Anda di halaman 1dari 3

ULASAN BUKU NOVEL INTERLOK

Interlok berlatarbelakangkan sebuah kampung di Tanah Melayu waktu pra-

kemerdekaan. Dalam masa ini, perpaduan atau pertautan antara rakyat sangat

penting untuk mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk membangunkan

negara. Ketiga-tiga kaum ini berusaha untuk menjalani hidup bersama sebagai

rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat. Novel ini mempunyai empat bab utama

keluarga Seman, keluarga Cing Huat, keluarga Maniam. Tiga bab teratas

menceritakan corak/gaya hidup kesemua keluarga dan berkembang dalam pelbagai

rentasan zaman. Bab keluarga Seman menggambarkan cara hidup tradisi keluarga

Melayu yang sentiasa mahu jadi tuan tanpa memikirkan kesan jangka panjang

sehinggakan sanggup berhutang keliling pinggang, biar papa asal bergaya, rajin

berkerja tetapi takut untuk menerima perubahan dan menghadapi cabaran besar

seperti dalam bidang pendidikan. Lemah lembut dan bangsa yang berbudi pekerti

tetapi adakalanya sampai membiarkan diri dipijak orang. Ayah Seman, Pak Musa

yang membeli tanah-tanah di kampong Nyiur Chondong sebagai proksi kepada Cing

Huat Si Cina Panjang. Kemudian dia sakit batuk-batuk dan meninggal dunia.

Seman, anak Pak Musa mewarisi harta yang disangka miliknya, namun hakikatnya

kesemua harta adalah milik Cina Panjang dek kealpaan Pak Musa yang membeli

tanah-tanah di kampong Nyiur Chondong sebagai proksi kepada Cing Huat Si Cina

Panjang. Setelah kematian Pak Musa, Seman dan ibunya jadi pengemis dan

merempat di tanah air sendiri, dihalau begitu sahaja oleh Cina Panjang. Seman yang

baru menyedari kekayaan yang dimilki oleh keluarganya hanyalah ilusi. Tiba-tiba

diberitahu dia tidak berharta setelah ayahnya meninggal dunia dan kerana kejahilan

tentang pentingnya pendidikan, Seman dihalang ke sekolah. Maka, itulah Seman,


miskin, tidak berpelajaran dan merempat di tanah sendiri. Seman dan ibunya Limah

dihalau oleh Cina Panjang kerana mereka tidak berharta.

Bab Keluarga Cing Huat mendedahkan kita pada sikap orang Cina yang memang

berbakat dalam bidang perniagaan dan pentingkan pendidikan. Bercita-cita tinggi

dan penuh dengan muslihat. Namun, mereka sangat pentingkan ikatan

kekeluargaan dan percaya pada semangat nenek moyang. Cing Huat mengikut

ayahnya datang ke Tanah Melayu pada usianya 10 tahun. Ayahnya berkawin lagi.

Ibu Cing Huat mati di Tanah Besar. Ayah Cing Huat pula mati akibat terikut tabiat

isterinya Mei Hwa. Mei Hwa bunuh diri. Cing Huat mewarisi perniagaan ayahnya di

kampung. Cing Huat yang datangnya dari tanah besar Cina dengan semangat

membara yang ingin lari daripada kemiskinan yang menjerut hidup keluarganya dan

hasil daripada kecekalan serta tipu muslihatnya, dia berjaya di Rantau Selatan.

Maka itulah Cing Huat, cekal, licik dan kaya. lalu bernafas hasil dari kecekalan

melawan tipu muslihat. Maka itulah Cing Huat, cekal, licik dan kaya di tanah orang.

Dia berkahwin dan mendapat 4 orang anak. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Anak lelaki sulungnya, Yew Hock membantu ayahnya berniaga. Dia digambarkan

anak yang menurut perintah ayah. Anak lelaki keduanya – Yew Seng rapat dengan

orang Melayu di kampung. Dia dihalau oleh ayahnya dari rumah.

Bab Keluarga Maniam, Maniam ditipu hidup-hidup oleh bangsanya sendiri bahkan

terus menerus menjadi mangsa keadaan. Kehidupan Maniam mencerminkan

kehidupan orang India yang bekerja di ladang getah. Rela menjadi hamba kerana

sedar merantau di negeri orang. Berpegang teguh pada janji dan jujur. Keras hati

dan cepat mempercayai orang lain. Maniam yang datangnya dari Kerala, setelah

mendengar kisah satu tempat bahawa apa sahaja yang dipegang boleh menjadi

duit, dengan tekad Maniam terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya dan mencuba
apa sahaja. Setelah beberapa lama di Tanah Melayu, kedengaran isterinya di Kerala

berkahwin dengan lelaki lain. Maka itulah Maniam, kecewa, pelarian perasaan, di

tanah orang. Maniam datang ke Tanah Melayu dan menjadi kuli di kebun getah. Dia

terpaksa meninggalkan isterinya di India. Di sini, dia berkahwin lagi apabila ada

kawan yang menyampaikan berita bahawa isterinya di kampung telah meninggal

dunia. kebahagian perkahwinan Maniam dengan Malini berakhir apabila Suppiah,

kawan sekampung memberitahu Mariama, pekerja yang mulutnya celupar itu

mengenai latar belakang Maniam di kampung Maniam dihalau oleh menantunya

Perumal dari Kebun Kelapa. Nasib malang Maniam dibela oleh Musa, ayah Seman.

Maniam juga menyerlahkan sikap kenang budi yang begitu tinggi sehingga layak

menobatkan dirinya sebagai lambang satu bangsa yang punyai sifat terpuji, iaitu

sedar diri dan tahu menghargai! Bab keempat, Interlok, menemukan dan

menggabungkan ketiga-tiga keluarga dalam satu situasi yang tidak dijangkakan.

Daripada cerita bab empat ini didapati bahawa ketiga-tiga bangsa ini sebenarnya

saling memerlukan. Kerjasama ketiga-tiga kaum dijelmakan lewat akhir-akhir plot

penceritaan, khasnya saat Tanah Melayu di dalam kancah peperangan Dunia

Kedua, juga bagaimana bergelutnya anak Melayu mengejar kemerdekaan dan ia

memerlukan sokongan semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai