Anda di halaman 1dari 1

Cara Cara Menghargai Guru

Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna
kepada bangsa dan negara.Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah
kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk
menghargai jasa guru.

Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru .Guru perlu dihormati kerana guru
menyampaikan ilmu kepada kita .Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna
.Contohnya ,pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru.Pelajar
juga tidak boleh sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka.Mereka mesti
menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan .Jika terdapat kesalahan dalam
latihan,guru akan membetulkannya.Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan.

Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat
penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran.Mereka perlu mematuhi
peraturan sekolah Sebagai contoh, mereka perlu dating awal ke sekolah.Oleh itu jadilah pelajar yang
berdisiplin.

Pelajar boleh menunjukkan kasih saying kepada guru. Pelajar boleh membantu guru