Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 3

Masyarakat sering digemparkan oleh berita kehilangan, penculikan dan pembunuhan kanak-kanak. Sehubungan
dengan itu, keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.

PENDAHULUAN

1. Pada hari ini isu kehilangan, penculikan dan pembunuhan kanak-kanak selalu
diperkatakan.
2. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat sering digemparkan oleh berita kehilangan,
penculikan dan pembunuhan kanak-kanak.
3. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat.
4. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat?
5. Oleh itu, marilah kita membincangkan peranan ahli keluarga dalam menjamin
keselamatan anak-anak.

ISI PERTAMA

1. Sesungguhnya. peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak yang


pertama ialah ibu bapa sentiasa mengawasi keselamatan anak-anak mereka.

2. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa akan mengetahui pergerakan anak-anak mereka
pada setiap masa.

3. Sebagai contoh, anak-anak yang masih kecil sentiasa ditemani oleh ibu bapa ketika
bermain di taman permainan.

4. Oleh itu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin.

5. Jelaslah, ibu bapa yang sentiasa mengawasi keselamatan anak-anak mereka akan
menjamin keselamatan anak-anak.

ISI KEDUA

6. Seterusnya, peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak yang kedua
ialah ibu bapa dan ahli keluarga yang lain memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
7. Hal ini dikatakan demikian kerana, kasih sayang keluarga menyebabkan anak-anak gembira
berada di samping ahli keluarga.

8. Sebagai contoh, anak-anak suka beriadah bersama-sama ahli keluarga sendiri berbanding
orang lain.

9. Oleh itu, keluarga dapat mewujudkan anak-anak yang mengutamakan keluarga.

10. Benarlah, ibu bapa dan ahli keluarga yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak
dapat menjamin keselamatan anak-anak.

ISI KETIGA

11. Selain itu, peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak yang ketiga ialah
ibu bapa memberi didikan awal tentang cara-cara menjaga keselamatan diri kepada
anak-anak.
12. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan awal tentang cara-cara menjaga keselamatan
diri kepada anak-anak membolehkan anak-anak menyelamatkan diri.

13. Sebagai contoh, anak-anak diajar menjerit meminta pertolonagan apabila diganggu oleh
orang yang tidak dikenali.
14. Oleh itu, keluarga dapat melahirkan anak-anak yang sentiasa berwaspada pada setiap
masa.

15. Tegasnya, ibu bapa yang memberi didikan awal tentang cara-cara menjaga keselamatan
diri kepada anak-anak akan menjamin keselamatan anak-anak.

ISI KEEMPAT

16. Realitinya, peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak yang keempat
ialah ibu bapa menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak.

17. Hal ini dikatakan demikian kerana peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa akan
mengelakkan anak-anak terdedah kepada ancaman penjahat.

18. Sebagai contoh, ibu bapa melarang anak-anak menumpang kenderaan yang dipandu oleh
orang yang tidak dikenali.

19. Oleh itu, keluarga dapat mewujudkan/melahirkan ahli keluarga yang bertanggungjawab.

20. Jelaslah bahawa, peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa dapat menjamin
keselamatan anak-anak.

PENUTUP

21. Kesimpulannya, keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan


anak-anak terjamin.

22. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama menyokong usaha ini.

23. Jika tidak kita akan dipandang rendah.

24. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera.

25. Namun begitu bak kata peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai