Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

DIALOG PRESTASI
TAHUN 6 2018
1.0 PENGENALAN

Garis Panduan Pelaksanaan Dialog Prestasi ini disediakan bagi memberikan


garis panduan bagi melaksanakan sesi Dialog Prestasi di peringkat sekolah
boleh membuat penyesuaian mengikut keperluan dan kesesuaian.

2.0 PENGENALAN DIALOG PRESTASI

2.1 DEFINISI DIALOG PRESTASI

Dialog Prestasi merupakan forum untuk menyemak prestasi


berdasarkan data dan fakta, dan diakhiri dengan satu set tindakan-
tindakan konkrit seterusnya untuk dilaksanakan oleh pihak Sekolah.

Dialog Prestasi juga merupakan perancangan jadual pemantauan


(checkpoint) yang kerap antara pihak atasan dan bawahan untuk
menilai dan memastikan penyampaian berada pada landasan yang
betul kerana mengekalkan konsisten si pelaksanaan adalah penting

2.2 OBJEKTIF DIALOG PRESTASI

Objektif Dialog Prestasi adalah seperti berikut:

 Fokus dan akauntabiliti: Memastikan fokus kepada pencapaian


murid berdasarkan peperiksaan dan ujian semasa.
 Memantau prestasi: Memastikan prestasi murid sentiasa
berada di landasan yang betul.
 Mengenal pasti masalah: Mengemukakan isu-isu yang
menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk
menentukan punca.
 Penyelesaian masalah dan sokongan: Menyediakan forum
untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan
berkongsi amalan terbaik
 Mengemukakan isu: Mengemukakan isu-isu yang perlu
diselesaikan kepada pihak sekolah

2.3 KPI DIALOG PRESTASI


2.3.1 Diadakan 5 kali setahun.
2.3.2 Dipengerusi oleh Pengetua / Guru Besar
2.3.3 100% kehadiran semua Penolong Kanan dan Ketua Panitia.
2.3.4 100% kehadiran Guru dan Ibubapa murid tahun 6
2.3.5 Rumusan Dialog Prestasi diedarkan pada penghujung Dialog
Prestasi

2.4 PASUKAN PETUGAS

Pasukan petugas adalah individu atau kumpulan pegawai petugas


yang dilantik untuk merancang, mengurus dan melaksanakan DP.
Peranan mereka amat penting bagi memastikan DP dilaksanakan
menepati matlamat DP dalam Program DTP. Berikut adalah senarai
pasukan petugas dan peranan mereka.

PASUKAN PETUGAS PERANAN

● Merancang dan mengurus pelaksanaan


program
PENGURUS ● Memastikan DP dilaksanakan mengikut
PROGRAM (GURU
BESAR) jadual
● Memastikan keputusan DP diambil
tindakan

● Menyelaras pelaksanaan DP
● Menyelaras semua maklumat yang
PENOLONG KANAN diperlukan
PENTADBIRAN ● Mengambil tindakan yang diarahkan
Pengurus Program.
● Mendapatkan maklumbalas DP

URUS SETIA (KETUA ● Membantu Pengurus Program dan


PANITIA) Penolong Kanan Pentadbiran
● Menguruskan DP
● Menguruskan keperluan DP
● Menyelaras maklumat dan data DP
● Menyediakan minit dan maklumbalas DP
● Mencatat keputusan DP untuk
dibentangkan pada akhir sesi DP.
● Membuat laporan

3.0 SESI DIALOG PRESTASI:

AGENDA TINDAKAN

Perutusan Pengerusi Urusetia

Pengesahan Rumusan dan


Penolong Kanan Pentadbiran
Maklumbalas Dialog Prestasi

Perkara-perkara berbangkit
1. Kedatangan murid dan intervensi.
2. Pencapaian Dalam Ujian / Semua Penolong Kanan,
Peperiksaan dan intervensi Ketua Panitia
3. Disiplin murid dan intervensi

Rumusan Tindakan Urusetia

Hal-hal lain Semua ahli

Penutup Urusetia

4.0 POST DIALOG PRESTASI

4.1 PENYEDIAAN LAPORAN


Laporan dan dokumentasi keseluruhan pelaksanaan DP disediakan
oleh Penolong Kanan Pentadbiran dengan kerjasama urussetia.

4.2 TINDAKAN SUSULAN


Segala keputusan dan ketetapan daripada DP hendaklah diambil
tindakan serta merta. Penolong Kanan Pentadbiran perlu memastikan
setiap tindakan susulan diambil oleh pihak yang berkaitan.
Disediakan oleh : Disemak oleh:

------------------------------------------- ---------------------------------
Pn. Juliana Bt Sarju Pn. Nori’in Bt Mahbob
Penyelaras Tahun 6 Penolong Kanan Kurikulum
SK Ledang, Tangkak. SK Ledang, Tangkak.

Disahkan oleh:

----------------------------------
En. Kamarudin Bin Ibrahim
Guru Besar
SK Ledang, Tangkak.