Anda di halaman 1dari 2

Pada mula kedatangan Hindu-Buddha ke tanah Melayu, orang Melayu mempunyai sistem bahasa

dan penulisan yang tersendiri. Bahasa Melayu terawal direkod berkemungkinan daripada keluarga
bahasa Proto-Melayu-Polynesian yang ditutur oleh kebanyakan masyarakat Austronesia di Timur
Tenggara Asia sejak sekitar tahun 2,000 SM. Bahasa Melayu Kuno (Ancient Malay language) ini
mengalami perubahan setelah kedatangan Hindu-Buddha yang kemudiannya berkembang menjadi
Bahasa Melayu Tua (Old Malay Language) pada kurun ke-7 sehingga kurun ke-14 Masihi. Terdapat
beberapa sistem tulisan yang berbeza diguna pakai bagi menulis di dalam Bahasa Melayu Tua.
Walaupun kebanyakan penulisan Bahasa Melayu Tua ditulis menggunakan sistem penulisan
berasaskan Skrip Pallava, masyarakat Melayu di Nusantara juga telah membangunkan beberapa
sistem penulisan yang tersendiri. Skrip Rencong, Rejang, Batak, Lontara, Kawi, Sunda Tua dan
Baybayin adalah antara beberapa sistem penulisan yang diguna pakai oleh masyarakat di Nusantara.

Bahasa Melayu Tua banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit yang berasal dari India. Banyak
perkataan-perkataan Sanskrit diguna pakai di dalam kehidupan seharian orang Melayu. Dewa,
bidadari, dosa, pahala, duka, suka, neraka, syurga dan puasa antara perkataan Sanskrit yang
dipinjam dan diguna oleh orang Melayu sehingga kini. Kebanyakan perkataan-perkataan pinjaman
ini adalah berkaitan dengan ritual dan amalan dari agama Hindu-Buddha di mana merupakan agama
tradisi masyarakat Melayu pada ketika itu. Datang dan berkembangnya Islam ke Nusantara pada
kurun ke-13 juga telah mengubah dan memperkembangkan sistem bahasa dan penulisan orang
Melayu. Perubahan era sistem bahasa dan penulisan Melayu di antara kurun ke-14 sehingga kurun
ke-18 dinamakan Bahasa Melayu Klasik (Classical Malay Language). Seperti Bahasa Melayu Tua,
Bahasa Melayu Klasik banyak dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Parsi yang dibawa oleh pedagang-
pedagang Islam dari Timur Tengah.

Hindu-Buddha bukan sahaja mempengaruhi sistem kepercayaan, bahasa serta penulisan masyarakat
Melayu, malah ia turut memperkenalkan bentuk seni bina dari India. Pengaruh seni bina Hindu-
Buddha boleh dilihat pada bentuk binaan komplek keagamaan mahupun pada binaan istana
kerajaan Melayu dahulu. Komplek keagamaan seperti Candi Lembah Bujang di Kedah, Borobudur di
Jawa Tengah, Candi Muara Takus di Sumatera dan Batujaya di Jawa Barat adalah beberapa contoh
bentuk seni bina yang dipengaruhi oleh seni bina Hindu-Buddha. Komplek istana raja pada era
Sailendra, Sriwijaya mahupun era Majapahit juga dipengaruhi dengan seni ukiran Hindu-Buddha, di
mana ukiran patung-patung dewa serta dewi dari kepercayaan Hinddu-Buddha menjadi perhiasan
utama dalam setiap pembinaan istana. Malah, ukiran serta patung-patung keagamaan Hindu-
Buddha ini juga turut boleh dilihat pada bentuk seni bina rumah-rumah Melayu dahulu.

Adat budaya serta resam tradisi masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam memang penuh
dengan elemen Hindu-Buddha. Hindu-Buddha sebagai agama turut merubah sistem kepercayaan,
pemikiran dan gaya hidup masyarakat Melayu. Elemen-elemen Hindu-Buddha boleh didapati dalam
hampir setiap aspek kehidupan orang Melayu yang beradat serta menjadi tradisi yang diamalkan
turun-temurun. Dalam adat perkahwinan orang Melayu dulu misalnya, bakal pengantin perempuan
mahupun lelaki akan terlebih dahulu melalui upacara mandi bunga sebelum berlangsungnya upacara
pernikahan. Upacara mandi bunga ini telah diamalkan di dalam masyarakat di India sejak berkurun
lamanya. Mandi bunga merupakan salah satu amalan keagamaan masyarakat Hindu bertujuan untuk
membersihkan diri dari elemen-elemen kejahatan seperti ‘semangat’ jahat dan juga bagi membuang
nasib malang si pengantin. Tujuh jenis bunga biasanya digunakan bagi amalan mandi bunga. Amalan
ini juga turut diamalkan di dalam majlis persunatan bagi anak-anak lelaki masyarakat Melayu dan
masih lagi ada diamalkan sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai