Anda di halaman 1dari 1

PEMBANGKANG KETIGA

Ekonomi

Ekonomi Malaysia tidak sihat kerana terlalu bergantung kepada pelaburan dari negara China yang
membawa makna pergantungan kepada dana asing untuk memajukan ekonomi tempatan dan
keterpaksaan untuk akur dengan kuasa asing demi kepentingan ekonomi negara.

Ekonomi Malaysia telah tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana selama lebih daripada satu
dekad. Bank Dunia mendapati bahawa ekonomi Malaysia tidak menunjukkan peningkatan dalam
mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan pertengahan (iaitu pekerjaan bergaji tinggi) sejak
tahun 2001.

Peratusan daripada jumlah pekerjaan rendah, pertengahan dan pekerjaan berkemahiran tinggi adalah
10.6%, 65% dan 24.3% pada tahun 2001, dan 12.7%, 62.1% dan 25.2% pada tahun 2014[iii].

Walaupun peratusan pekerjaan berkemahiran tinggi meningkat kurang daripada 1% dan peratusan
pekerjaan pertengahan mahir sebenarnya menurun 3% dalam tempoh 14 tahun, pekerjaan
berkemahiran rendah sebaliknya meningkat sebanyak 2%! Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi
kita tidak mampu untuk bergerak ke atas rantaian nilai daripada ekonomi intensif-buruh kepada
ekonomi yang didorong oleh inovasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Adalah mustahil untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tanpa mengatasi
masalah struktur ekonomi semasa yang terlalu bergantung kepada pekerja kurang mahir yang dibayar
murah dan kelompangan pekerjaan dengan kemahiran pertengahan.

Pendidikan

Seperti apa yang dikatakan oleh pembangkang kedua sebentar tadi, dari segi pendidikan tinggi,
walaupun berupaya melahirkan graduan berpendidikan tinggi dalam angka yang besar, graduan
Malaysia seolah-olah tidak memenuhi permintaan pasaran kerja. Bank Dunia melaporkan bahawa
syarikat Malaysia secara konsisten menyenaraikan mencari bakat sebagai salah satu cabaran utama
mereka dengan jurang kemahiran seperti kemahiran asas angka dan bahasa serta kemahiran insaniah
seperti pemikiran analitikal, komunikasi, dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Ironinya, 1 dalam 4 penuntut yang menamatkan pengajian masih menganggur selepas enam bulan
tamat pengajian pada tahun 2015. Pendek kata, universiti kita tidak dapat melahirkan graduan yang
diperlukan ekonomi dan graduan tidak terlatih dengan kemahiran yang akan membolehkan mereka
untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Oleh itu, kebimbangan seterusnya ialah bagaimana untuk
kita mempunyai pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing dan memangkitkan
kemajuan mobiliti.

Negara kita sedang di ambang kemusnahan oleh kerana kleptokrasi dengan demokrasi yang goyah,
dan kita perlu segera untuk memperbaiki ekonomi yang sedang kebekuan dengan kesenjangan yang
semakin menjadi-jadi serta sistem pendidikan yang melumpuhkan. Jadi bagaimanakah kita mampu
untuk mencapai aspirasi negara dalam TN50? Sudah terang lagi bersuluh lah disini bahawasanya
TN50 tidak mampu membawa kemakmuran kepada negara.

Kesimpulan:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai