2018 2
12.4.2018 1

Jadual 4 menunjukkan data yang diperoleh semasa intervensi

Graf data semasa intervesi


10
9
8
7
Kekerapan

6
5
4
3
2 Kekerapan
1
0

Tarikh

Graf 2 menunjukkan graf data semas intervensi


Tarikh Bilangan token
1.4.2018 1
2.4.2018 1
3.4.2018 2
4.4.2018 2
5.4.2018 1
8.4.2018 2
9.4.2018 2
10.4.2018 3
11.4.2018 3
12.4.2018 4

Jadual 5 menunjukkan bilangan token yang murid dapat setiap hari

Daripada data-data ini, saya dapati bahawa tingkah laku sasaran dalam intervensi ini
dapat dikurangkan sedikit demi sedikit berbanding dengan fasa pra intervensi. Hal ini
disebabkan oleh ganjaran. Ganjaran yang diberi dapat meningkatkan motivasi ekstrinsik
murid supaya mendapat token yang banyak. Maka, murid kurang melakukan tingkah
laku sasaran. Pernyataan ini jelas terbukti dengan bilangan token yang murid dapat
meningkatkan setiap hari.

2.4.3 Fasa selepas intervensi:

Dalam fasa ini, saya membuat pemerhatian tanpa intervensi bagi mengetahui
keberkesanaan intervensi. Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa kekerapan
tingkah laku sasaran kurang dalam minggu ini tetapi terdapat sedikit peningkatan
berbanding dengan fasa intervensi. Namun, kekerapan fasa ini kurang dari fasa pra
intervensi. Hal ini membuktikan bahawa intervensi yang diberi oleh guru berjaya. Saya
mendapati bahawa pemilihan token ekonomi sebagai strategi pengurusan tingkah laku
sangat bersesuaian dengan tingkah laku murid. Data-data yang dikumpul dalam fasa ini
adalah seperti berikut:
Tarikh Kekerapan
15.4.2018 5
16.4.2018 4
17.4.2018 4
18.4.2018 3
19.4.2018 3

Jadual 6 menunjukkan data-data yang diambil pada fasa selepas intervensi

Graf data selepas intervensi


6

4
kekerapan

2 Kekerapan

0
15.4.2018 16.4.2018 17.4.2018 18.4.2018 19.4.2018
Tarikh

Graf 3 menunjukkan graf data selepas intervensi

2.5 Menilai keberkesanan intervensi

Saya membanding bezakan data yang dikumpul dalam fasa pra intervensi dan fasa
selepas intervensi dan didapati bahawa ada sedikit pengurangkan kekerapan tingkah
laku sasaran. Maka, hal ini membuktikan bahawa intervensi guru berjaya menukarkan
tingkah laku guru. Namun, kekerapan tingkah laku sasaran fasa intervensi adalah
kurang daripada fasa selepas intervensi. Maka, saya merancang untuk meneruskan
intervensi sehingga murid tidak melakukan tingkah laku sasaran tersebut. Saya
menyedari bahawa kepentingan pengumpulan serta penyimpanan data sangat penting
kerana dengan adanya data-data ini saya dapat membuat analisis serta interprastasikan
data bagi mengetahui keberkesanaan intervensi ini.
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti
rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan
sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Baseline data kedua
merupakan pemerhatian susulan program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada
perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh
melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik
pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

3.0 Kesimpulan

Perbuatan manusia melambangkan tingkah lakunya. Tingkah laku yang tidak diingini
dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas perlu diubahsuai bagi membentuk
insan yang kamil. Tingkah laku yang diingini pula perlu diterapkan dalam diri kanak-
kanak ini supaya mereka berhidup kualiti seperti kanak-kanak tipikal yang lain.
Kecelaruan dalam tingkah laku ini memberikan impak yang negatif kepada kanak-kanak
ini. Maka, guru dan ibu bapa perlu berganding bahu bagi mengurangkan masalah
tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.
Rujukan

Ayllon, T. & Azrin, N. (1968). The Token Economy: A Motivational System for Therapy and
Rehabilitation. New York: Appleton Century Crofts.

Cooper, J., Heron, T., & Heward, W. (2007). Applied Behaviour Analysis. New Jersey:
Pearson Education.

Foxx, R. (1998). A comprehensive treatment program for inpatient adolescents. Behavioural


Interventions, 13, 67-77. DOI: 10.1002/(SICI)1099-078X(199802)13:1

Hackenberg, T. (2009). Token Reinforcement: A Review and Analysis. Journal of the


Experimental Analysis of Behaviour, 91, 257-286. DOI: 10.1901.jeab.2009.91-257

Kazdin, A. (1982). The Token Economy: A Decade Later. Journal of Applied Behaviour
Analysis, 15, 431-445. DOI: 10.1901/jaba.1982.15-431

Kazdin, A., & Bootzin, R. (1972). The Token Economy: An Evaluative Review. Journal of
Applied Behaviour Analysis, 5, 343-372. DOI: 10.1901/jaba.1972.5-343.

Malott & Trojan-Suarez, (2006). Principles of Behaviour. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Matson, J. & Boisjoli (2009). The token economy for children with intellectual disability and/or
autism: A review. Research in Developmental Disabilities, 30, 240-248.
DOI:10.1016/j.ridd.2008.04.001

Miltenberger, R. (2008). Behaviour Modification. Belmont, CA. Wadsworth Publishing.

Tarbox, R., Ghezzia, P., & Wilson G. (2004). The effects of token reinforcement on attending in
a young child with autism. Behavioural Interventions, 21, 156-164. DOI: 10.1002/bin.213