Anda di halaman 1dari 2

NAMA :___________________________

TINGKATAN:________________________

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)


PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2017
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
1 jam 30 minit

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

........................... ............................. ................................


(MAZNITA BT.MAT RABI) (NOR SHAFIYAH BT MOHD SUIB)

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan menabung dalam
kalangan masyarakat dan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam soal duit, istilah cukup tidak pernah wujud dalam kamus hidup biarpun pendapatan mencecah
lima angka. Kata orang semakin besar periuk semakin besar keraknya. Tabiat berbelanja memang sukar dikikis
atau dikawal kecuali dengan satu-satunya alternatif, iaitu menabung. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan
menabung bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan. Hal ini demikian kerana, menabung memerlukan
kecekalan hati dan motivasi diri yang tinggi selain ilmu yang betul mengenai kepentingan amalan ini bagi
setiap individu.
Kesedaran menabung dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah terutamanya golongan muda.
Dengan menabung, seseorang dapat membuat perancangan hidup untuk masa hadapan. Sikap menabung akan
dapat memenuhi impian seseorang untuk membeli harta yang diimpikan. Terdapat ramai orang yang menabung
untuk bekalan hari tua. Kebanyakan mereka yang menabung memperuntukkan sebahagian pendapatan mereka
untuk ditabung bagi menjamin keselesaan hidup selepas bersara.
Apabila seseorang berpeluang membuat tabungan, bermakna mereka juga mempersiapkan diri untuk
menghadapi pelbagai kemungkinan sama ada kecelakaan atau masalah kewangan. Sikap beringat sebelum kena
akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung seperti mengalami kebakaran atau ditimpa musibah. Amalan
menabung juga berkait rapat dengan sikap berjimat cermat seperti yang dituntut oleh semua agama. Hal ini
demikian kerana, menabung dapat mengelakkan seseorang daripada bersikap suka membazir. Dalam situasi
ekonomi yang agak suram ini, jika dibuang kerja atau dipotong gaji, inilah waktunya tabungan yang dibuat
selama ini dimanfaatkan. Tabungan ini boleh dijadikan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan atau
sebagainya sebelum mendapat kerja baharu.
Oleh itu, seseorang haruslah berbelanja dengan berhemat supaya dapat membuat simpanan untuk masa
hadapan. Namun begitu, diakui memang sukar untuk menabung dengan adanya pelbagai barangan menarik dan
jualan murah di sana sini. Jadi, cara terbaik adalah dengan mengawal nafsu dan keinginan berbelanja.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Belajar Menabung',


Berita Harian, Mei 2009)

1
Soalan 2 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) dalam
(ii) sedalam
(iii) pedalaman
(iv) pendalaman
(v) kedalaman
(vi) mendalami

(b) Nyatakan jenis ayat pada setiap ayat yang diberikan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah atau ayat seruan.

(i) Janganlah kamu mengambil harta anak yatim.


(ii) Syabas, Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya mengalahkan Lin Dan!
(iii) Bagaimanakah masalah gejala buli dapat dibendung dalam kalangan murid-murid hari ini?
(iv) Berhati-hatilah ketika melalui jalan raya yang licin dan berliku-liku itu.
(v) Sila berkumpul di dewan untuk sesi penggambaran beramai-ramai.
(vi) Kebakaran itu berpunca daripada kebocoran gas memasak di Restoran Salami.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Kartunis muda yang terkenal itu mempunyai kemahiran lukisan portrait.
(ii) Pengalaman pahet semasa zaman kedudukan Jepun masih segar dalam ingatan Pak Salim.
(iii) Tugas-tugas mengcat banggunan telah dibereskan oleh pekerja-pekerja asing itu semalam.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Nenek sedang menyulam tikar mengkuang di anjung rumahnya demi dihiadahi kepada anaknya.
(ii) Di waktu petang, ibu merenjis pokok-pokok bunga di halaman rmuah selepas pulang daripada
kerja.
(iii) Penari yang sedang menari dengan lemah longlai itu adalah kakak saya.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam ayat tersebut.

(i) Persahabatan antara Lai Weng dengan Paul Raj sangat rapat sejak mereka kecil lagi.
(ii) Apabila kawasan perumahan itu dibuka, tiba-tiba saja gerai penjaja muncul dengan banyaknya.
(iii) Ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku yang baik jika hendak membentuk anak-anak menjadi
anak-anak yang berbudi pekerti mulia kerana tingkah laku mereka akan menjadi ikutan anak-
anak.