Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PENGURUSAN BIASISWA BKP/BKN/BKP( Ting 6)DAN EMK TAHUN 2017

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) menganugerahkan penghadiahan

Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ) dan Biasiswa Kecil Persekutuan ( Tingkatan 6)

dianugerahkan kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik,

kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatar

belakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500 sebulan. Penghadiahan BKP ialah

kepada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 manakala BKP ( Tingkatan 6) dianugerahkan

kepada pelajar Tingkatan 6 .Kadar BKP adalah RM 70 sebulan bagi Tingkatan 4 dan 5 dan

RM50 bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Manakala BKP Tingkatan 6 adalah RM 90 sebulan

bagi aliran sastera dan RM110 sebulan bagi aliran sains.

KPM telah mengambil langkah-langkah berterusan dari segi pemantauan pemberian

pengahadiahan BKP dan BKP (Tingkatan 6) ini kepada murid-murid yang kurang mampu

dari segi kewangan tetapi memenuhi syarat-syarat dan kriteria dari segi akademik,

kokurikulum dan sukan yang cemerlang.

Syarat-syarat bagi pemegang biasiswa adalah seperti berikut :-

1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia

2. Bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan

3. Menerima satu biasiswa sahaja sepanjang persekolahan

4. Buku akaun GIRO Bank Simpanan Nasional perlu disimpan di sekolah

5. Menggunakan wang biasiswa ini untuk membiayai pelajaran/kelengkapan sekolah

(membeli buku, /pakaian sekolah /membayar yuran sekolah )

6. Menunjukkan kemajuan dalam pelajaran dan tidak melanggar disiplin


Bagi tahun 2017, KPM telah mengubah sistem lama pemberian biasiswa dengan

sistem baru di mana permohonan semula harus dijalankan kepada semua pelajar dari

Tingkatan 1 hingga 6. Seramai 41 pelajar telah menerima biasiswa BKP dan BKPU

sehingga bulan Disember tahun 2016. Namun, selepas permohonan semula bilangan ini

telah berkurang dengan mendadak.

Bagi permohonan BKP Tingkatan 1-5, seramai 128 pelajar telah mengemukakan

permohonan. Daripada jumlah ini, hanya 15 pelajar yang telah memenuhi kriteria dan

syarat-syarat yang ditetapkan. Selepas permohonan online, hanya 5 pelajar yang telah

berjaya menerima biasiswa ini. Selain itu, bagi Tingkatan 6 seramai 38 pelajar telah

mengemukakan permohonan dan 13 pelajar layak menerima biasiswa. Selepas

permohonan online, hanya 8 pelajar yang berjaya menerima permohonan ini.

Manakala, bagi Biasiswa Kecil Negeri (BKN), Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah
membuat bayaran cek sebanyak RM 9240 kepada 13 orang pelajar tertanggung bagi tahun
2017. Bagi tahun ini, 2 mesyuarat telah diadakan untuk mengkaji semula kelayakan dan
syarat penerimaan biasiswa bagi tahun ini. Dalam mesyuarat pertama, seramai 5 orang
sahaja layak dan 8 orang telah ditolak berdasarkan laporan disiplin dan keputusan
pertengahan tahun dalam mesyuarat pertama yang diadakan pada 3 September 2017.
Namun, bagi mengkaji semula keputusan tersebut mesyuarat kedua telah diadakan pada 13
Oktober 2017.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, 11 pelajar akan menerima biasiswa daripada 13
pelajar yang menerima biasiswa. Seorang pelajar ditarik balik disebabkan masalah disiplin
dan seorang lagi disebabkan pelajar tersebut telah menolak biasiswa.
Sebanyak RM 1680 akan dipulangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau
Pinang dan pelajar-pelajar yang telah lulus penapisan kali kedua akan diberi surat
amaran untuk memperbaiki prestasi akademik dan rekod disiplin mereka.
Beberapa kriteria baru juga ditetapkan bagi kelayakan biasiswa Biasiswa Kerajaan
Negeri bagi tahun 2018 supaya kualiti dan standard penerimaan biasiswa terjamin. Antara
syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a) Kehadiran pelajar harus mencapai sekurang-kurangnya 85%
b) Tidak mempunyai kesalahan disiplin yang berat seperti gantung, dimerit yang
yang tidak melebihi 50 markah dan rekod disiplin yang tidak memuaskan.
Kesalahan ringan masih diterima.
c) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3000 sebulan.
d) Tahap pencapaian akademik yang baik iaitu wajib lulus Bahasa Melayu dan
sekurangnya-kurangnya lulus 5 subjek termasuk Bahasa Melayu.
Seterusnya, 3 pelajar masih menerima Elaun Murid Khas ( EMK ) sebanyak
RM1800 setahun bagi tahun 2017. Elaun ini khasnya untuk pelajar OKU dan syarat untuk
menerima elaun ini ialah pelajar harus memiliki Kad OKU . Bagi tahun 2016, keciciran telah
berlaku bagi 5 orang murid dan surat telah dihantar kepada Bahagian Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Pada tahun ini, seorang pelajar Tingkatan 6 juga
menerima EMK dan permohonan telah dibuat oleh sekolah lamanya iaitu SMK Convent
Pulau Tikus, Pulau Pinang. Pembayaran Elaun Murid Khas masih belum diturunkan setakat
bulan November bagi tahun 2017. Sekian sahaja laporan daripada saya bagi tahun 2017.

Jenis Biasiswa BKP ( Ting 1-5) BKP ( Ting 6) BKN EMK


Jumlah permohonan 128 38 13 3
Jumlah yang layak 15 13 13 3
Jumlah yang ditarik balik - - 2 -
Jumlah yang terima 5 8 11 3
Jumlah penerima biasiswa 27
Jadual menunjukkan bilangan pemegang biasiswa SMK St Xavier bagi tahun 2017

Yang Menjalankan Tugas,

_____________________
( PN KAVITHA A/P THAYAGARAJAN)
GURU BIASISWA SEKOLAH
SMK ST XAVIER, LEBUH FARQUHAR,
10200, PENANG