Anda di halaman 1dari 3

TUGAS DAN PERANAN KETUA WARDEN & WARDEN

 Ketua Warden/Ketua Guru Asrama

1. Mewakili Pengetua dalam hal-hal pentadbiran asrama selepas waktu pejabat.

2. Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Maktab.

3. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM)

4. Menyelia tugas warden.

5. Menyediakan jadual tugas harian dan mingguan warden.

6. Memeriksa laporan harian warden bertugas dan mengambil tindakan yang sesuai.

7. Mengadakan mesyuarat dengan warden sekurang-kurangnya sebulan sekali. Salinan minit mesyuarat tersebut hendaklah

disampaikan kepada pihak Pengetua.

8. Bertanggungjawab terhadap semua hal kebajikan pelajar di asrama.

9. Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diarahkan oleh pihak Pengetua/ Penolong Pengetua dari semasa ke semasa.

 Warden/ Guru Asrama

1. Menguruskan penempatan pelajar baru ke asrama.

2. Memastikan jadual waktu harian pelajar dipatuhi.

3. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan dari segi menu, kebersihan, kualiti, kuantiti dan spesifikasi.

4. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dipatuhi oleh pelajar.

5. Mengawasi keluar masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa tertentu.

6. Melaksanakan kegiatan yang sesuai untuk perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sosial yang sihat dikalangan pelajar

di asrama.

7. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi pelajar yang sakit.

8. Membantu mengelola latihan kebakaran di asrama.

9. Mengawas keselamatan diri dan harta benda pelajar di asrama.

10. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Ketua Warden.

11. Mengadakan gotong-royong membersihkan asrama

JAWATANKUASA PENTADBIRAN ASRAMA

 BIRO KEBAJIKAN

1. Membantu pelajar hidup selesa dan harmonis.

2. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan bermasalah.

3. Mengurus dan menjaga bilik utiliti dan melaporkan segala kerosakan kepada pihak pengurusan asrama.
4. Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu

5. Membantu pengurusan asrama menyalurkan kemudahan di asrama.

6. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan penghuni di asrama.

7. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada pengurusan asrama.

 BIRO DISIPLIN DAN KESELAMATAN

1. Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan asrama.

2. Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah masalah disiplin.

3. Membantu warden ketika membuat „morning call‟ dan „roll call‟

4. Membantu warden ketika pemeriksaan asrama dijalankan.

5. Bekerjasama dengan warden ketika latihan kebakaran diadakan.

6. Mengawasi penggunaan peralatan elektrik bagi mencegah kemalangan.

7. Membuat laporan kepada guru asrama mengenai masalah disiplin.

8. Memaklumkan kepada pelajar tentang arahan warden dari semasa ke semasa

 BIRO KEROHANIAN

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan kelulusan pihak pengurusan asrama.

2. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di surau dan Solat Jumaat bagi pelajar lelaki.

3. Memastikan aktiviti kerohanian di asrama berjalan dengan lancar

4. Membantu warden untuk membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia.

5. Memastikan ikatan persaudaraan/ukhuwah sesama pelajar terjalin dengan baik.

6. Membuat laporan sahsiah pelajar kepada warden secara berkala.

7. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalam penghayatan agama.

8. Bekerjasama dengan unit lain di maktab dalam melaksanakan aktiviti kerohanian.

 BIRO MAKANAN

1. Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi.

2. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan.

3. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti & kuantiti makanan kepada pihak pengurusan asrama.

4. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai.

5. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pengurusan dewan makan.


6. Memastikan dewan makan dan peralatan makanan adalah bersih dan melaporkan sekiranya tahap kebersihan

tidak memuaskan kepada pihak pengurusan asrama.

 BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

1. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan.

2. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan di bilik, bilik air & tandas, bilik utiliti dan

persekitaran asrama.

3. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan kepada warden.

4. Bekerjasama dengan pihak pekerja kebersihan asrama.

5. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.

 BIRO SUKAN

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan/riadah dengan kelulusan pihak pengurusan asrama.

2. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan

3. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar.

4. Memastikan keadaan gelanggang/padang dan peralatan selamat untuk digunakan.

5. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu.

6. Menguruskan rekod keluar masuk/pinjaman alatan sukan di asrama.

 BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

Melaksanakan program yang memerlukan tindakan segera seperti:-

1. Gotong-royong perdana sempena program tertentu.

2. Mengadakan jamuan asrama.

3. Menganjurkan program kebudayaan dan kesenian.\

4. Demonstrasi pengurusan diri, pakaian, bilik, katil dan almari.

5. Hari Terbuka (lawatan ke asrama)

6. Memungut derma sempena program tertentu.

7. Lain-lain program yang berkaitan.

Beri Nilai