Anda di halaman 1dari 5

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah
hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang
tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak
tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.
Proses Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon
dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal.
Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan
haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Proses kesan rumah hijau

1.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan

2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global

3. berlakunya kenaikan aras laut

4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air

5. peluasan kawasan gurun

6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis

7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat

8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.


Kesan Rumah Hijau Kepada Dunia

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan
rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan
kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih
teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di
kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras
laut.

Kesan rumah hijau kepada dunia

(a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan

(b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.

(c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana
tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.
Punca Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia.
Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang
membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir
juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan
berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada
kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan
penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan
pemanasan global ini.

Punca Kesan rumah hijau:

1. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan

2. banyak asap dari kereta atau kenderaan

3. banyak asap dari kilang

4. pembakaran bahan api fosil berlebihan

5. kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan

6. penggunaan petrol berplumbum yang banyak

7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.

8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.


Kaedah Mengurangkan Kesan Rumah Hijau

Antara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga.
Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan
pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.

Langkah Mengurangkan Kesan Rumah Hijau

1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.

2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam


sekitar.

3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.

4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum

5. memasang alat penapis asap kilang

6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator

7. berkongsi kereta

8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai

9. menjalankan R&D

Anda mungkin juga menyukai