Anda di halaman 1dari 13

Sejarah al-Quran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


(Dilencongkan dari Sejarah al-Qur'an)

Sebahagian dari siri

Al-Quran

Mushaf

Surah · Ayat

Pembacaan al-Quran

Tajwid · Hizb · Tartil


Hafiz · Manzil
Qari · Juz' · Rasm
Rukuk · Sujud

Terjemahan

Senarai terjemahan
Terjemahan bahasa Melayu

Sejarah

Makkiyah
Madaniyah

Tafsir

Tokoh berkaitan dengan ayat


Keadilan · Asbab al-nuzul
Naskh · Naratif Bible
Tahrif · Bakkah · Muqatta'at
Tafsiran esoterik

Al-Quran dan Sunnah

Literalisme · Mukjizat
Sains · Wanita

Perspektif

Syiah · Kritikan · Penodaan


Surah Wilayah dan Nurain
Tanzil · Qisas Al-Anbiya
Bait Al-Qur'an

 L
 b
 s

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi
Muhammad , dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca
Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab
panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran
dinukilkan secara mutawatir (berperingkat atas sebab penurunannya), dan mashaf yang lazim
ditemui hari ini dikenali sebagai mashaf Uthmani. Rencana ini mengemukakan satu kajian
tentang asal-usul dan sejarah Al-Quran, dari segi cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat
turunnya, masanya, awalnya dan akhirnya. Disertakan juga maklumat tentang pengumpulan dan
pembukuan Al-Quran.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1Pengertian Nuzul Al-Quran


 2Cara Al-Quran (wahyu) diturunkan
 3Peringkat penurunan Al-Quran
o 3.1Kritikan terhadap pandangan atau pendapat di atas
 4Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur
 5Ayat pertama dan terakhir diturunkan
o 5.1Yang pertama diturunkan
o 5.2Yang terakhir diturunkan
 6Sejarah pengumpulan dan pembukuan al-Qur'an
 7Nota
 8Rujukan
 9Pautan luar

Pengertian Nuzul Al-Quran


Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang
tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (‫ )نزل‬membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi
tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja
yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang
terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya
digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang
telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali
Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

Cara Al-Quran (wahyu) diturunkan


‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul,
beliau bermimpi perkara yang benar ketika beliau

menyendiri di Gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama

kira-kira tiga tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.[1]
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana
wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab

”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-
ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia
datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku
menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”
Rasulullah juga pernah mendapat wahyu langsung daripada Allah, seperti ketika menerima
perintah solat.

Peringkat penurunan Al-Quran


Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan
berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya
penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :

 Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;


 Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
 Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim
Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait
al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
 1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah
SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh
Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj
yang berbunyi,
ٍ ‫ بَ ْل ه َُو قُ ْرآنٌ مجيد فِي لَ ْو‬. “(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair
‫ح َمحْ فُوظ‬
atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan
sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

 2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.


Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia
dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Ibn ‘Abbas; Allah SWT berfirman,
َ ‫علَى‬
ٌ ‫سف ٍَر فَ ِع َّدة‬ ُ َ‫ش ْه َر فَ ْلي‬
َ ‫ص ْمهُ َو َم ْن َكانَ َم ِريضًا أ َ ْو‬ َّ ‫ش ِه َد مِ ْنكُ ُم ال‬
َ ‫ان فَ َم ْن‬ِ َ‫ت مِ نَ ْال ُه َدى َو ْالفُ ْرق‬ ِ َّ‫ضانَ الَّذِي أ ُ ْن ِز َل فِي ِه ْالقُ ْرآنُ هُدًى لِلن‬
ٍ ‫اس َوبَيِِّنَا‬ َ ‫ش ْه ُر َر َم‬
َ
ُ ُ َّ َ ُ
َ‫على َما َه َداك ْم َولعَلك ْم ت َ ْشك ُرون‬ َ ْ ُ ْ ْ ُ ْ ُ
َّ ‫َّللاُ بِك ُم اليُس َْر َوال ي ُِري ُد بِك ُم العُس َْر َو ِلتُكمِ لوا ال ِع َّدة َ َو ِلت ُ َكبِ ُِّروا‬
َ َ‫َّللا‬ َّ ‫(“ مِ ْن أَي ٍَّام أُخ ََر ي ُِري ُد‬Masa yang
diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia
berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka,
kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan
supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185) Firman Allah SWT,
َ َ‫“ ِإنَّا أ َ ْنزَ ْلنَاهُ فِي لَ ْيلَ ٍة ُمب‬Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang
َ‫ار َك ٍة ِإنَّا ُكنَّا ُم ْنذ ِِرين‬
berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan
amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3) Firman Allah SWT,
‫“ إِنَّا أ َ ْنزَ ْلنَاهُ فِي لَ ْيلَ ِة ْالقَد ِْر‬Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”
(al-Qadr:1) Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-
Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah
bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘‫ ’الذكر‬dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di
langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah
bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan
Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada
Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-
Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan
pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w.
secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

 3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 malam).


Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah S.A.W, dan selesai apabila baginda
hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh
tahun di Madinah al-Munawwarah. Mengikut pendapat ini, Jibril A.S.(Angel Gabriel) diberi Malam
Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian,
sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk
disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-
Mawardi.
Kritikan terhadap pandangan atau pendapat di atas
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh
Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan
sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para
ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran
dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang
cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian
kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari,
Baghawi, Razi dan Ibn Kathir. Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah
berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara
jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan
al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia
diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-
Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23
tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.”
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun
sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat
1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai
‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju
perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia
dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,
ِ ‫ئ ْالقُ ْرآنُ فَا ْستَمِ عُوا لَهُ َوأ َ ْن‬
َ‫صتُوا لَعَلَّ ُك ْم ت ُ ْر َح ُمون‬ َ ‫“ َوإِذَا قُ ِر‬Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan
dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh
rahmat.”
Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan
sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan
timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan
sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin
Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke
Bait al-‘Izzah(langit dunia). Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak
mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-
cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-
Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah SAW.
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT
terus kepada Rasulullah melalui Jibril(Gabriel) secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah
SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah(langit dunia) dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak
akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn
‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya
perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur


Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia
sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-
Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi
hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-
Quran diturunkan ialah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41
kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-
Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian
dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman
r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah
SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :

 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan
turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-
Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta
inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai
seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam
menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun
malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan
orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua
itu.

 2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka
untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan
peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah
amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi
sedikit ianya dapat dihapuskan.

 3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu
masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.

 4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan
ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

Ayat pertama dan terakhir diturunkan


Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan
manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai
sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada
kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu
diturunkan yang memerlukan per¬bahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.
Yang pertama diturunkan
Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-

 i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah
lima ayat pertama daripada Surah Al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh
Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan:
“Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di
waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar
menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal.
Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun
membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran
(wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan
mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu
membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas,
kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku
tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya
sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku
buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang
menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya
Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-
Hadith).
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-
Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.

 ii) Pendapat lain mengatakan Surah Al-Muddathir yang pertama kali diturunkan berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin
Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di
antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab,” ‫“ يَا أَيُّ َها ْال ُم َّدثِ ِّ ُر‬. Aku berkata, “Atau ‫ا ْق َرأْ ِباس ِْم‬
َ‫“ َر ِبِّكَ الَّذِي َخلَق‬. Dia Jabir berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w.
kepada kami: “Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku,
aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu
aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke
Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti
aku.
Lalu Allah menurunkan: ْ ‫“يَا أَيُّ َها ْال ُم َّدثِ ِّ ُر قُ ْم فَأ َ ْنذِر‬Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah
peringatan”.
Mengenai Hadis Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah
yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh
sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu
hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang
terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika
bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku
berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak
malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’ duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku
pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan
ayat, ‫ يَا أَيُّ َها ْال ُم َّدثِ ِّ ُر‬.
Hadis ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-
Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan
ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir.

 iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib,
disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi
menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar suatu suara menjerit,
“Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan
Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya
mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi
sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh
Allah dan bacalah:
َ‫ب ْالعَالَمِ ين‬ ْ
ِ َّ ِ ‫……‘ال َح ْم ُد‬..”
ِ ِّ ‫َلِل َر‬ (al-Fatihah: 1-7)

 iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah
Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan
oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, “Wahai
Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada
Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)
Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya, Al-Intisar.
Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith
riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa
permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak
mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada
hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith
tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut;
kemudian turunlah Surah Al-Muddathir.
Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-
Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan
berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali
mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah
dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam
Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-Ma’idah; dan iii) Pertama kali
mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.
Yang terakhir diturunkan
Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi
sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad
atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali
didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara
pendapattersebut ialah:-

 i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:

 a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir
diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,
‫الربَا إِ ْن ُك ْنت ُ ْم ُمؤْ مِ نِين‬ َ َّ ‫ََيَا أَيُّ َها الَّذِينَ آ َمنُوا اتَّقُوا‬
َ ‫َّللا َوذَ ُروا َما بَق‬
ِّ ِ َ‫ِي مِ ن‬
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba - yang
belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).

 b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan
adalah,
ْ ‫ت َوهُ ْم ال ي‬
َ‫ُظلَ ُمون‬ َ ‫َّللا ث ُ َّم ت ُ َوفَّى كُ ُّل نَ ْف ٍس َما َك‬
ْ َ‫سب‬ ِ َّ ‫َواتَّقُوا يَ ْو ًما ت ُ ْر َجعُونَ فِي ِه ِإلَى‬
“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan
kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)

 c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda
tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِ‫َّللا َو ْالفَتْ ُح‬
ِ َّ ‫( ذَا َجا َء نَص ُْر‬Apabila datang
pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”

 d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,


‫علَ ْي ِه َول‬
َ ُ‫َّللا‬
َّ ‫ب‬ ِ ‫ََو َم ْن يَ ْقت ُ ْل ُمؤْ مِ نًا ُمتَعَ ِ ِّمدًا فَ َجزَ ا ُؤهُ َج َهنَّ ُم خَا ِلدًا فِي َها َوغ‬
َ ‫َض‬ َ ‫عظِ ي ًما‬ َ َ ‫عنَهُ َوأ‬
َ ُ‫ع َّد لَه‬
َ ‫عذَابًا‬ َ
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka
Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini
dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang
menasakhkan ayat ini.”

 ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib


Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-

 a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir
diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.

 b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan
ialah,
‫َّللاُ يُ ْفتِي ُك ْم فِي ْالكَاللَة‬
َّ ‫يَ ْست َ ْفتُونَكَ قُ ِل‬
“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai
masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah
itu………(al-Nisa’:176)

 iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab


Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan
potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,
ٌ ‫علَ ْي ُك ْم بِ ْال ُمؤْ مِ نِينَ َر ُء‬
‫وف َرحِ ي ٌم‬ َ ‫علَ ْي ِه َما‬
ٌ ‫عنِت ُّ ْم َح ِر‬
َ ‫يص‬ َ ‫سو ٌل مِ ْن أ َ ْنفُ ِسكُ ْم‬
ٌ ‫ع ِز‬
َ ‫يز‬ ُ ‫لَقَ ْد َجا َء ُك ْم َر‬
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung
oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:12

 iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As


Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir
diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.

 v. Pendapat ‘Aishah
Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu
membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”

 vi. Pendapat Ummu Salamah


Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,
َ ‫ار ِه ْم َوأُوذُوا فِي‬
‫س ِبيلِي‬ ِ َ‫ض فَالَّذِينَ هَا َج ُروا َوأ ُ ْخ ِر ُجوا مِ ْن ِدي‬ ُ ‫عامِ ٍل مِ ْنكُ ْم مِ ْن ذَك ٍَر أ َ ْو أ ُ ْنثَى بَ ْع‬
ٍ ‫ض ُك ْم مِ ْن بَ ْع‬ َ ‫ع َم َل‬ َ ‫ضي ُع‬ ِ ُ ‫اب لَ ُه ْم َربُّ ُه ْم أَنِِّي ال أ‬
َ ‫فَا ْست َ َج‬
‫ب‬
ِ َ‫ا‬‫و‬ َّ ‫الث‬ ُ‫ن‬‫س‬ْ ‫ح‬
ُ ُ ‫ه‬ ‫د‬
َ ْ
‫ن‬ ‫ع‬
ِ ‫َّللا‬
ُ ََّ ‫و‬ ِ
‫َّللا‬
َّ ‫د‬
ِ ْ
‫ن‬ ‫ع‬
ِ ‫ن‬ْ ِ‫م‬ ‫ًا‬ ‫ب‬‫ا‬ ‫و‬َ ‫ث‬
َ ُ َ‫ار‬‫ه‬ ْ
‫ن‬ ‫األ‬ ‫ا‬‫ه‬َ ‫ت‬
ِ ْ‫ح‬َ ‫ت‬ ْ
‫ن‬ ِ‫م‬ ‫ي‬ ‫ر‬ِ ْ‫ج‬َ ‫ت‬ ‫ت‬
ٍ ‫ا‬َّ ‫ن‬‫ج‬ ‫م‬
َ ُْ‫ه‬َّ ‫ن‬َ ‫ل‬ ِ‫خ‬ ْ
‫د‬ ‫أل‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ت‬
ِ ‫َا‬ ‫ئ‬ِّ
َ ْ ِ َِ ُْ َ َ‫ي‬‫س‬ ‫م‬ ‫ه‬ ْ
‫ن‬ ‫ع‬ َّ
‫ن‬ ‫ر‬ِّ ‫ف‬
ِ َ
‫ك‬ ‫أل‬ ‫وا‬ُ ‫ل‬‫ت‬
ِ ُ ‫ق‬ ‫و‬
َ ‫وا‬ ُ ‫ل‬َ ‫ت‬‫ا‬َ ‫ق‬ ‫و‬
َ
“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan
sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau
perempuan……..” (al-Nisa:195)

 vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab


Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir
diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari
selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.
 viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan
‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir
diturunkan,
َّ َ‫صا ِل ًحا َوال يُ ْش ِر ْك بِ ِعبَا َدةِ َرب َُقُ ْل إِنَّ َما أَنَا بَش ٌَر مِ ثْلُ ُك ْم يُو َحى إِل‬
‫ي أَنَّ َما إِلَ ُه ُك ْم إِلَهٌ َواحِ ٌد فَ َم ْن َكانَ يَ ْرج‬ َ ‫ِه أ َ َحدًا ََِِّو ِلقَا َء َربِِّ ِه فَ ْليَ ْع َم ْل‬
َ ‫ع َمال‬
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang
percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang
soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-
Kahfi:110)
Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk
menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut.
Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;

 i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini
membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas
mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat
memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.

 ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung
pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya
mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah
pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang
terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang
mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud
surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.

 iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir
tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129
surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara
keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula
bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada
Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk
kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.
Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek
terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.

Sejarah pengumpulan dan pembukuan al-Qur'an


Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui beberapa cara iaitu:

 Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya
Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

 Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada
Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.

 Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi
oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
 Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu
turunnya ayat surah al-Muzammil.
Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

 Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur.
Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan
mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”

 Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT
dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”

 Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17
Ramadan .
Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun
oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang
di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada
sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf
tertentu.
Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi
SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan
Ramadan secara bertadarus.
Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.
Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya
dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut
memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka.
Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang
Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib),
Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri
Rasullullah).
Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz
bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.
Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai
tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.
Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-
Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.
Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja
berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam
satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).
Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

 Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan
penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca
Al-Quran).
 Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar
disebabkan perkara tertentu).
 Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
 Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah
iaitu hampir 70 orang.
Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-
ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan
sebab kematian huffaz dan qurra’.
Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya
berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.
Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu
wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang
dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.
Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya
Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.
Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya
diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan
pula kepada Saidina Umar al-Khattab.
Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga
anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah
Uthman.
Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat
yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah
Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha
membukukannya.
Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah
naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke
Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-
Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2
buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk
pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu
hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-
Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan
diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang
disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat
mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat
dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang
diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi
Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin
Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin
Abdullah(Nabi SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh
para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam
At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada
kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh
orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid
bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin
Hisyam.
Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang
paling utama hingga hari ini.
Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang,
namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-
Quran Muhammad (Quranul Majid), Mashaf Madinah dan lain-lain. Hal ini disebabkan Al-Quran
tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat (Imam-imam Syatibi) yang
khusus ,tidak mengikut piawai bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama. Namun begitu ayat-
ayat Al-Quran dalam teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan
maksud Al-Quran itu, cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang
diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.

Nota

Anda mungkin juga menyukai