Anda di halaman 1dari 7

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus


yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti
yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan


demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan


imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu
tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di
jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan


menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas


5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

 Demam panas
 Sakit kepala
 Sakit tulang belakang
 Sakit sendi-sendi
 Loya dan muntah-muntah
 Sakit biji mata
 Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak
mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa


atau demam denggi berdarah yang boleh membawa
maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas


dan juga pendarahan seperti:

 Mudah lebam
 Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
 Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan
yang juga membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit


yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-
gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan
segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan
dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air.
Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki
menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam
denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam


denggi :

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk


o Membuang bekas yang boleh menakung air

o Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan

seharusnya ditutup
o Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan

dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu


sekali
o Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

o Membela ikan di dalam kolam ikan untuk

mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh
nyamuk
3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk
mengelakkan gigitan nyamuk seperti
o Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

o Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota

terdedah kepada gigitan nyamuk


o Memakai baju berwarna cerah dan berlengan

panjang dan seluar panjang sewaktu keluar


rumah
o Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat
nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh


manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari
tahap sederhana (mild) kepada yang boleh
menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas.


Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih
berisiko:

o Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti


fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli
sukan, tentera, polis dan lain-lain.
o Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas
mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding
dengan mereka yang lebih muda).
o Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
o Penghidap penyakit sistem pernafasan.
o Penghidap penyakit darah tinggi, jantung,
kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian
yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar
daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
o Gejala cuaca panas melampau adalah :

 Sakit kepala
 Keletihan

 Lemah tumpuan

 Pening

 Lemah otot–otot atau kekejangan

 Mual dan muntah

4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan


dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak
sedarkan diri (koma).
o Cara mencegah atau mengurangkan kesan

terhadap kesihatan akibat cuaca panas


melampau:

4.1 Anda Perlu :

 Minum air kosong dengan banyak tanpa


mengira tahap aktiviti fizikal yang anda
lakukan. Jangan tunggu sehingga anda
dahaga.
 Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu
berada di dalam rumah/bangunan
 Hadkan aktiviti luar
 Kerap berehat
 Mandi atau gunakan kipas angin untuk
menyejukkan tubuh badan anda
 Pakai pakaian yang ringan, berwarna-
terang dan longgar.
 Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

 Minum minuman yang mengandungi kafein,


alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
 Membiarkan seseorang di dalam kereta
yang tertutup.
 Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah


berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di
bawah;

o Keluar dari kawasan yang panas


o Tanggalkan pakaian yang ketat
o Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
o Gunakan kipas untuk sejukkan badan
o Minum air setiap 15 minit
o Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat
dikawal
INFO DENGGI

MAKANAN SEGERA

Anda mungkin juga menyukai