Anda di halaman 1dari 6

PEMAHAMAN

Jawab semua soalan. Pilih satu jawaban sama ada A, B, C atau D. BULATKAN jawaban anda.

Soalan 1-5
Baca petikan dibawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Ah Fang murid tahun satu. Dia baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa.
Semasa mula belajar di sekolah itu, Ah Fang merupakan seorang murid yang baik. Dia rajin
belajar dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Cikgu Farhana menyukai sikap Ah Fang. Ah
Fang sering dijadikan contoh dalam kalangan murid-murid lain.
Namun begitu, sikap Ah Fang mula berubah. Dia berkawan dengan budak-budak nakal.
Dia malas belajar dan tidak lagi mematuhi peraturan sekolah.
Cikgu Farhana telah menasihati Ah Fang. Kemudian, Ah Fang sedar akan sikap
buruknya.

1. Ah Fang murid tahun berapa?


A.Tahun satu C. Tahun tiga
B.Tahun dua D. Tahun empat

2. Ke manakah Ah Fang bertukar sekolah?


A. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
B. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
C. Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam
D. Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

3. Semasa mula belajar di sekolah itu Ah Fang merupakan seorang murid yang
A. Nakal. C. Rajin.
B. Sombong D. Pemalas

4. Siapakah yang menyukai sikap Ah Fang?


A. Cikgu Sidek C. Cikgu Farhana
B. Cikgu Suhaila D. Cikgu Laila

5. Mengapakah sikap Ah Fang berubah?


A. Dia berkawan dengan budak nakal.
B. Dia berkawan dengan budak baik.
C. Dia disukai oleh kawan-kawannya
D. Dia dipulaukan oleh kawan-kawannya

2
Soalan 6-10
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.

6. Dia bermain bersama Samsul.


A. Samsul C. Dia
B. Bermain D. Bersama

7. Ahmad membaca buku cerita.


A. Membaca C. Cerita
B. Buku D. Ahmad

8. Tiang rumah itu diperbuat daripada Pokok Meranti.


A. Rumah C. Diperbuat
B. Daripada D. Meranti

9. Proton Persona ialah jenama kereta keluaran negara kita.


A. Sebuah C. Negara
B. Kereta D. Proton Persona

10. Si Comel adalah nama khas seekor kucing.


A. Nama C. Si Comel
B. Seekor D. Adalah

Soalan 11-15
Pilih Kata Nama Am dalam ayat-ayat berikut

11. Emak memasang langsir.


A. langsir C. memasang
B. Emak D. pakai

12. Rumah itu kepunyaan Ahmad.


A. itu C. kepunyaan
B. Rumah D. Ahmad

13. Karim membeli sebuah kereta.


A. membeli C. sebuah
B. Karim D. kereta

14. Kasut itu telah dipakai.


A. itu C. dipakai
B. kasut D. telah

15. Dia telah minum air itu.


A. dia C. itu
B. air D. minum

3
Soalan 16-20
Senaraikan Kata Ganti Nama yang terdapat dalam petikan di bawah.

Daud, Tahir dan Ruzaidi sedang dalam perjalanan menuju ke sekolah. Petang itu, mereka akan
menjalani latihan hoki. Mereka pun tiba di pondok menunggu bas.
Daud : Eh, lihatlah pondok menunggu bas ni! Siapalah yang tidak bertanggungjawab
melukis gambar yang tidak senonoh ini!
Tahir : Siapa lagi..., Karim dan kawan-kawannya tulah!
Daud : Mana kamu tahu, Tahir? Kamu nampak ke?
Tahir : Aku nampak semasa aku pulang daripada latihan semalam. Kalau tak, takkan
aku berani menuduh orang.
Ruzaidi: Betul, Daud. Aku pun nampak.
Daud : Kalau begitu, mengapa tidak kamu laporkan sahaja hal ini kepada pihak berkuasa?
Tahir : Aku takut Karim dan kawan-kawannya berdendam dengan aku. Meraka nampak
aku di sini semalam.
Ruzaidi: Yalah, Daud. Aku pun takut.
Daud : Apalah kamu berdua ni! Bukankah Negara kita ada undang-undang? Dia takkan
berani berbuat apa-apa.
Tahir : Betul juga kata kamu itu. Marilah Ruzaidi, kita lakukan tanggungjawab kita.
Daud : Eh, aku pun nak ikut samalah!

16. ____________________

17. ____________________

18. ____________________

19. ____________________

20. ____________________

Soalan 21-25
Bulatkan Kata Kerja yang sesuai.

21. Wardina menonton berlari televisyen.

22. Pelukis melukis membasuh gambar lukisan.

23. Ibu menjual membina nasi lemak di pasar.

24. Mekanik membaiki menjahit enjin kereta itu.

25. Nelayan itu menangkap berenang ikan di laut.

4
Soalan 26-30
Susun huruf-huruf di bawah supaya menjadi perkataan.

1. V I T I M A N

______________________

2. P I R I M A D

______________________

28.
N A G E R A

______________________

29. J U R U T R E A

______________________

30.
A R I K T E K

______________________

PENULISAN

Jawab semua soalan.

Soalan 31-35
Susun perkataan dibawah supaya menjadi ayat yang betul.

31. manusia Makanan untuk penting

32. berjoging rajin Ramu Rizal dan

5
33. membekalkan Daging protein yang tinggi

34. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan

35. bermain Adik badminton suka

Soalan 36-40
Isi Tempat Kosong dengan perkataan yang sesuai.

Jangan Sila Jemput

Harap Tolong

36. _________________ masuk, ayah ada di dalam.

37. _________________ berlari ketika berada di kantin.

38. _________________ ke majlis hari jadi saya.

39. _________________ bawa hadiah ini ke ruang tamu.

40. _________________ bersabar, acara akan dimulakan sebentar lagi.

Soalan 41-45

Nomborkan ayat dibawah mengikut urutan yang betul.

Selepas itu dia pun menggosok gigi dan mandi.


Kemudian dia bersarapan bersama keluarga.
Ah Meng bangun daripada tidur pada pukul 5:00 pagi.
Ah Meng bersiap-siap memakai pakaian sekolah.
Selepas sarapan Ah Meng menunggu bas di perhentian bas di hadapan rumahnya.

6
Soalan 46-50
Bina Ayat Tunggal berdasarkan gambar yang diberikan.

46. ___________________________________________________

___________________________________________________

47. ___________________________________________________

___________________________________________________

48. ___________________________________________________

___________________________________________________

49. ___________________________________________________

___________________________________________________

50. ___________________________________________________

___________________________________________________

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai