Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN TEMUBUAL PERLAKSANAAN ADAT PERKAHWINAN SALAH SATU

KUMPULAN ETNIK DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Saya telah menemubual seorang responden saya ialah Ustaz Rizki Farouq Bin Idris.
Beliau berbangsa melayu dan berasal dari Sarawak. Menurut beliau di dalam adat
perkahwinan di Sarawak ada beberapa langkah serta peringkat di dalam pelaksanaan
perkahwinan. Agama Islam telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu
Sarawak terutamanya aspek kebudayaan dan kesenian. Bagi aspek kepercayaan, agama
Islam telah banyak mengubah kepercayaan masyarakat Melayu terdahulu daripada
kepercayaan hindu kepada cara hidup berlandaskan Islam. Begitu juga dengan adat resam
perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam. Perkahwinan dalam masyarakat
Melayu Sarawak mempunyai banyak persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat
Melayu di semenanjung. Polarisasi bermaksud sikap perkauman yang menjadi asas
masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di negara ini. Unsur-
unsur perkauman ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan kesanggupan bagi mencapai
integrasi nasional. Maka adakah kekuatan adat dalam perkahwinan mampu memecahkan
polarisasi. Justeru melalui temubual ringkas ini saya akan menerangkan sejauhmana
amalan dalam adat perkahwinan itu mempengaruhi sosiobudaya di Malaysia.

2.0 PROTOKOL PERKAHWINAN

2.1 NGANGIN

Di dalam perkahwinan kaum melayu di Sarawak, peringkat dalam nikah terdiri daripada
nikah wena, nikah ngekot, nikah nyerah dirik. Namun begitu sebelum pernikahan beberapa
peringkat perlu dijalani antaranya ialah adat merasi, adat ngangin adat bertekol dan adat
mereya.Pada zaman dahulu, kebiasaannya orang tua akan meminta khidmat pencari jodoh
untuk mencari calon yang sesuai sebagai menantu mereka tetapi sesuai dengan
perkembangan waktu, kebanyakan pemuda pemudi sekarang lebih gemar mencari jodoh
sendiri dan ramai ibu bapa lebih suka anak-anak mereka menentukan pasangan sendiri.
Apabila sudah ada calon isteri dan kata persetujuan untuk berkahwin sudah selaras
daripada uda dan dara maka seterusnya adat Ngangin akan mengikuti. Adat ngangin ini
boleh diistilahkan sebagai pergi bertandang secara formal ke rumah keluarga bakal
pengantin perempuan. Adat ini amat penting kerana disinilah pihak keluarga pengantin lelaki
akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga bakal pengantin perempuan atau
dalam istilah bahasa melayu Sarawak “kerisik kerimun”.

1
Dengan ini bukan sahaja masyarakat Melayu malahan masyarakat lain seperti Cina, India
dan peribumi juga dapat mengetahui adat merasi ini dan melalui kajian ini juga pihak-pihak
yang terlibat dapat membuka mata semua pihak dalam memahami dan mengetahui tentang
budaya masyarakat lain dan bukan hanya tertumpu kepada masyarakat sendiri sahaja dan
dengan ini negara kita dapat merealisasikan pembentukan 1 Malaysia. Sudah menjadi
kebiasaan bagi pihak perempuan untuk meminta tempoh bagi membuat persetujuan. Ini
kerana banyak hal harus diambilkira dan tidak perlu terlalu tergesa-gesa.

2.2 ADAT BERTEKUL

Adat Bertekul hanya boleh diadakan setelah kata sepakat diambil iaitu seseorang
perempuan bersetuju untuk dijodohkan dengan lelaki pilihan. Kebiasaannya di dalam adat
ini pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin emas atau berlian sebagai tanda bahawa
majlis pertunangan secara rasmi akan berlangsung. Di dalam ertikata bahasa moden
sekarang kira-kiranya sudah kena “booked”. Adat bertekol kebiasaannya tidak diadakan
secara besar-besaran dan cukuplah disaksikan oleh keluarga terdekat kedua belah pihak
sahaja dan biasanya ia tidak secara formal. Ini kerana sewaktu adat bertekol ini berjalanlah
kedua pihak keluarga akan membuat perundingan bilakah tarikh yang sesuai untuk
mengadakan adat Mereya.

2.3 ADAT MEREYA

Sesuai dengan zaman yang beredar sekarang, ramai daripada keluarga Melayu Sarawak
lebih memilih untuk tidak mengadakan adat bertekol tetapi sebaliknya terus kepada adat
mereya atau adat bertunan. Adat Mereya boleh diistilahkan sebagai satu majlis yang
diadakan secara besar-besaran ataupun sederhana di kediaman keluarga pihak
perempuan. Ianya adalah satu majlis pertunangan secara rasmi untuk pasangan lelaki dan
perempuan. Di dalam adat mereya ini, pelbagai hantaran seperti cincin tunang, persalinan,
kasut, beg tangan dan lain-lain akan dibawa oleh pihak rombongan lelaki ke kediaman pihak
perempuan dan pihak perempuan akan membalas hantaran tersebut juga berdasarkan
persetujuan kedua belah pihak.

2
2.4 LANGKAH BATANG

Sesuatu yang unik di dalam adat mereya ini adalah sekiranya perempuan yang ditunangkan
itu mempunyai kakak yang masih lagi belum berkahwin maka sebentuk cincin hendaklah
diberikan kepada kakaknya dan ini dipanggil “Langkah Batang”. Apabila selesai adat mereya
ini maka sahlah pasangan ini menjadi tunangan orang dan mulai sekarang akan mulalah
mengatur acara untuk membuat persediaan bagi menempuh alam perkahwinan pula. Di
Sarawak, apabila pasangan itu sudah bertunang maka setiap tunangan perempuan akan
menerima belanja bertunang. Ianya seperti belanja bulanan untuk tunangannya dan
jumlahnya juga terpulang kepada persetujuan kedua belah pihak. Sejajar dengan waktu
juga, belanja pertunangan ini kebiasaannya akan disimpan oleh tunangan perempuan
sebagai tabungan untuk majlis perkahwinan kelak.

Antaranya adalah jenis nikah yang boleh diistilahkan sebagai nikah paling bermaruah bagi
pasangan pengantin. Ini kerana di dalam Nikah Benar ini segala proses adat semuanya
digunapakai ertinya melalui proses-proses yang direstui di dalam masyarakat Melayu
Sarawak. Perkahwinan yang mengikut adat inilah biasanya yang akan diraikan secara
besar-besaran mengikut kemampuan keluarga pasangan pengantin. Nikah Nyerah Diri pula
berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana keinginannya untuk
berkahwin dengan perempuan pilihannya tetapi lelaki tersebut tidak mempunyai wang untuk
menanggung perbelanjaan perkahwinan. Kebiasaannya ini terjadi apabila perempuan yang
dicintai adalah dari golongan berada dan lelaki pula daripada yang tidak berkemampuan.

3.0 ADAT DAN KEPERCAYAAN

3.1 Nikah ngekot

Mengikut adat komuniti Melayu Sarawak selagi yang perempuan bukanlah kepunyaan
sesiapa maksudnya dia bukan tunangan atau isteri orang lain maka keluarga perempuan
harus menikahkan pasangan ini. Ini kerana ianya melibatkan maruah keluarga perempuan
itu sendiri dan kebiasaannya majlis perkahwinan untuk Nyerah Diri ini juga hanya dilakukan
kecil-kecilan si sebelah perempuan sahaja. Ngekot pula boleh diistilahkan apabila seorang
perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki. Kebiasaannya hal ini terjadi apabila
keluarga perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anak mereka. Keluarga lelaki
wajib mengahwinkan mereka dan kebiasaannya upacara perkahwinan akan diadakan
mengikut kemampuan keluarga lelaki tersebut. Dan kebiasaannya majlis perkahwinan Nikah
Ngekot hanya diadakan di sebelah lelaki sahaja.

3
3.2 Menghalau hantu

Dalam upacara perkahwinan, pengantin akan diiringi hadrah dan paluan kompang. Bagi
memeriahkan suasana, hadrah dan paluan kompang pihak pengantin lelaki akan berlawan
bunyi dengan hadrah dan paluan kompang pihak pengantin perempuan. Semasa acara ini,
pihak pengantin lelaki akan membawa kapak atau beliung. Bagi yang berbangsa ‘Abang’
atau ‘Awang’, mereka membawa pedang yang dibalut dengan kain berwarna kuning.
Beliung dibawa dengan tujuan menghalau kuasa-kuasa jahat seperti hantu yang dikatakan
akan mengganggu majlis dan pengantin. Apabila hantu ‘lari’, barulah pengantin lelaki boleh
masuk ke dalam rumah pengantin perempuan untuk bersanding. Dalam masa ini, pengantin
perempuan hanya menunggu pengantin lelaki di dalam rumah sahaja. Sebelum bersanding,
wakil pengantin lelaki akan bersilat di hadapan rumah pengantin perempuan, dan apabila
pengantin telah duduk di pelamin, upacara menepung tawar akan diadakan. Di dalam
komuniti Melayu Sarawak, jenis-jenis nikahnya akan menentukan situasi adat sebelum
perkahwinan ini digunakan kerana ada sesetengah jenis nikah ini melangkau adat seperti
adat ngangin, adat mereya dan sebagainya. Setelah selesai semua adat barulah terus
kepada pernikahan dan terdapat banyak jenis penikahan.

Untuk majlis perkahwinan pula, ada 5 acara yang harus diikuti mengikut istilah adat
perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. Ianya terbahagi kepada sehari sebelum majlis
persandingan, hari majlis persandingan dan kemudian 3 atau 7 hari selepas perkahwinan.
Sehari sebelum majlis persandingan, akan diadakan majlis akad nikah iaitu majlis ijabkabul
yang akan mengesahkan pasangan pengantin sebagai pasangan suami isteri yang sah
mengikut hukum syarak Islam. Di sebelah malam biasanya akan diadakan majlis berpacar
atau majlis berinei atau berinai. Majlis ini adalah majlis memasang inai di jari pengantin iaitu
salah satu adat simbolik yang menyatakan ini adalah pasangan yang baru berkahwin.
Selepas itu diadakan pula majlis belulut yang mana hanya pengantin perempuan yang akan
mengenakan pelbagai busana tradisional untuk digayakan buat tatapan tetamu yang
datang.

4.0 MAJLIS BERLULUT

Pada majlis berlulut ini juga akan diadakan upacara bersukaria seperti adat bergendang
atau joget lambak mengikut seni warisan masyarakat melayu Sarawak. Sesuai dengan
peredaran zaman, selain daripada bergendang ada juga yang mengadakan majlis
berkaraoke atau tarian kebudayaan untuk memeriahkan suasana malam perkahwinan. Ini
dilakukan bagi mengikat ikatan ukhuwah antara penduduk kampung yang kebiasaannya
akan bergotong royong menyediakan juadah majlis perkahwinan pada keesokan harinya.
Maka kemuncak acara adalah majlis persandingan yang mana pengantin perempuan akan

4
didandan dan dihias oleh mak andam untuk kelihatan cantik dan berseri. Antara pantang
larang sewaktu mak andam mengandam adalah pengantin tidak dibenarkan untuk melihat
cermin kerana dikatakan akan hilang seri pengantin.

5.0 PAKAIAN PERSANDINGAN

Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya
songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan
Gajah Holen iaitu busana pengantin tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula
biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan melayu. Sebelum
rombongan pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin
perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut
dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki.
Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia
menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.

Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai
dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah. Setibanya
di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat
kapak) sebagai pembuka pintu. Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan
didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang
telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana
pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan
jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan
adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua
mempelai. Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah.

6.0 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN

Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali. Pada
sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin
dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan
nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pada
kebiasaannya selepas 3 atau 7 hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke
rumah mentua oleh pengantin perempuan akan dilakukan. Adat ini dikenali sebagai
mengundang menantu. Di dalam majlis ini, ibu mentua dikehendaki untuk menghadiahkan
lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian sebagai simbolik
bahawa pengantin perempuan sudahpun diterima di dalam keluarga dan menunjukkan
kegembiraan keluarga pengantin lelaki mendapat menantu perempuan yang baru.

5
Inilah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak yang masih utuh terpelihara di
dalam masyarakat Melayu. Sejajar dengan zaman moden mungkin ada sesetengah adat
tidak begitu dipraktikkan namun begitu adalah diharap kita sebagai orang Sarawak jangan
sesekali melupakan adat warisan kita ini kerana ianya adalah lambang adat warisan Melayu
yang wajar dilestarikan untuk tatapan anak cucu kita nanti. Menurut beliau, dalam
masyarakat Melayu tradisional Sarawak, sudah menjadi kelaziman pasangan pengantin
akan bertandang ke rumah keluarga terdekat mereka khususnya selepas majlis
perkahwinan dilangsungkan. Bagi pengantin yang baru pertamakali bertandang, mereka
perlu diberikan tepung tawar atau dipanggil ‘pupur’ (bedak biasa) dan minyak wangi. Untuk
tujuan ini, tuan rumah keluarga terdekat akan merenjis tepung tawar sambil berdoa agar
pengantin diberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sekiranya amalan ini tidak
dilaksanakan,keadaan tersebut dikatakan akan ‘tunggal haus’,yakni menyebabkan sesuatu
tidak baik akan berlakukepada tuan rumah atau pengantin itu sendiri. Pengantin yang baru
berkahwin pula tidak dibenarkan keluar melintas ‘seberang laut’ dalam tempoh seminggu
perkahwinan. Konsep ‘seberanglaut’ ini merujuk kepada apa-apa juga perlakuan yang pergi
ke sesuatu tempat melalui sungai mahupun laut. Tujuan petua ini adalah untuk
mengelakkan sebarang kejadian buruk pada ketika baru melangsungkan perkahwinan.Di
samping itu juga petua persediaan untuk pengantin secara khususnya pula melibatkan
bahan-bahan semula jadi untuk pelbagai tujuan dan manfaat kesihatan serta kecantikan.
Misalnya, beras pulut,kunyit, daun pandan dan bunga tanjung akan ditumbuk dan
seterusnya dikasei (dilumur) pada seluruh badan selama tujuh hari. Selain dapat
menghaluskan dan melembutkan kulit, amalan in idipercayai dapat menaikkan seri muka
pengantin.Untuk menaikkan seri wajah juga, pengantin perlu minum air campuran kunyit
dengan sedikit gula. Amalan petua tradisional ini sangat penting dilakukanuntuk memastikan
bakal pengantin kelihatan sihat,bersih dan berseri semasa persandingannya, dan resam ini
masih kekal dilestarikan pada zaman sekarang (Hajah Uni 2008).

6
7.0 PENUTUP

Jelaslah bahawa melalui penghayatan nilai dan budaya adat resam perkahwinan ini boleh
meningkatkan kesedaran agama pentingnya mempertahankan budaya masyarakat kita.
Walaubagaimanapun perbezaan budaya perkahwinan dari satu perkahwinan kaum lain ke
perkahwinan kaum lain namun hal itu bukanlah penghalang dalam mewujudkan bangsa
melaysia yang bersatu padu. Justeru setiap individu perlu tahu budaya masyarakat masing
masing agar adat ini tidak akan mati ditelan zaman. Sebagai bakal guru perlu untuk kita
memahami budaya sendiri dan budaya orang lain agar kita dapat menghayatinya di dalam
segenap aspek kehidupan. Walaubagaimanapun dari aspek adat yang bertentangan
dengan agama Islam seharusnya kita elakkan. Melalui adat resam perkahwinan ini juga
mengajar kita bagaimana untuk menghormati kaum yang lebih tua. Di samping itu juga
melalui adat ini mengajar masyarakatnya untuk menjaga perlakuan diri bagi meningkatkan
imej kendiri yang positif sebagai contohnya apabila telah sah menjadi suami isteri, si isteri
haruslah menjaga maruah diri dan juga suami serta menjaga aib suami dan menjaga
perlakuannya sekiranya telah berpindah jauh daripada keluarga. Melalui adat perkahwinan
ini juga menunjukkan masyarakat melayu berpegang pada adat. Anak yang ingin disunting
atau diambil sebagai isteri perlulah melalui proses-proses terlebih dahulu sebelum sah
menjadi isteri. Melalui perkahwinan ini juga masyarakat selain daripada kaum melayu boleh
memahami budaya orang melayu.

7
SUMBER RUJUKAN

A.Aziz Deraman.(2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala


Lumpur:Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abang Yusof Puteh.(2008). Perkahwinan Orang Melayu Sarawak Edisi Kedua. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Amir Hasan Dawi.(2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan.Kuala Lumpur:Quantum


Books.

Asrol Anuar Ramli & Azizan Ismail @ Ariffin (2005). Isu-Isu Budaya dalam Pembangunan
Sosial.Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media: Universiti Utara Malaysia.

Awg Kasmurie Awg Kitot & Arba’iyah Mohd Noor. Pemikiran Abang Yusuf Puteh Terhadap
Budaya Masyarakat Melayu Sarawak.

Hamidah Abdul Wahab. (2013). Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu
Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1), 2013:
89 - 97 Hamida. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/16388458.pdf
pada 28/3/18.

Nurul Azwa Ahmad.(2011). Adat Merasi Dalam Masyarakat Melayu Sarawak Di Kota
Samarahan Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai