Anda di halaman 1dari 8

PEERS Sehari @ PRASEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN

1. Pengenalan
PEERS Sehari @ Prasekolah ialah program satu hari yang dilaksanakan
secara serentak di semua kelas prasekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seluruh negara.
Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada
murid prasekolah berkaitan elemen PEERS agar dapat menangani
jenayah seksual kanak-kanak.

2. Objektif
Objektif PEERS Sehari di Kelas Prasekolah ialah:
2.1 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid prasekolah
agar dapat menghindari dari menjadi mangsa jenayah seksual.
2.2 Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan elemen
PEERS dalam kalangan ibu bapa murid prasekolah dan
komuniti.
2.3 Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan elemen PEERS di
prasekolah.
2.4 Menjadi asas kepada pelaksanaan PdP elemen PEERS di kelas
prasekolah.

3. Kaedah Pelaksanaan
3.1 Panduan Am
3.1.1 Guru perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
PEERS dan cara menangani jenayah seksual
kanak-kanak.
3.1.2 Elemen PEERS perlu diajar dengan jelas dan telus.
Segala istilah yang digunakan wajib difahami oleh semua
murid.
3.1.3 Guru perlu membaca dan memahami kandungan buku
cerita “Badan Saya Kepunyaan Saya”.
3.1.4 Guru boleh menggunakan pelbagai bahasa yang mudah
difahami oleh murid untuk menjalankan program ini.
3.1.5 Murid perlu didedahkan dahulu dengan lagu “My Body Is
Mine”. Lagu boleh dimainkan berulang kali supaya murid
biasa dengan muzik dan lirik lagu.

3.2 Perbualan Awal


3.2.1 Peruntukan masa adalah 20 minit.
3.2.2 Bahan yang perlu disediakan:
(a) Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”.
(b) Lagu “ My Body Is Mine”.
3.2.3 Bercerita secara umum dengan menggunakan buku
cerita “Badan Saya Kepunyaan
Saya”.
3.2.4 Gaya penceritaan (intonasi,
laras bahasa, bahasa badan
dan sebagainya) boleh menarik
minat murid.
3.2.5 Perlu menghabiskan
keseluruhan buku cerita.
3.2.6 Murid tidak perlu membaca bersama-sama guru.
3.2.7 Masa bersoal jawab dengan murid perlu diuruskan
dengan baik supaya menepati masa yang diperuntukkan
untuk aktiviti ini.
3.2.8 Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

3.3 Aktiviti 1 – Kenali Anggota Badan


3.3.1 Peruntukan masa adalah 40 minit.
3.3.2 Bahan yang perlu disediakan:
(a) Sekeping puzzle kanak-kanak lelaki dan kanak-
kanak perempuan dicetak atas kertas yang berbeza
warna. Puzzle boleh dilaminate atau ditampal atas
polisterin.
(b) Lagu “ My Body Is Mine”
3.3.3 Puzzle kanak-kanak lelaki dan perempuan (Lampiran 1)
disembunyikan di sekitar kelas sebelum aktiviti 1
dijalankan. (Guru perlu tahu atau catat di mana puzzle
disembunyikan).
3.3.4 Murid diminta mencari puzzle yang disembunyikan.
3.3.5 Murid menampal puzzle bermula dengan kepala, badan,
tangan dan kaki.
3.3.6 Bersoal jawab dengan
murid tentang anggota badan yang
ditampal dengan menekankan
kedudukan anggota badan yang
betul.
3.3.7 Guru memperkenalkan
anggota seksual – zakar, faraj,
dubur, punggung dan payu dara.
Penekanan perlu diberikan supaya murid dapat
menamakan anggota seksual dengan betul dan jelas.
3.3.8 Murid diminta menyatakan persamaan dan perbezaan
anggota seksual antara kanak-kanak lelaki dan
perempuan.
3.3.9 Menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

3.4 Aktiviti 2 – Pakaian Dalam Saya


3.4.1 Peruntukan masa adalah 40 minit.
3.4.2 Bahan yang perlu disediakan:
(a) Sekeping gambar pakaian dalam kanak-kanak lelaki
dan perempuan (Lampiran 2). Gambar boleh
dilaminate.
(b) Lembaran Kerja Murid (Lampiran 3) mengikut
bilangan murid dalam kelas.
(c) Lagu “ My Body Is Mine”
3.4.3 Bersoal jawab dengan murid tentang anggota seksual
dan keperluan menutup anggota tersebut. Guru perlu
menekankan keperluan memakai pakaian dalam dari
aspek keselamatan, kebersihan dan hak peribadi.
3.4.4 Tiga orang murid diminta untuk memilih dan menampal
pakaian dalam (Lampiran 2) pada puzzle kanak-kanak
lelaki dan perempuan dalam
Aktiviti 1.
3.4.5 Guru perlu menekan bahagian
yang ditutup dengan pakaian
dalam adalah anggota seksual
dan tidak boleh dilihat,
disentuh atau ditunjukkan
kepada orang lain.
3.4.6 Menyanyi lagu “My Body Is Mine”
dengan aksi.
3.4.7 Memberikan setiap murid lembaran kerja (Lampiran 3).
3.4.8 Murid mewarna gambar pakaian dalam mengikut
kreativiti.
3.4.9 Murid menggunting dan
menampal gambar pakaian
dalam pada gambar kanak-
kanak lelaki dan
perempuan.
3.4.10 Guru perlu memberi
penekanan bahawa:
(a) Badan seseorang murid
adalah istimewa dan kepunyaan dirinya sahaja.
Konsep “badan memalukan sebab itu perlu ditutup”
patut dielakkan.
(b) Tidak boleh menunjukkan anggota seksual kepada
orang lain.
(c) Tidak membenarkan anggota seksual disentuh oleh
orang lain.
(d) Tidak boleh melihat dan menyentuh anggota
seksual orang lain.
(e) Keperluan memakai pakaian dalam yang bersih.
3.4.11 Bersoal jawab dengan murid tentang anggota seksual:
a) Bolehkah kamu menunjukkan anggota seksual
kepada orang lain? Mengapa?
b) Bolehkah anggota seksual kamu disentuh oleh
orang lain? Mengapa?
c) Bolehkah kamu melihat dan menyentuh anggota
seksual orang lain? Mengapa?

Nota: Tidak boleh kerana:


(i) Badan kanak-kanak istimewa.
(ii) Badan mereka kepunyaan mereka sahaja.
(iii) Anggota seksual tidak boleh dilihat, disentuh
ataupun ditunjukkan kepada orang lain.
(iv) Untuk menjaga keselamatan dan kebersihan diri.
(v) Untuk menghormati hak orang lain.
** Walau bagaimanapun, anggota seksual boleh dilihat
atau disentuh oleh orang lain atas sebab-sebab
keselamatan dan kesihatan.

3.5 Aktiviti 3 – Cantik Tak Baju Saya?


3.5.1 Peruntukan masa adalah 40 minit.
3.5.2 Bahan yang perlu disediakan:
(a) Sekeping gambar pakaian kanak-kanak lelaki dan
perempuan (Lampiran 4). Gambar boleh dilaminate.
(b) Set patung kertas kanak-kanak lelaki dan
perempuan serta pakaian (Lampiran 5) dicetak
mengikut bilangan murid dalam kelas. Patung
kertas perlu digunting dan dilabel mengikut set.
Patung kertas boleh dilaminate supaya lebih tahan
dan memudahkan murid bermain.
3.5.3 Empat orang murid diminta menampal pakaian
(Lampiran 4) pada gambar kanak-kanak lelaki dan
perempuan yang telah memakai pakaian dalam
Aktiviti 2.
3.5.4 Murid diminta memberi
pandangan terhadap gambar
kanak-kanak lelaki dan
perempuan yang telah lengkap
berpakaian.
3.5.5 Guru bersoal jawab dengan
murid keperluan untuk memakai
pakaian selain pakaian dalam.
3.5.6 Guru menunjuk cara untuk
bermain dengan set patung
kertas (cara memakai baju dan
bermain dengan rakan dalam
kumpulan).
3.5.7 Murid dibahagikan kepada
kumpulan kecil. Setiap murid diberikan satu set patung
kertas kanak-kanak lelaki atau perempuan (Lampiran 5).
3.5.8 Murid bermain dengan set patung kertas.
3.5.9 Murid berkongsi pengalaman mereka.

3.6 Aktiviti 4 – Tidak! Jangan Sentuh Saya


3.6.1 Peruntukan masa adalah 30 minit.
3.6.2 Bahan yang perlu disediakan:
(a) Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”.
(b) Sekeping gambar bahagian belakang badan kanak-
kanak lelaki dan perempuan yang berpakaian dalam
(Lampiran 6). Gambar boleh dilaminate.
(c) Gambar simbol “X” (Lampiran 7). Gambar boleh
dilaminate.
(d) Puppet atau patung mainan
3.6.3 Guru menerangkan sentuhan tidak selamat dan
sentuhan tidak selesa dengan menggunakan buku
“Badan Saya Kepunyaan
Saya”.
3.6.4 Guru menampal gambar
bahagian belakang
badan kanak-kanak
lelaki dan perempuan
yang berpakaian dalam.
3.6.5 Guru menanggalkan pakaian pada puzzle kanak-kanak
lelaki dan perempuan
dalam aktiviti 3. Lima
orang murid diminta
untuk meletakkan simbol
“X” pada bahagian
badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.
3.6.6 Bersoal jawab dengan murid sambil menerangkan jenis
sentuhan - sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak
selesa.
3.6.7 Menggunakan puppet atau patung mainan untuk
membuat demostrasi cara mengelak sentuhan yang
tidak selamat dan tidak selesa dengan menyatakan
“TIDAK”.
3.6.8 Guru meminta murid menggunakan puppet atau patung
mainan untuk melakonkan situasi:
(a) Seseorang cuba menyentuh anggota seksual orang
lain.
(b) Seseorang cuba memegang dan mencium orang
lain.
Nota: Jika perlu, guru boleh mengulang situasi yang
sama atau mewujudkan situasi yang lain.
3.6.9 Guru perlu menekankan yang murid berhak menolak
sentuhan orang lain jika mereka merasa tidak selesa
atau tidak selamat.

3.7 Aktiviti 5 – Apa Perlu Saya Lakukan?


3.7.1 Peruntukan masa adalah 30 minit.
3.7.2 Bahan yang perlu disediakan:
(a) Video (pautan video: https://youtu.be/IFn3mkD0tJs)
(b) Satu set gambar situasi (Lampiran 8).
3.7.3 Menunjukkan video kepada murid. Guru boleh
menghentikan tayangan video untuk memberi
penerangan jika didapati murid menghadapi kesukaran
untuk memahaminya.
3.7.4 Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
3.7.5 Guru menerangkan situasi untuk perbincangan dengan
menggunakan gambar (Lampiran 8).
Nota: Gambar pertama adalah jawapan kepada situasi
secara umum.
3.7.6 Guru tidak semestinya memberikan semua situasi
tetapi bergantung kepada kesediaan murid dan
masa.
3.7.7 Setiap kumpulan perlu membincangkan situasi yang
sama.
3.7.8 Wakil dari setiap
kumpulan diminta
untuk
membentangkan
hasil perbincangan
selepas setiap situasi.
3.7.9 Guru perlu menerangkan bagaimana perbincangan
boleh dijalankan jika murid tidak pernah menjalankan
aktiviti perbincangan sebelum ini.
3.7.10 Guru perlu membimbing murid semasa perbincangan
supaya murid tahu dan faham apa yang perlu mereka
bincangkan.
3.7.11 Guru perlu menerangkan cara yang betul bagi
menghadapi setiap situasi.
3.7.12 Guru juga perlu menekankan tidak ada rahsia antara
kanak-kanak dengan ibu bapa dan guru khususnya yang
melibatkan tubuh badan mereka.

3.8 Aktiviti Penutup


3.8.1 Peruntukan masa adalah 10
minit.
3.8.2 Bahan yang perlu
disediakan:
(a) Lagu “My Body Is Mine”
(b) Brosur Program PEERS
di Prasekolah
3.8.3 Menyanyikan lagu “My Body
Is Mine” dengan aksi.
3.8.4 Guru membuat rumusan dan refleksi terhadap aktiviti
yang telah dijalankan.
3.8.5 Mengedarkan brosur program untuk diberikan kepada
ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai