Anda di halaman 1dari 4

Lompat Jauh

Posted on October 11, 2009 by faozika


Standard
LOMPAT JAUH
PENGENALAN
► Di kesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu dalam Sukan
Olimpik Kuno di Greece.
► Lompatan sejauh 7.05 meter telah di buat oleh Chionis, peserta
Sparta.
► Lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple
► Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh
sebagai salah satu acara olahraga
GAYA LOMPAT JAUH
FASA LOMPAT JAUH
Fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak

 Fasa lonjakan – melompat dari papan
 Fasa layangan – badan berada di udara
 Fasa pendaratan – ( termasuk pulihan ) sentuhan bahagian badan
dengan tempat mendarat.
FASA PENUJUAN
► Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari
dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan
kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah
langkah pertama dari titik permulaan meestilah bermula dengan kaki
melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk
pelompat novis,17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23
langkah untuk pelompat lelaki pakar.
► Penentuan titik mula
Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda.
Ulang larian dari titik mula ke papan lonjak untuk memastikan kaki lonjak
adalah pada papan lonjak. Jika perlu ubahkan tanda untuk mendapatkan
jarak yang betul
FASA LONJAKAN
► Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan
larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan di rendahkan
sedikit untuk memberikan keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian
badan di tegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
FASA LAYANGAN
► Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan
kederasan. Pelompat mengerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk
gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal
FASA PENDARATAN
► Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki di rapatkan; tangan dan
kaki di gerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan
digerakkan ke belakang dan kemudian kehadapan.
PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH
► Lompat jauh memerlukan peserta berlari dengan pantas dan di susuli
dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi bagi mencapai jarak lompatan
yang maksimum.
► Suatu kajian dalam bidang olahraga
(Gordon, 1975) telah membuktikan bahawa gaya tendang kayuh hanya
berkesan dan sesuai bagi pelompat yang mampu melompat jarak yang
lebih daripada 5 meter.
LATIHAN ANSUR MAJU
1) Menentukan kaki lonjakan
► Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara
berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
2) Latihan lonjakan
► berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak
seberapa tinggi yang boleh
► berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak .
► berlari 3 dan 5 langkah dan melompat
► berlari 3 langkah dan menanduk objek yang di gantungkan
3) Latihan mendarat
► lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan
► lompat( dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau
Peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
► Lompat berdiri melepasi tibunan pasir
(berbeza ketinggian)
4) Mengukur penujuan
► Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan
untuk lonjakan di atas papan lonjak ( hujung kaki sama) dengan sisi papan.
Pelompat mula langkah pertama denan lonjakan dan mengira sehingga 7
langkah dan menandakan titik tersebut.
► Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak
kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama
dengan kaki lonjakan.
► Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
5) Latihan gaya lompatan berbeza
► Berlari 9 langkah dan melompat mengunakan gaya bebas.
► Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (
layar, gantung ,tendang kayuh)
► Berlari dan melompat dari papan anjal mengunakan
Gaya layar

 Gaya tendang kayuh
 Gaya gantung.
PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH(PERATURAN 147)
► Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di
benarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3
lagi lompatan.
► Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6
percubaan di beri.
► Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak

 Melonjak di luar kawasan papan lonjak
 Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat
yang lebih dekat dengan papan lonjakan
 Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik
pendaratan
PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH
CARA MEGUKUR JARAK (PERATURAN 145)
► Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan
lonjakan yang terdekat dengan kawasan
► Merekod kepada meter terdekat iaitu0.01 m di bawah ketinggian yang
di ukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1cm diabaikan

Anda mungkin juga menyukai