Anda di halaman 1dari 2

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:

benda: alam,dunia,cakerawala,pohon,orang

perkara: iklim,cahaya,roh,udara,hisapan

konsep: kedamaian,perpindahan,keadilan

Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia,
institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, seperti yang berikut ini:

Berikut dibincangkan secara terperinci golongan kata nama am tersebut:

Kata nama am hidup manusia

Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh
kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:

guru murid

bayi ibu

penoreh jutawan

Kata nama am hidup bukan manusia

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung
makna nama am. Contohnya:
gajah hantu

burung syaitan

pokok bidadari

Kata nama am tak hidup institusi

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi
mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran
perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian. Contohnya:
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam
golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, tetapi
sebaliknya didahului oleh ke dan dari.Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya
tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya
dan tidak dapat dibilang. Contohnya adalah seperti yang berikut:

roh ketibaan

hawa kemunculan

iklim ajaran

kecantikan ganjaran

keadilan kehendak