Anda di halaman 1dari 4

Jelaskan latar belakang aspek pendidikan dalam peningkatan tamadun manusia.

(m/s 53)

1. Pendidikan menjadi asas atau tonggak dalam peningkatan sosial


2. Pendidikan membantu manusia meningkatkan tahap intelek
3. Seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang yang lain
4. Dalam tamadun Yunani, pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani
5. Perkembangan pendidikan di Yunani berlaku berikutan penubuhan sekolah falsafah
6. Athens berkembang menjadi pusat cendekiawan Yunani semasa pemerintahan Pericles
7. Dalam tamadun Rom, pendidikan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada negara
8. Dalam tamadun China, matlamat pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan
9. Kemajuan pendidikan mampu melahirkan sejarawan/ahli pemikir dalam bidang sains dan teknologi

Pendidikan merupakan asas kepada peningkatan aspek sosial dalam sesebuah tamadun. (m/s 53-54)

Terangkan ciri-ciri pendidikan dalam peningkatan tamadun berikut :

(i) Tamadun Yunani

1) Pendidikan di Sparta bermatlamat untuk melahirkan tentera/askar yang sempurna, dan gagah perkasa.

2) Memberi taat setia kepada negara kota

3) Pendidikan mementingkan latihan fizikal

4) Mengutamakan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.

5) Pendidikan di Athens bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

6) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan fizikal dan mental.

7) Memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia

8) Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis dititikberatkan
di Athens.

9) Sekolah falsafah berkembang di Athens, Thebas, Elea, dan Miletus.

10) Melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus.

11) Melahirkan pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus, dan
Anaxagoras.
(ii) Tamadun Rom

1) Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal

2) Menekankan semangat setia kepada Rom

3) Melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan, dan jalan raya

4) Melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang menulis tentang kegemilangan Rom

5) Banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani


(iii) Tamadun China

1) Matlamatnya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan

2) Pendidikan untuk pentadbiran

3) Terdapat tiga peringkat pendidikan.

4) Peringkat rendah tertumpu kepada mengekal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku
suci tanpa memahami maknanya

5) Peringkat menengah tertumpu kepada karangan dan sastera

6) Peringkat tinggi tertumpu kepada menterjemah buku suci

7) Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap

8) Tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama.

9) Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah

10) Mereka yang lulus ijazah pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan

11) Tahap kedua Chun-Jen, setaraf dengan sarjana

12) Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah

13) Tahap ketiga Chin Shih , setaraf dengan doktor falsafah

14) Tahap ketiga dijalankan di istana, iaitu di hadapan maharaja

15) Mereka yang ijazah ketiga berpeluang menjadi pendidik

16) Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun

17) Peperiksaan tahap kedua dan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali

18) Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat

19) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati

20) Pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan untuk mengelakkan sebarang penipuan

21) Calon ditempatkan di dalam bilik dan disediakan makanan

22) Calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan

23) Peperiksaan awam tertua

24) Umur calon tidak terhad


Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan bertaraf dunia?

1. Melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari aspek rohani dan jasmani
2. Meluaskan peluang pendidikan rakyat
3. Melahirkan insan yang berkemahiran tinggi ICT
4. Mengutamakan penyelidikan dan pembangunan pelbagai bidang ilmu
5. Memupuk budaya ilmu menjana produktiviti
6. Memperbanyak makmal komputer di setiap sekolah
7. Mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat
8. Merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
9. Melengkapi pelajar dengan pelbagai kemahiran dalam menghadapi cabaran abad ke-21
10. Memantapkan pendidikan bagi memperkukuh semangat perpaduan
11. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti untuk menuntut di universiti tempatan mahupun universiti luar
negara
12. Melancarkan transformasi pendidikan
13. Menganjurkan seminar/forum/konvensyen bertaraf dunia
14. Mengambil tenaga pakar sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi
15. Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
16. Mengadakan program berkembar dengan universiti terkemuka dari luar negara
17. Menekankan aplikasi yang praktikal
18. Melahirkan rakyat berbudaya ilmu
19. Menyediakan lebih banyak perpustakaan awam demi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat
20. Menggalakkan pembelajaran online/pendidikan maya

Buktikan kejayaan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.

1) Mewajibkan pendidikan peringkat rendah


2) Skim Pinjaman Buku Teks Percuma
3) Pendidikan percuma sehingga sekolah menengah atas
4) Perbelanjaan terbesar untuk pembiayaan pendidikan
5) Prasarana pembelajaran sekolah bandar/sekolah luar bandar
6) Kadar kanak-kanak yang bersekolah antara yang tertinggi di dunia
7) Amalan pembelajaran sepanjang hayat digalakkan dalam kalangan rakyat
8) Pertambahan bilangan sekolah dalam pelbagai peringkat dari semasa ke semasa
9) Penubuhan cawangan-cawangan universiti terkemuka dari luar negara
10) Pelajar cemerlang diberi biasiswa menuntut di universiti terkemuka dunia
11) Sekolah-sekolah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan ICT
12) Bilangan universiti tempatan, kolej, dan pusat pengajian tinggi semakin bertambah

i) Terangkan masalah yang dihadapi oleh negara kita dalam usaha menjadikan sistem pendidikan bertaraf
dunia.

1) Pencapaian akademik pelajar bandar dengan luar bandar berbeza


2) Kekurangan guru terlatih dalam mata pelajaran tertentu
3) Wujudnya pelbagai aliran sekolah
4) Kehendak dan persepsi masyarakat terhadap pendidikan berbeza
5) Kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan rakyat
6) Sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaan
7) Bilangan siswazah yang menganggur semakin meningkat
8) Pengaruh dan tarikan pusat-pusat hiburan
9) Masalah disiplin pelajar di sekolah seperti ponteng, ugut dan kurang minat belajar
10) Proses pembelajaran di dalam bilik darjah yang pasif
11) Kekurangan kemudahan/prasarana di sekolah khasnya sekolah di kawasan pedalaman

ii) Cadangkan strategi-strategi yang sesuai untuk mengatasi cabaran di atas.

1) Memperkemas sukatan pelajaran selaras dengan cabaran abad ke-21


2) Mengutamakan pembelajaran inovatif dan kreatif
3) Mempergiat program Penilaian Berasaskan Pencapaian Sekolah
4) Mementingkan pembelajaran kendiri
5) Menggalakkan proses pembelajaran yang menggunakan ICT
6) Mengambil guru-guru bahasa Inggeris dari luar negara
7) Melatih kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar
8) Memperbanyak sekolah vokasional untuk melahirkan tenaga mahir
9) Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
10) Melengkapi prasarana sekolah khasnya sekolah di kawasan pedalaman
11) Kerajaan mengambil langkah memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat kemiskinan
12) Memberikan galakan berbentuk ganjaran kepada pelajar
13) Penubuhan Sekolah Bestari
14) Penubuhan Sekolah Wawasan

Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh warganegara Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat
yang berilmu.

1) Sentiasa memperkaya diri dengan pengetahuan


2) Berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu
3) Bersikap terbuka menerima perubahan
4) Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan
5) Mengamalkan sikap pembelajaran sepanjang hayat
6) Bermotivasi tinggi
7) Berdaya saing
8) Bersifat terbuka
9) Mementingkan ilmu sains dan teknologi
10) Bersikap kreatif dan inovatif
11) Bersikap kritis
12) Berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri

Rumusan

1. Kita perlu sentiasa memperbaiki kehidupan bangsa dan negara


2. Rakyat Malaysia perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat terus bersaing
3. Manusia perlu meningkatkan pencapaian tamadun dari pelbagai aspek
4. Pendidikan merupakan aspek penting yang mampu membantu manusia meningkatkan tahap intelek yang
membawa kepada kemajuan dalam pelbagai bidang
5. Pembangunan sosial negara kita banyak mencontohi aspek peningkatan tamadun manusia untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang
6. Kita haruslah sentiasa bersikap inovatif dan proaktif
7. Manusia juga perlu sentiasa meneroka bidang baru
8. Kita juga perlu sentiasa merebut peluang yang ada untuk memperbaiki diri/bangsa/negara

Anda mungkin juga menyukai