Anda di halaman 1dari 1

6.

0 PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK FIZIK

6.1 Senarai Amali Fizik Tingkatan 4 dan 5 pada halaman 14 hingga 17 boleh
dilaksanakan untuk tujuan penskoran.
6.2 Setiap amali yang dijalankan perlu merujuk buku amali dan buku teks Fizik
Tingkatan 4 dan 5.
6.3 Terdapat dua kategori amali:
(a) Kategori A - Amali dengan hipotesis
(b) Kategori B – Amali tanpa hipotesis
6.4 Pentaksiran dijalankan semasa PdP dengan sekurang-kurangnya:
(a) 10 amali dipilih daripada Tingkatan 4 bermula April hingga Oktober 2018.
i. 6 amali Kategori A
ii. 4 amali Kategori B
(b) 5 amali dipilih daripada tajuk Tingkatan 5 bermula Januari hingga Ogos
2019.
i. 2 amali Kategori A
ii. 3 amali Kategori B
6.5 Pentaksiran Kemahiran Sikap Saintifik dan Nilai Saintifik boleh dilakukan
serentak dengan mana-mana pentaksiran kemahiran yang lain.
6.6 Amali boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan (tidak
melebihi 4 orang)*
Penskoran dinilai secara individu.
6.7 Laporan amali ditulis secara individu dalam helaian kertas / buku dan perlu
dihantar kepada guru untuk diberi penskoran.

* Catatan: Sekiranya bilangan bahan dan radas di sekolah tidak mencukupi, bilangan ahli
dalam kumpulan boleh ditambah.