Anda di halaman 1dari 15

Pendahuluan

1.0 Pengenalan

Kokurikulum merupakan kegiatan kumpulan seperti yang dicatatkan di dalam Warta

Kerajaan yang bertarikh 28hb. Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian)

Sekolah 1956. Kegiatan kokurikulum beerti apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid

peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang dipelajari di bilik darjah mengikut definisi dalam Warta Kerajaan bertarikh 31hb.

Disember 1997, Jld.41, No.26, Tambahan No.94. Perundangan A.P.U (A) 531, Akta

Pendidikan 1996, PeraturanPeraturan (kurikulum Kebangsaan). Jadi kokurikulum bukanlah

satu konsep yang terpisah daripada kurikulum, tetapi kokurikulum lahir daripada kurikulum

dan membawa makna dimensi pendidikan yang terletak di luar daripada ruang lingkup

pendidikan di bilik darjah (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman 2003).

Peranan kokurikulum sebagai salah satu agen pembangunan modal insan secara holistik

memerlukan keseimbangan antara akademik dan sahsiah. Jesteru, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Sistem ini menekankan penilaian dari

sudut akademik dan kokurikulum. Salah satu komponen yang ada di dalam sistem PBS ini

adalah penilaian berasaskan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

(Lembaga Peperiksaan, 2014). Mohd Fazli Hassan (2013) dalam kajiannya telah menyatakan

bahawa aktiviti kokurikulum adalah penting dalam membantu pelajar melengkapkan dan

memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam kelas, disamping dapat menunjukkan

perubahan tingkah laku serta mempengaruhi sahsiah dan emosi pelajar.

1
2.0 Huraian Jurnal 1,2,3

2.1 Tajuk Jurnal 1 dan Nama Pengkaji

Jurnal pertama ialah “Pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan daerah Kuala

Terengganu”Jurnal ini ditulis oleh Zainal Ariffin Zainuddin, Yaakob Daud, dan

Saiful Azmi Mohd Nor Universiti Utara Malaysia (2016)

2.2 Tajuk Jurnal 2 dan nama pengkaji

Jurnal kedua ialah “Proses pelaksanaan pengurusan kokurikulum yang diamalkan

oleh kumpulan pengurusan kokurikulum di sekolah menegah harian”.Jurnal ini

ditulis oleh Noor Azzam Syah Mohamed* & ²suria baba (phd) * ¹universiti

malaya & universiti malaysia Kelantan (2016)

2.3 Tajuk Jurnal 3 dan nama pengkaji

Jurnal ketiga ialah “penggunaan rangka kepimpinan dalam pengurusan

kokurikulum di sekolah” Jurnal ini ditulis oleh Noor Habibah Binti Kaderan Ipg

Kampus Pendidikan Islam, Bangi( 2017)

2
3.0 Kritik Jurnal (Objektif Penilaian)

Semua jurnal yang dipilih mengkaji tentang proses pengurusan kokurikulum di sekolah.

Jurnal 1

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara dengan menyediakan

ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada setiap generasi bagi memancu pertumbuhan

ekonomi dan memakmurkan negara.Selain memberikan keutamaan kepada aktiviti kurikulum

dan di sekolah, transformasi aktiviti kokurikulum juga perlu dilakukan.Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah merealisasikan hasratnya melalui pembanganunan pelajar

secara holistik dengan memperkukuhkan penyertaan pelajar dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1

badan berunifom di semua peringkat tahap persekolahan.Peranan kokurikulum sebagai salah

satu agen pembangunan modal insan secara holistik memerlukan keseimbangan antara

akademik dan sahsiah.Jesteru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK).Sistem ini menekankan penilaian dari sudut akademik dan

kokurikulum.Salah satu komponen yang ada di dalam sistem PBS ini adalah penilaian

berasaskan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Lembaga

Peperiksaan, 2014).

KELEBIHAN JURNAL

Kajian jurnal 1 didapati penggunaan bahasa penulisan jurnal yang mudah dan

ringkas.Maklumat yang disampaikan mudah difahami,jelas dan ringkas daripada hasil

dapatan kajian jurnal ini.Jurnal ini berfokuskan kepada peranan kewujudan jawatan Guru

Penolong Kanan Kokurikulum (GPKKo). Peranan GPKKo amat penting dan beliau perlu

3
bertindak sebagai pengurus aktiviti kokurikulum yang mampu membawa perubahan dan

kecemerlangan bidang kokurikulum di sekolah. Ini adalah kerana, secara dasarnya pengetua

akan mendeligasi secara terus tugas-tugas pengurusan kokurikulum. Walau bagaimanapun

ianya tidak berpusat kepada GPKKo secara keseluruhan. Pengetua masih mempunyai hak

untuk membuat keputusan. Kemenjadian dan kejayaan aktiviti kokurikulum di sekolah

terletak dibahu GPKKo. Justeru, amat penting bagi GPKKo untuk memahami dengan baik

tugas yang berkaitan dengan bidangnya dan tidak mengharapkan bantuan daripada pihak lain

selain daripada pengetua dan jawatankuasa kokurikulum untuk menjalankan tugas

hakikinya.Objekrig kajian ini jelas dalam mengenal pasti pengurusan kokurikulum dan

hubungannya dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah

menengah kebangsaan harian dalam daerah Kuala Terengganu. Pengkaji telah menggunakan

jadual purata skor min skala persetujuan lima tahap yang dikeluarkan oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada

tahun 2006 untuk mengenal tahap min pada setiap dimensi. Ini menunjukan kajian jurnal ini

sangat teperinci.

KEKURANGAN JURNAL

Teori yang terdapat pada jurnal ini terlalu banyak menyebabkan kurang berfokus

kepada permasalahan kajian. Pengkaji pada jurnal telah membuat kajian tinjauan

perbandingan dan hanya melibatkan dua buah sekolah sahaja dijadikan pusat kajian serta

menetapkan semua guru-guru yang bertugas di 2 buah sekolah kajian berkenaan sahaja

terlibat dengan kajian ini. Pemilihan sampel yang dilakukan secara keseluruhan

membolehkan respon pada kajian tidak berfokus.

4
3.2 Kritik Jurnal 2

PENDAHULUAN

Perancangan merupakan perkara yang penting dalam mengurus kokurikulum di sekolah.

Sekiranya pengurus kokurikulum tidak dapat menjalankan peranan ini dengan baik akan

menyebabkan timbul beberapa masalah kepada pihak yang melaksanakan aktiviti

kokurikulum di sekolah (Wee, 1997) Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi

mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. (subperkara 5.2

SPI, 1985). Implikasinya, guru-guru di sekolah hendaklah diberikan tugas dan

tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah

secara bertulis seperti mana yang dilakukan dalam bidang kurikulum. Keengganan guru

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi adalah satu kesalahan daripada segi

keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam ataupun

moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan displin mengikut “Perintah-

perintah Am Pegawai Awam {kelakuan dan Tatatertib (Bab D)}”.

KELEBIHAN JURNAL

Jurnal ini memberikan impak yang positif dalam melaksanakan pengurusan kokurikulum di

sekolah. Fokus kajian ialah jelas dalam meneroka kefahaman pengurus kokurikulum sekolah

menengah terhadap pelaksanana pengurusan kokurikulum di sekolah. Terdapat penambahan

terhadap fungsi-fungsi setiap elemen pengurusan kokurikulum sedia ada berdasarkan teori-

teori yang digunakan dalam kajian ini.Jurnal ini menerangkan ciri-ciri kepimpinan yang

dinyatakan dalam konteks pengurusan kokurikulum secara terperinci dapat menjadikan

kerangka dan panduan kepada pihak pengurusan sekolah-seklah lain. Penerangan yang jelas

tentang kriteria-kriteria atau ciri-ciri sampel tidak dinyatakan dengan jelas. Menerusi hasil

dapatan kajian yang positif, pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah

5
terdapat empat perkara diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan iaitu membuat

perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan. Semua konstruk ini telah diamalkan

semasa menjalankan proses pengurusan kokurikulum di sekolah menengah yang dikaji.Pihak

kementerian boleh memantapkan lagi garis panduan pelaksanaan pengurusan kokurikulum di

sekolah-sekolah menengah harian dengan membuat penambahbaikan terhadap buku panduan

pengurusan kokurikulum berdasarkan hasil yang telah diperoleh daripada kajian yang dibuat

ini. Perbincangan model pengurusan iaitu, Model Proses Pengurusan Stoner, Freeman dan

Gulick (1995) yang boleh menjadi asas dan panduan kajian ini. Jurnal ini sangat membantu

mengumpulkan lebih memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu secara lebih

khusus,menyeluruh dan secara terperinci dalam perlaksaan kokurikulum disekolah.

pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah terdapat empat perkara diperoleh

daripada kajian yang telah dijalankan iaitu membuat perancangan, pengelolaan, kepimpinan

dan pengawalan. Semua konstruk ini telah diamalkan semasa menjalankan proses pengurusan

kokurikulum di sekolah menengah yang dikaji. Proses pengurusan cara sistematik dalam

mengendalikan aktiviti perkara utama dalam sesebuah organisasi.Sasaran kajian sangat

bertepatan dlam mengambil respondan iaitu terdiri daripada guru-guru yang memegang

jawatan pengurus kokurikulum di sekolah iaitu mereka yang terdiri daripada guru penolong

kanan kokurikulum, setiauasaha kokurikulum, penyelaras badan beruniform, penyelaras

kelab dan persatuan, penyelaras sukan dan permainan di dua sekolah menengah harian di

wilayah persekutuan dan Selangor.Selain itu.jurnal ini menggunakan model pengurusan yang

jelas sebagai panduan dalam kajian ini adalah Model Proses Pengurusan Stoner, Freeman

dan Gulick (1995). Stoner (1989) merumuskan lima aspek pengurusan oleh Fayol dan tujuh

fungsi pengurusan oleh Gulick kepada empat proses pengurusan utama iaitu

merancang,mengelola,memimpin dan mengawal

6
KEBURUKAN JURNAL

Jurnal ini didapati bahawa metodologi kajian rekabentuk kajian kajian ini menggunakan

kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual, teknik pemerhatian dan semakan

dokumen.Kaedah ini agak memakan masa untuk mendapat dapatan hasil kajian.Ianya

memerlukan ruang dan masa untuk ditemubual.Masalah dalam jurnal ini hanya menekankan

amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Kumpulan Pelaksana Pengurusan (KPP) Kokurikulum

di sekolah menengah yang telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kecemerlangan

kokurikulum.Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian

secara konsisten namun tidak mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian

yangmempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.Sampel

bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu sasaran

kajian adalah guru-guru yang memegang jawatan pengurus kokurikulum di sekolah iaitu

mereka yang terdiri daripada guru penolong kanan kokurikulum, setiauasaha kokurikulum,

penyelaras badan beruniform, penyelaras kelab dan persatuan, penyelaras sukan dan

permainan di dua sekolah menengah harian di wilayah persekutuan dan selangor.Responden

dipilih secara persempelan bertujuan. Kumpulan peserta kajian ini di namakan sebagai

Kumpulan Pelaksana Pengurusan Kokurikulum (KPP Koku). Peserta kajian yang dipilih

adalah seramai 10 orang.Prosedur persampelan dan jadual penentuan sampel tidak dinyatakan

dengan spesifik dalam artikel jurnal

7
Kritik Jurnal 3

PENDAHULUAN

Pengetua mempunyai peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada

kecemerlangan kokurikulum di sekolah (Bahagian Naziran Kementerian Pelajaran Malaysia,

2010). Menurutnya, peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum perlu melalui empat

proses iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Amalan-amalan pengetua ini

adalah selari dengan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah (2009)

iaitu pengurusan kokurikulum di sekolah mesti melalui empat proses tersebut. Berdasarkan

kepada kepentingan kokurikulum, ternyata kegiatan ini mempunyai peranan dan pengaruh

secara langsung atau tidak langsung dalam pembentukan diri dan personaliti murid. Tujuan

kajian ini adalah untuk meneliti dan menghuraikan peranan pengetua dalam proses

pengurusan kokurikulum sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini melibatkan proses

merancang, mengelola, memimpin dan mengawal yang memberikan tumpuan kepada tiga

komponen sumber di sekolah iaitu manusia, fizikal dan kewangan. Kajian ini 776 akan

meneliti proses pengurusan kokurikulum dari elemen rangka kepimpinan iaitu sumber

manusia, struktural, simbolik dan politik dalam pengurusan kokurikulum. Pengkaji

menganggap kajian ini penting kerana penyelidikan terhadap peranan pengetua dalam

pengurusan kokurikulum di sekolah masih terhad dan merupakan kajian baharu. Kajian ini

boleh dijadikan panduan kepada pengetua untuk diaplikasi dalam proses pengurusan

kokurikulum kerana ia menyenaraikan amalan-amalan terbaik dan menghuraikan penggunaan

rangka kepimpinan dalam pengurusan kokurikulum

8
KEBAIKAN JURNAL

Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian,objektif umum

dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian.Selain itu, skop kajian juga tidak

dinyatakan kerana hal ini dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi menentukan kefahaman

terhadap hasil penemuan kajian.Penggunhaaan bahasa yang jelas dan ringkas dalam

penulisan jurnal mudah di fahami.Penulisan pada tahap pembuatan aplikasi juga di jelaskan

secara singkat. Objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian ini adalah untuk

meneliti proses pengurusan kokurikulum dari elemen rangka kepimpinan sumber manusia,

struktural, simbolik dan politik.Penyelidikan ini berfokus kepada mengenal pasti pengurusan

kokurikulum dan hubungannya dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

di sekolah menengah kebangsaan harian dalam daerah Kuala Terengganu.Kajian secara

khusus ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan pengurusan kokurikulum di dua

buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu,tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum di dua buah sekolah dalam daerah Kuala Terngganu.Kajian ini lebih berfokus

kepada objektif.Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan

kajian kes atau pelbagai kes (multiple case) dan kajian pelbagai tempat (multisite studies).

Kajian kes yang dijalankan oleh penyelidik adalah tentang peranan pengetua dalam proses

pengurusan kokurikulum terhadap komponen manusia, fizikal dan kewangan di tiga buah

sekolah.Kajian pelbagai kes dijalankan bertujuan untuk meneliti proses pengurusan di tiga

buah sekolah yang berbeza untuk mendapatkan stail kepimpinan yang pelbagai. Selain itu,

dengan pelbagai tempat yang dipilih akan mewujudkan kolaborasi antara ketiga-tiga buah

sekolah dan kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

9
KELEMAHAN JURNAL

Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian namun tidak

mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian,sample, yangmempunyai kepentingan

tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.Tujuan kajian ini tidak dinyatakan

dengan jelas dan terlalu ringkas.Selain itu, skop kajian juga tidak dinyatakan kerana hal ini

dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi menentukankefahaman terhadap hasil penemuan

kajian.Kajian ini tidak memberikan kriteria-kriteria atau personaliti yang spesifik bagi setiap

pengetua sekolah memimpin kegiatan kokurikulum dari aspek rangka kepimpinan sumber

manusia, struktural, simbolik dan politik ? Selain itu, latar belakang kajian juga tidak

berlandaskan teori-teori atau model-model pembelajaran yang seharusnya dijadikan

sesuatu bukti yang kukuh untuk menyokong jangkaan awal pengkaji.

4.0 Perbandinagan antara Jurnal 1,2,3

Menentukan fokus kajian yang ingin dijalankan.

1.Jurnal pertama menyatakan bahawa kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti

dan memahami perspektif guru-guru terhadap peranan GPKKo dalam pengurusan

kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Peranan GPKKo

dikaji berdasarkan aspek-aspek pengurusan GPKKo sebagai perancang, pengelola, pemimpin

dan pengawal kokurikulum di sekolah. Kajian juga untuk mengenal pasti penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan dimensi; interaksi psikologi dan juga interaksi

fizikal.

10
2.Jurnal kedua adalah kajian bertujuan untuk meneroka amalan terbaik yang dilaksanakan

oleh Kumpulan Pelaksana Pengurusan (KPP) Kokurikulum di sekolah menengah yang telah

mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kecemerlangan kokurikulum dan meneroka

kefahaman pengurus kokurikulum sekolah menengah terhadap pelaksanana pengurusan

kokurikulum di sekolah.

3. Jurnal ketiga menunjukkan pengetua telah mengaplikasi dengan baik Rangka Kepimpinan

yang meliputi elemen rangka kepimpinan sumber manusia, struktural, simbolik dan politik

dalam pengurusannya. Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengkaji telah menyenaraikan

amalan-amalan terbaik pengetua yang boleh digunakan sebagai panduan dalam pengurusan

kokurikulum di sekolah. Kajian juga telah membuktikan bahawa gabungan teori pengurusan

dan rangka kepimpinan mampu menghasilkan pengurusan kokurikulum yang mantap di

sekolah kes kerana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri persamaan. Kesimpulannya, peranan

pengetua yang mantap dan menyeluruh dalam pengurusan kokurikulum adalah penentu

kepada kejayaan kegiatan ini di sekolah.

SAMPEL

1.Jurnal pertama pengkaji telah membuat kajian tinjauan perbandingan dan hanya melibatkan

dua buah sekolah sahaja dijadikan pusat kajian serta menetapkan semua guru-guru yang

bertugas di 2 buah sekolah kajian berkenaan sahaja terlibat dengan kajian ini. Pemilihan

sampel yang dilakukan secara keseluruhan membolehkan semua guru yang berada di SMKJ

dan SMKSN terlibat sepenuhnya menjadi responden kajian ini.

2.Jurnal kedua melibatkan sasaran kajian adalah guru-guru yang memegang jawatan

pengurus kokurikulum di sekolah iaitu mereka yang terdiri daripada guru penolong kanan

11
kokurikulum, setiauasaha kokurikulum, penyelaras badan beruniform, penyelaras kelab dan

persatuan, penyelaras sukan dan permainan di dua sekolah menengah harian di wilayah

persekutuan dan selangor. Responden dipilih secara persempelan bertujuan. Kumpulan

peserta kajian ini di namakan sebagai Kumpulan Pelaksana Pengurusan Kokurikulum (KPP

Koku). Peserta kajian yang dipilih adalah seramai 10 orang.

3.Jurnal ketiga pula didapati kajian sebanyak 15 subjek kajian telah dipilih yang terdiri

daripada pengetua, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru, murid dan ibu bapa bertujuan

untuk meneliti dan menghuraikan penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua dalam

pengurusan kokurikulum di sekolah.

PROSUDER KAJIAN

Jurnal pertama mengenal pasti masaalah pentadbir sekolah kini menghadapi dilema dalam

memfokuskan kecemerlangan di sekolah. Banyak usaha telah dilakukan yang lebih menjurus

kearah kecemerlangan akademik sahaja berbanding kokurikulum pelajar-pelajar di sekolah

Fenomena ini berlaku kerana pihak pentadbiran sekolah terikat dengan misi dan visi pihak

berkepentingan dalam pendidikan. Ini menyebabkan pencapaian akademik sekolah menjadi

indikator utama keberkesanan pentadbiran sekolah-sekolah berkenaan.

Jurnal kedua Kajian dan laporan menunjukkan bahawa pelaksanaan kokurikulum di sekolah

masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan kekangan (Mahoney et. al. 2005; BPPDP,

2008). Antara masalah yang timbul dalam pengurusan kokurikulum di sekolah adalah dari

aspek perancangankebanyakan Selain itu,sekolah masih berhadapan dengan masalah asas,

iaitu ketidakmampuan menyediakan peralatan yang mencukupi dan tiada kemudahan seperti

padang untuk permainan, dewan sukan dan gelanggang permainan

12
Jurnal ketiga pelaksanaan kokurikulum mendapati kegiatan ini kurang mendapat sokongan

daripada murid dan guru berpunca daripada kelemahan pengetua dalam mengurus sumber

manusia di sekolah. kegiatan ini tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pengetua dan para

murid juga tidak berminat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Pengetua masih gagal

dalam membuat perancangan pembangunan yang teratur menyebabkan kegiatan ini kurang

mendapat kerjasama dari guru-guru. Pengetua juga gagal untuk melaksanakan dasar

penglibatan murid dan hanya mampu memberikan perhatian kepada yang berbakat sahaja.

13
Hasil perbandingan jurnal

Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan satu penambaikkan dalam pengurusan

perlaksananaan kokurikulum.Ketiga-tiga jurnal ini menekankan teknik perlaksanaan dan

kerangka kepimpinan dalam menjayakan dan melaksanakan kokurikulum dengan baik

disesebuah sekolah.Secara keseluruhannya konsep kajian ketiga-tiga artikel ini

membincangkan dan menfokuskan pada topic-topik yang menarik. Walaupun ketiga-tiga

artikel ini memperolehi hasil kajian yang positif namun artikel yang paling berkesan adalah

dalam pengurusan kepimpinan dalm bidang kokurikulum. Walaupun artikel ketiga banyak

memnberi kerangka dalam kepimpinan namun terdapat kelemahan yang dikenalpasti kesan

dari kajian tersebut. Pernyataan ini adalah bersamaan dengan Bolman dan Deal (1960) iaitu

Rangka Kepimpinan Struktur berupaya untuk membantu pengetua dalam mengurus kerana

setiap perancangan kokurikulum dijalankan dengan sistematik dan terdapat penjelasan serta

perincian bagi setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Beliau juga menyarankan agar

pengetua mengelola setiap aktiviti dengan teratur dan peranannya sebagai pemimpin sangat

diutamakan. Selain itu, pengetua juga perlu membuat kawalan terhadap kewangan dan

peruntukan bagi memastikan setiap program dapat dijalankan dengan sempurna. Beliau juga

membuat penilaian terhadap setiap program yang dijalankan selain membuat penyeliaan dan

pemantauan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam setiap aktiviti yang dijalankan di

sekolah. Beliau juga melibatkan diri dalam membuat pemantauan dan penyeliaan terhadap

aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para murid bersama-sama dengan AJK Pengurusan

Tertinggi.Kajian ketiga tiga jurnal wajar dilaksanakan mengikut lokasi iaitu sekolah bandar

dan luar bandar, SUMBER MANUSIA Dorongan Penghargaan Pengiktirafan Kebajikan

Motivasi STRUKTURAL Pengurusan sistematik dan terancang Mengikut Prosedur

Pemantauan Penyeliaan Kewangan POLITIK Hubungan dengan komuniti Kepakaran

Kejurulatihan Kewangan Kepimpinan cemerlang SIMBOLIK Idola 'role model' Dedikasi,

14
merendah diri Kerja bersungguh-sungguh Hormat orang lain Bimbingan dan latihan

RANGKA KEPIMPINAN PENGETUA 782 bagi jenis sekolah yang sama dan

berkemungkinan dipengaruhi oleh situasi setempat. Kajian selanjutnya boleh dilaksanakan

terhadap sekolah agama dan berasrama penuh kerana berkemungkinan peranan pengetua

adalah berbeza dengan sekolah harian biasa yang boleh diambil sebagai contoh yang terbaik.

15

Anda mungkin juga menyukai