Anda di halaman 1dari 8

1) Pendahuluan

Drama adalah kisah yang didramatisasi dan ditulis untuk dipertunjukkan di atas pentas
oleh sejumlah pelakon. Dalam istilah lakonan drama diertikan sebagai ragam kesusasteraan
dalam bentuk teks yang menggunakan bentuk cakapan bertujuan menggambarkan
kehidupan manusia melalui perwatakannya. Sebuah drama dipentaskan di panggung, radio,
televisyen dan filem. Istilah lain bagi drama ialah sandiwara atau tonil. Perkataan drama
berasal dari bahasa Yunani beerti “gerak” dan bukanlah sebarang pergerakan tubuh badan
tetapi gerakan halus yang membawa unsur-unsur keindahan. Jelaslah bahawa drama ialah
gerakan yang berisi tarian,nyanyian, lakonan dan cerita sama ada yang bersifat simbolik
atau jelas (Mana Sikana,1985:1). Menurut Kamaruddin Haji Husin (1988:70), drama adalah
jenis kesusasteraan yang tergolong ke dalam bentuk cereka. Perkataan drama itu
sebenarnya berasal dari Yunani yang bermaksud laku atau perbuatan. Drama ialah sastera
yang dilakonkan di pentas oleh pelakon dan menggambarkan tentang kehidupan
masyarakat melalui aksi dan dialog.

2) Konsep Drama Dalam Pendidikan

Drama dalam pendidikan tidak mementingkan hasil atau persembahan tetapi proses dalam
aktiviti pembelajaran. Dalam bilik darjah biasa, pembelajaran di sekolah biasanya
berpusatkan penambahan fakta atau pengetahuan. Pengajaran bahasa Melayu pula
biasanya lebih berpusatkan guru dan dapat membantu pelajar membentuk pengetahuan
atau perkara yang didedahkan guru pada perspektif baharu (Kao & O’Neill (2000).Drama
membentuk perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang pelajar. Drama sebagai
saluran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Drama memenuhi falsafah pendidikan
negara kerana kanak-kanak yang mengambil bahagian serta meningkatkan intelek melatih
pelajar agar berdisiplin, patuh kepada kumpulan dan mengamalkan sikap menghargai
kebolehan orang lain. Drama dalam Pendidikan bermakna melatih kanak-kanak atau pelajar
dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi
drama.

Drama membantu pelajar mengenal diri mereka dengan lebih jelas,mengenal ruang dan
persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai
aspek. Melalui drama juga, para pelajar lebih tededah kepada pengalaman belajar secara
langsung. ( Bowell & Heap). Melalui aktiviti drama, guru dapat mengajak pelajar menyelami
dunia rekaan di mana pelajar dapat menjana idea sendiri untuk menggerakkan aktiviti
pembelajaran.

1
3) Kepentingan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Drama boleh memupuk kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, bertutur dan
mendengar dengan mewujudkan konteks yang sesuai. Drama merupakan alat pengajaran
bahasa yang kuat yang melibatkan semua pelajar secara interaktif. Drama juga boleh
menyediakan kemudahan untuk menghubungkan emosi dan kognitif pelajar kerana drama
membolehkan pelajar mengambil risiko dengan bahasa dan mengalami hubungan antara
pemikiran dan tindakan. Melalui drama, pelajar dapat mempraktikkan dan mengintegrasikan
kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar. Drama juga memupuk dan
mengekalkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana yang penuh dengan
keseronokan dan hiburan. Dengan berbuat demikian, drama melibatkan perasaan, perhatian
dan memperkayakan pengalaman pelajar.

Desialova (2009) bersetuju bahawa drama mempunyai kelebihan yang jelas dalam
pembelajaran bahasa. Drama menggalakkan pelajar untuk bercakap dan berkomunikasi
walaupun dengan bahasa terhad dan menggunakan komunikasi bukan lisan seperti
pergerakan badan serta ekspresi muka. Menurut Taksonomi Bloom, mencipta ialah aras
tertinggi. Sebelum pelajar boleh mencipta, mereka perlu mengingat, menjelaskan,
menerapkan, menganalisa dan menilai. Oleh itu dengan menulis semula cerita dongeng
Melayu dalam bentuk skrip dan kemudian melakonkannya, pelajar bukan sahaja dapat
mengembangkan kemahiran kognitif tetapi juga kemahiran sosial mereka. Pada masa yang
sama, mereka juga meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa dan kemahiran berfikir
dalam bahasa tersebut.

Melalui drama dapat melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik jeda,
nada, intonasi dan bukan linguistik mimik muka, gerak tangan, kepala dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Aktiviti-aktiviti pembelajaran drama
memperkasakan penguasaan dan kelancaran pertuturan dalam Bahasa Melayu. Pelajar
lebih yakin dalam menggunakan bahasa Melayu. Mereka juga lebih peka pada kekayaan
sastera Melayu. Dengan memberikan mereka autonomi untuk melakonkan skrip mereka
sendiri, pelajar dapat lebih menghayati.

Selain itu, pelajar juga dapat mengalihkan pengalaman belajar melalui penulisan karangan.
Semasa berinteraksi dalam aktiviti drama, pelajar juga terdedah kepada isu-isu yang
autentik dan bukan dalam dunia khayalan. Setiap isu yang diketengahkan dalam tema-tema
pembelajaran di sekolah sama ada melalui buku teks atau soalan-soalan peperiksaan
merupakan isu-isu sebenar. Natijahnya, drama dapat menggalakkan pelajar berfikir secara

2
kritis dalam situasi yang sebenar. Dalam aktiviti pembelajaran melalui drama, para pelajar
akan terdedah kepada peluang untuk menggunakan bahasa yang baik untuk berkomunikasi
dengan rakan-rakan. Selain mengasah minda untuk memikirkan idea-idea untuk
menggerakkan drama tersebut, pelajar harus menuturkan idea-idea tersebut. Secara tidak
langsung, setiap pelajar diberi peluang bersuara semasa aktiviti pembelajaran.

4) LANGKAH-LANGKAH UNTUK PERSIAPAN PEMENTASAN

Teknik lakonan yang baik menurut Konstantin Stanilavski menanggap lakonan merupakan
satu proses mencipta sesuatu. Guru perlulah mengambil kira aspek teknikal yang perlu
diambil kira merangkumi pentas dan penonton seperti set, kostum, rias, pencahayaan dan
lain-lain yang disebut sebagai sinografi. Sinografi melibatkan kostum, tatarias, prop tangan
dan pencahayaan. Ketiga-tiganya diusahakan oleh ketua bahagian yang berbeza iaitu
pereka kostum akan mereka kostum untuk para pelakon, ketua riasakan memberi
penekanan kepada rias para pelakonnya sementara pencahayaan akan dilakukan oleh
lampu penata. Sementara dalam bahagian sinografi yang dibina di atas pentas melibatkan
kerja-kerja pembinaan dan pertukangan yang dilakukan oleh mahir pekerja. Ia termasuk set
dan rekabentuk pentas, kelengkapanpentas dan pencahayaan.

Pencahayaan sangat penting dalam pementasan drama kanak-kanak dan pencahayaan


dan sinografi pada pelakon dan pada pentas adalah sama. Kerjasama antara setiap
bahagian teknikal penting kerana penentuan akan dibuat kepada warna yang digunakan dan
bentuk-bentuk yang sesuai antara satu sama lainsama lain. Contohnya jika kostum yang
dicipta menggambarkan suasana yang menggerunkan maka set yang direka juga
mempunyai rekabentuk ke arah itu . janganlah kalau gambaran di sebuah rumah lama dan
menggunakan, pelakon-pelakon semuanya berpakaian baru yang berwarna-warni dan baru
ditahit. Ertinya ketepatan pada semua aspek yang melibatkan rekabentuk sinografi adalah
penting.

Perhiasan pentas hendaklah bersesuaian dengan drama keadaan yang dipentaskan.


Misalnya drama kanak-kanak haruslah bersesuai dengan tema kanak-kanak yang
menceriakan. Pemilihan warna yang betul pada tetapan adalah perlu. Biasanya dalam
pementasan orang bercakap mengenai harmoni iaitu satu perkara adalah bersesuaian
dengan yang lain sehingga melahirkan satu kesatuan yang jitu. Dari itu,warna yang
dilahirkan juga tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Apa yang dimaksudkan
di sini ialah warna intensiti yang dipilih harus membawa keutamaan yang harmoni sesuai
mengikut tahap umur kanak-kanak.

3
Seterusnya ialah aspek Tata busana atau kostum. Guru haruslah memilih kostum yang
sesuai dengan murid. Kostum yang baik akan dapat menghidupkan perwatakan pelaku,
artinya sebelum dia berdialog kostum yang dikenakan sudah menunjukkan watak yang
dipegang oleh murid. Bahkan kostum dapat menghidupkan sesuatu saling kaitan antara
karakter misalnya watak haiwan seperti buaya, tikus dan ular biasanya saling berkaitan dan
bertemakan hutan rimba. Dengan adanya kostum murid dapat menghayati dan memahami
watak yang sedang dilakonkan oleh mereka. Kostum juga dapat membezakan sesuatu
watak dengan watak yang lain.

Setelah itu murid haruslah Memahami skrip/naskah mengikut arahan yang telah
diberikan oleh guru. Murid harus saling berbincang dan mengemukakan pendapat tentang
naskah dan skrip yang dihasilkan bersama. Keberkesanan sesuatu pementasan bergantung
kepada kebolehan murid untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan dala sesuatu
drama. Bagi membantu penghayatan, membaca sangatlah digalakkan. Guru haruslah
menentukan vokal, intonasi yang sesuai bagi murid. Setelah membaca skrip dan
memahaminya murid akan mengulang latihan dengan cara membaca dialog yang itu-itu juga
secara berulang. Latihan membaca memberi kesempatan kepada murid untuk
memperbetulkan lakonan sebelum sesi pementasan. Warna suara kanak-kanak berbeza
dengan suara orang dewasa dan peranan guru haruslah menitikberatkan pernafasan.
Pernafasan terdiri daripada pernafasan dada, perut, pernafasan lengkap dan pernafasan
diafragma.

Dialog haruslah bersesuaian dengan ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh murid. Dialog
bagi kanak-kanak tidaklah terlampau rumit dan berat serta amat mudah difahami dan jalan
ceritanya haruslah menyampaikan mesej atau nilai moral yang tinggi bagi kanak-kanak.
Seterusnya ialah Blocking latihan pada tahap ini adalah kelanjutan dari latihan dialog, yang
menjadi tugas murid untuk mengembangkanya dibawah bimbingan guru. Murid
mengekspresikan dialognya dengan disertai gerakan dan perpindahan tempat yang akan
dilakukan diatas pentas nanti. Setiap murid harus mengingat dan memantapkan setiap
gerak dan langkah sendiri dan blocking dari lawan mainnya. Bila murid lupa dialaog guru
haruslah sentiasa mengingatkan mereka.

Latihan lanjutan pula memantapkan lagi para pelakon dan kru-kru lainnya. Sampai
tahap ini biasanya guru juga sudah harus mempersiapkan waktu Glagy resik yang
merupakan latihan tahap akhir yang sudah melibatkan seluruh pementasan. Dalam tahap ini
semua pihak khususnya pelakon harus siap sebagaimana mestinya pada saat pagelaran
nanti. Disaat inilah guru berkesempatan untuk menyaksikan hasil kerjanya selama latihan.
Ruang juga sangat penting khas untuk pelakon beraksi di pentas dan menjadi panduan

4
kedudukan pelakon atau blocking kerana ruang juga telah ditetapkan dalam naskhah lakon.
Penggunaan ruang dapat mewujudkan keseimbangan dan pelakon atau murid tidak hanya
terkumpul di satu tempat sahaja.

5) AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PERSIAPAN PEMENTASAN

a) OLAH TUBUH

Olah tubuh iaitu senaman sangat perlu dilakukan sebelum guru mengadakan latihan
pementasan. Dengan ini, murid akan, dapat meregangkan otot-otot supaya elastik, lentur,
dan supaya bahagian-bahagian tubuh tidak kaku. Senaman, dimulai dari hujung rambut
sampai hujung kaki. Jatuhkan kepala ke depan. Kemudian jatuhkan ke belakanq, ke kiri, ke
kanan. Ingat kepala/leher dalam keadaan lemas, seperti orang mengantuk. Putar kepala
perlahan‑lahan dan rasakan lekukan‑lekukan di leher, mulai dari muka. kemudian ke kiri, ke
belakang dan ke kanan. Begitu seterusnya dan lakukan berkali‑kali. perlahan‑lahan dan
rasakan. Putar bahu ke arah depan berkali‑kali, juga ke arah belakang. Pertama satu-
persatu terlebih dahulu, baru kemudian bahu kiri dan kanan diputar serentak.Putar bahu
kanan ke arah depan, sedangkan bahu kiri diputar ke arah belakang. Demikian pula
sebaliknya. Pemanasan badan merupakan persediaan anggota tubuh badan untuk
bertindak balas dan mendorong saraf untuk bertindak dengan lebih cepat dan cekap

Latihan cermin

Dua orang murid disuruh berdiri berhadap-hadapan satu sama lain. Salah seorang membuat
gerakan dan yang lain meniru seperti apa yang dilakukan rakannya seolah-olah sedang
berdiri didepan cermin. Latihan ini dilakukan bergantian.

Latihan gerak dan tatap mata.

Sama seperti latihan cermin, hanya waktu berhadapan mata kedua orang tadi saling
berpandangan, seolah saling memahami apa yang akan dilakukan.

Latihan melenturkan tubuh.

Seorang berdiri dan seorang lagi mengangkat tangan rakannya. Setelah sampai atas
tangan dijatuhkan dan tangan tersebut digerak-gerakkan terlebih dahulu. Latihan gerakan
bersama. suatu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang melakukan gerakan yang sama
seperti dilakukan oleh ketua kumpulan tersebut, yang berdiri didepan mereka.

5
Latihan gerak mengalir.

Kumpulan murid yang terdiri beberapa orang saling berpegangan tangan membentuk
bulatan. Salah seorang menggerakkan tangan atau tubuh dan yang lain mengikuti. Tangan
jangan sampai melepasi tangan rakan. Latihan ini dilakukan dengan memejamkan mata dan
fokus. Seterusnya mengucapkan ungkapan yang panjang sambil berlari-lari, melompat,
membongkok, memusing kepala, menggoyangkan tubuh, dan sebagainya. Latihan ini
berguna bagi murid sebelum sesi lakonan. Tujuannya adalah agar vokal dan pergerakan
selalu serasi.

b) OLAH RASA

Istilah perasaan, atau emosi sebenarnya adalah kata yang berkaitan dengan psikologi
dan ekspresi seni, penghayatan dan apresiasi. Perasaan seseorang berbeza dengan orang
lain . Seorang petani, buruh, pegawai kerajaan, kuli dan wanita yang sedang dilamun cinta
mempunyai perasaan yang berbeza. Penghayatan atau merasakan sesuatu secara
mendalam merupakan kelebihan yang perlu ada pada seorang pelakon drama. Dalam
menyampaikan sebuah drama, kepekaan rasa itu sangat penting, meliputi segala gerak
gerik serta pengucapan penuh penghayatan, sesuai dengan karakter dan situasi.
pergerakan dan dialog tanpa penghayatan akan menjadi hambar serta membosankan. Oleh
karena itu latihan olah rasa sangat diperlukan bagi mereka yang melibatkan diri dalam
kegiatan drama.

c) OLAH SUARA

Suara adalah unsur penting dalam kegiatan seni teater yang menyangkut segi
auditif atau sesuatu yang berhubungan dengan pendengaran. Dalam kenyataannya,
suara dan bunyi itu sama, yaitu hasil getaran udara yang datang dan menyentuh selaput
gendang telinga. Akan tetapi, dalam konvensi dunia teater kedua istilah tersebut dibedakan.
Suara merupakan produk manusia untuk membentuk katakata, sedangkan bunyi
merupakan produk benda-benda.

Unsur penting yang perlu ada dalam olah suara ialah Kejelasan ucapan , Agar setiap suku
kata yang ia ucapkan cukup terdengar. Tekanan ucapan , perasaan yang hendak
disampaikan dalam drama dapat ditonjolkan. Penekanan ucapan agar ia dapat didenagri
oleh penonton. Guru juga perlu menekankan kemahiran berbisik agar murid dapat
berhadapan dan membaca naskah dengan jarak 2-3 meterLatihan mengucapkan skrip
dengan variasi tempo, cepat dan lambat. Tekanan ucapan terdiri daripada tekanan dinamik,
Tekanan dinamik ialah keras dan perlahannya sesuatu ucapan untuk menggambarkan

6
pemikiran dan perasaan. Tekanan tempo pula adalah cepat lambatnya ucapan. Tekanan
nada pula merupakan lagu dari ucapan.

6) KESIMPULAN

Sebuah pementasan yang baik adalah apabila murid berkeupayaan mempamerkan gaya
tersendiri seperti imaginasi, kejujuran perasaan dan empati ketika dalam pementasan drama
serta keupayan para penonton untuk memberikan fokus dan mendengar. Latihan vokal yang
mantap, bertenaga serta lakonan yang boleh melahirkan emosi dan kejelasan. Tekanan
latihan fizikal mengikut keseuaian, keseimbangan dan kelenturan tubuh.

Menurut Azman Wan Chik (1981:88) menyatakan drama dapat menyokong kecerdasan
pelbagai murid misalnya kemahiran bahasa, dan kemahiran kinestetik murid. Penghayatan
drama boleh memenuhi keperluan berdialog, main peranan, perbincangan serta sumbang
saran terutamanya dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Penghayatan drama di sekolah memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan
watak atau personalitinya tersendiri dalam mewujudkan bentuk bahasa yang diperlukan.
Drama dapat mencungkil bakat semulajadi pelajar.

Pihak guru juga boleh menggunakan teknik drama dalam bilik darjah ketika menjalankan
pengajaran kerana kehadiran teknik seperti ini dapat menghidpkan situasi bilik darjah, di
samping memberi penekanan terhadap nilai-nilai pendidikan. Aktiviti drama dapat melatih
pelajar mencapai tahap kematangan diri dengan cepat. Dengan cara ini mereka dapat
mengenali diri, budaya dan masyarakatnya.

Di samping itu, drama juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu dalam
bentuk yang lebih kreatif dan imajinatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh itu, hal ini akan
mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani,
rohani, emosi mahupun intelekinya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Keseluruhannya, boleh kita tegaskan di sini, drama dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri diri
khususnya dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan
tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

7
RUJUKAN

Bowell Pamela & Heap Brian S. (2001). Planning Process Drama. 1-55. London: David
Fulton Publishers.

Dahlia Janan & Sri Lanang Jaya. (2013). Sang Budiman. Selangor: PTS Akademia.

Irmawati Mascom. Drama Sebagai Pedagogi dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di


Sekolah Menengah. Pusat Bahasa Melayu Singapura: Kementerian Pendidikan
Singapura & Sekolah Menengah Tanglin.

Ismail Noh. (2013) Teknik Vokal dan Dinamik Suara. Diperoleh pada 18/2/18 daripada
https://www.slideshare.net/ismailmohdnoh/teknik-vokal-dan-dinamik-suara

Kamaruddin Husin (1988). Drama dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Kao Shin-Mei & O’Neill Cecily (1998). Learning a second language through process drama.
2- 23. United States of America : Ablex

Mana Sikana (1985). Tanggapan sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn Bhd.

Pavitra Haran (2017) Drama Dalam Pendidikan. Diperoleh pada 17/2/18 daripada
https://www.scribd.com/document/341806349/Drama-Dalam-Pendidikan

Yulia Puspita & Rudi A. Nugroho. (2015) Model Pembelajaran Ilustrasi Berbasis Pertunjukan
Drama.Universiti Pendidikan Indonesia: Fakulti Pendidikan Bahasa dan Seni.

Anda mungkin juga menyukai