Anda di halaman 1dari 1

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN KHAS

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj kami : SMKDSMLKG.06/06/025( )

Tarikh : 20 SEPTEMBER 2016

Pengurus,
Kedai Fatimah Minan,
36800,Kg Gajah.
Perak

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK LAWATAN PELAJAR PPKI SMK DATO’ SERI MAHARAJA LELA
2016
Perkara diatas dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


(PPKIBP) sekolah ini akan mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas di Melaka:Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 – 7 OKTOBER 2016 (Khamis – Jumaat)


Tempat : Bandar Hilir & Ayer Keroh ,Melaka
Bilangan : 44 orang

3. Sehubungan dengan itu,pihak PPKIBP ingin memohon sumbangan untuk pelajar-pelajar dan guru
untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan di Melaka. Sumbangan boleh disalurkan melalui Badan
Permuafakatan Pendidikan Khas atau sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Aizah Bt Maad di talian
017- 5330439.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan,pelajar – pelajar PPKIBP di sini terdiri daripada pelajar istimewa
yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran seperti lembam,down sindrom,slow learner,hiperaktif
,kerencatan akal dan disleksia.
5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.Perhatian dan
tindakan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

“ MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA”

Saya yang menurut perintah,

Pengerusi,
Badan Permuafakatan IbuBapa
Pendidikan Khas SMKDSML

Anda mungkin juga menyukai