Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

SPP 3094 : PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

NAMA Zulfitri bin abdul gani


NO MATRIK J03SPP17F003
DEFINISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PEKERJA

a) Definisi latihan

Latihan merupakan satu program yang dibentuk untuk meningkatkan kemahiran,


pengetahuan dan keupayaan pekerja untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa.
Pembangunan pula ialah program berterusan yang bertujuan untuk membangunkan
kerjaya pekerja dalam organisasi pada masa hadapan.

b) Definisi pembangunan pekerja


Menurut Truelove (1995), pembangunan adalah proses dimana individu itu belajar
melalui pengalaman untuk menjadi lebih mahir. Motifnya adalah untuk menggunakan
kemahiran dan pengetahuan yang telah diberikan dalam latihan-bukan setakat
prestasi semasa malah prestasi masa depan. Ia melibatkan konsep perkembangan
psikologi, tahap kematangan dan menambahkan keyakinan diri.
Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) pula, pembangunan adalah merujuk kepada
penambahan keupayaan pekerja dalam mempertingkatkan kerjaya di masa hadapan
dengan menekankan keyakinan diri dan kemahiran membuat keputusan. Manakala
menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission
) pembangunan boleh didefinasikan seperti berikut:
"perkembangan atau realisasi keupayaan seseorang, melalui pembelajaran sedar
atau tidak sedar. Program pembangunan selalunya meliputi elemen pembelajaran
terancang dan pengalaman, and selalunya disokong oleh seorang pengajar atau guru
kaunseling"
Secara tradisinya, pekerja tingkat rendah "dilatih", sementara pekerja tingkat atas
"dibangunkan". Perbezaan ini, yang memusatkan pada pembelajaran kemahiran
menggunakan tangan dibandingkan dengan kemahiran antara perorangan dan
pembuatan keputusan.
Latihan dan pembangunan adalah bidang yang khusus untuk membantu pihak
pengurusan. Program latihan dan pembangunan keseluruhanya adalah bidang yang
rumit dan kompleks. Dalam organisasi yang kecil, latihan dan pembangunan boleh
menjadi mudah, cuma arahan dari penyelia organisasi. Dalam keadaan yang
sebaliknya organisasi tersebut mungkin mempunyai pusat latihannya sendiri seperti
Universiti Motorola yang dioperasikan oleh Motorola, Inc.
PERBEZAAN ANTARA LATIHAN & PEMBANGUNAN PEKERJA :

Pekerja Latihan Pembangunan


Fokus Pekerjaan semasa Pekerjaan masa
hadapan
Skop Individu Kumpulan pekerja
Jangka masa Jangka pendek- Jangka panjang-masa
semasa hadapan
Matlamat Meningkatkan meningkatkan
prestasi kerja semasa prestasi kerjaya

KEPENTINGAN LATIHAN & PEMBANGUNAN PEKERJA:


1. Meningkatkan produktiviti pekerja
2. Meningkatkan kualiti produk
3. Menjimatkan kos dan perbelanjaan penyelenggaraan apabila
kecekapan ditingkatkan dan kurang kesilapan
4. Meningkatkan motivasi dan kepuasan pekerja
5. Mendedahkan pekerja kepada pengetahuan dan perkembangan
teknologi semasa

JENIS-JENIS LATIHAN

1. Latihan semasa bekerja


2. Latihan bersama jurulatih
3. Latihan luar masa kerja
4. Pembelajaran tindakan

Anda mungkin juga menyukai